wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Semester 3 STPM - Wacana (Siri 2)

Total questions: 15

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

Yang manakah berkaitan dengan definisi wacana?

a)

Unit bahasa yang melebihi batas ayat, tetapi tidak sampai satu perenggan

b)

Ujaran yang terdiri daripada unit yang tidak berkesinambungan

c)

Satuan bahasa yang lengkap, tidak terbatas pada ayat

d)

Unit bahasa yang terdiri daripada satu ayat sahaja

2.

Ciri yang manakah yang memperlihatkan kewujudan wacana?

a)

Wujudnya perkembangan fikiran yang berturutan

b)

Mempunyai susunan pemikiran yang bertentangan

c)

Perkembangan fikiran berterusan tetapi tiada koheren

d)

Kesatuan ideanya terdapat dalam binaan satu ayat sahaja

3.

Yang manakah berkaitan dengan ciri kohesi?

a)

Kesinambungan buah fikiran

b)

Keserasian antara unsur linguistik

c)

Kekemasan isi dan susunan yang teratur

d)

Makna yang jelas dan tidak mengelirukan

4.

Yang manakah ciri koheren?

a)

Penggunaan aspek tatabahasa dan leksikal

b)

Wujudnya pertautan antara unsur linguistik

c)

Kandungan yang mempunyai satu fokus

d)

Penggunaan kata ganti nama diri

5.

Yang manakah TIDAK termasuk dalam penanda wacana?

a)

Penghubung kesimpulan

b)

Hubungan perbandingan

c)

Penanda rujukan

d)

Penanda elipsis

6.

Yang manakah menggunakan hubungan syarat dan hasil?

a)

Dia rajin orangnya. Kakaknya lagi rajin.

b)

Asni memang peramah. Dia disukai ramai kawan.

c)

Kita perlu rajin belajar. Insya-Allah, kita akan berjaya.

d)

Ghafar sering membaca buku. Dia tahu banyak perkara.

7.

Yang manakah BUKAN contoh penanda penghubung tentangan?

a)

Oleh hal yang demikian,

b)

Walau bagaimanapun,

c)

Namun demikian,

d)

Akan tetapi,

8.

Pasangan yang manakah yang tergolong sebagai penanda rujukan?

a)

Mengeji orang -- amalan negatif

b)

Amat ghairah sekali -- teruja

c)

Aku dan dia -- kami

d)

Cinta -- sayang

9.

Yang manakah contoh penanda leksikal kolokasi?

a)

Lengan, dada, perut -- anggota tubuh

b)

Kelicap, tempua, merbah -- burung

c)

Daging, sayur, ikan -- pasar

d)

Sisik, sirip, insang -- ikan

10.

Emak dan ayah baru pulang. Mereka sangat penat.


Penggunaan perkataan yang bergaris dalam wacana di atas memperlihatkan penggunaan ciri

a)

kohesi

b)

koheren

c)

kesinambungan

d)

memperkuat isi

11.

Yang manakah SALAH tentang penanda leksikal?

a)

Mengulang frasa yang sama

b)

Menggunakan kata yang bersinonim

c)

Memperlihatkan kaitan secara kolokasi

d)

Menggantikan nama orang dengan kata ganti nama

12.

Dia bekerja seharian hari ini. Dia tertidur di situ.


Apakah jenis kesinambungan idea yang digunakan dalam wacana di atas?

a)

Hubungan syarat dan hasil

b)

Hubungan sebab dan hasil

c)

Hubungan sebab dan akibat

d)

Hubungan sebab dan tujuan

13.

Wacana yang utuh dapat dikenal pasti daripada


I -- hujah yang tepat

II -- jalinan idea yang berturutan

III -- penggunaan bahasa yang berkesan

IV -- hubungan unsur tatabahasa yang erat

a)

I dan III

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

II dan IV

14.

Keadaan sesuatu yang sebaliknya dapat digambarkan dengan menggunakan penanda penghubung

a)

musabab

b)

tentangan

c)

tambahan

d)

kesimpulan

15.

Wacana yang manakah yang menggunakan penanda penghubung musabab?

a)

Dia lambat bangun. Maka itu, dia ditinggalkan.

b)

Pak Man ke kedai runcit. Kemudian, dia ke bengkel basikal.

c)

Mereka tidak mahu bekerjasama. Selain itu, mereka mengejek kami pula.

d)

Banyak pendatang bekerja di situ. Jelas sekali, mereka merampas peluang pekerjaan kita.