NEW
Font size
WorksheetsBAHASA MELAYU PT3 SET 7
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Dia kelihatan ____________________ketika berhadapan dengan panel penemu duga.
gugup
gusar
gagap
gempar
Sebentuk cicin berlian _____________di jari manis gadis itu.
terletak
terpakai
termasuk
tersarung
Pihak syarikat akan __________borang-borang permohonan yang telah diterima bagi jawatan
tersebut.
disaring
menyaring
menyaringkan
saringan
Setiap individu mempunyai _______________ yang berbeza antara satu sama lain.
keupayaan
mengupayakan
berupaya
berkeupayaan
Pilih peribahasa yang sesuai bagi menggambarkan situasi dalam gambar di atas.
Bagai pinang dibelah dua
Bagai bulan dipagar bintang
Bagai sirih pulang ke gagang
Bagai menatang minyak yang penuh
Tunku Abdul Rahman merupakan _________________ yang telah berjaya menuntut kemerdekaan Negara kita daripada British.
negarawan
bangsawan
sejarahwan
cendekiawan
______________ itu diadakan untuk pelajar cemerlang yang ingin mendapatkan biasiswa bagi melanjutkan ke luar Negara.
Soal balas
Soal jawab
Temu duga
Temu bual
Pihak polis melakukan ____________ di tempat yang dipercayai menjadi sarang persembunyian perompak.
tilikan
risikan
intipan
lawatan
Nik berasa _________ apabila melihat Lily yang disangkanya telah meninggal dunia muncul secara tiba-tiba di hadapannya.
terkejut
takjub
kagum
pelik
Abang memandu kereta dengan lebih berhati-hati di kawasan jalan yang sempit dan _________________ itu.
berapat-rapat
berpusu-pusu
beralun-ralun
berliku-liku
Kak Alia tersenyum sendiri apabila terkenang __________ peristiwa lucu yang dilaluinya semasa di kampus.
dengan
akan
pada
terhadap
Ibu sedang ________________ kain sebelum menyidainya di ampaian di belakang rumah.
memerah
membilas
memutar
mengilas
"Sarang tebuan jangan dijolok"
Peribahasa di atas bermaksud.....
Jangan sengaja mencari kesusahan
Untung dan malang silih berganti
Ditimpa bencana berturut-turut
Sengaja menyusahkan diri
Lister cuba mententeramkan perasaan isterinya yang
sedang __________.
bersedih
kesedihan
disedihkan
menyedihkan
__________ iban pada zaman dahulu sanggup menggadaikan nyawa mereka daripada menyerah
kalah kepada pihak musuh demi mempertahankan negara.
Perwira
Seniman
Pendekar
Pahlawan
Persembahan Falvin yang __________ mendapat tepukan
gemuruh daripada para penonton
menarik
bertenaga
mempesona
bersemangat
Peribahasa yang sesuai untuk menggambarkan pasangan pengantin yang sama cantik dan sama padan
ialah…
bagai pinang dibelah dua
seperti lembu dicucuk hidung
pipit hendak menjadi enggang
bunga disunting perdu dibuang
Peribahasa yang berikut berkaitan dengan sikap tidak mengenang budi dan melupakan orang yang berbuat
baik kepada kita, kecuali......
seperti kacang lupakan kulit
seperti tikus jatuh ke riba
habis madu sepah dibuang
seperti ulat lupakan daun
"Air dicencang tidak akan putus"
"Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga"
Peribahasa ini bermaksud.........
Melakukan sesuatu untuk kebaikan diri sendiri sahaja
Berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan
Melakukan kerja yang sia-sia dan tidak mendatangkan faedah
Sesuatu persengketaan tidak mungkin dapat memutuskan tali persaudaraan
Puan Salmah telah dilantik sebagai _____________ program malam amal kerana mempunyai suara yang merdu.
juruacara
juruhebah
jurucakap
juruulas
