Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

bahasa melayu meniti impian tingkatan 2

Total questions: 14

Worksheet time: 7mins

Name
Class
Date
1.

Apakah novel yang anda kaji di tingkatan 2?

a)

Destinasi Impian

b)

Meniti Impian

c)

Jejak Monpus

d)

Tawanan Komander Caucasus

2.

Apakah tema novel meniti impian?

a)

Tema novel ini ialah semangat kepahlawanan askar Melayu dalam mempertahankan tanah air daripada dijajah oleh orang asing.

b)

Tema novel ini ialah kegigihan remaja berdepan dengan berbagai-bagai cabaran dan rintangan

c)

Tema Novel Meniti impian ialah keazaman dan kesungguhan dalam mencapai cita-cita yang akhirnya membawa kejayaan

d)

Novel ini bertemakan cabaran yang dihadapi berikutan cabaran generasi lama yang mengatakan bahawa generasi kini tidak bersemangat seperti mereka

3.

Siapakah watak utama novel meniti impian?

a)

Suhaili

b)

Zahar

c)

Pak Yusuf

d)

Norimi

4.

Berikut adalah pernyataan yang benar tentang Pak Yusuf kecuali?

a)

Mengambil berat tentang Zahar

b)

Seorang pemandu teksi

c)

Bapa saudara kepada Zahar

d)

Mempunyai bengkel sendiri

5.

Seorang gadis yang lemah lembut dan berbudi bahasa

Siapakah watak yang sesuai dengan peryataan berikut?

a)

Norimi

b)

Suhaili

c)

Mak Temah

d)

Noremi

6.

Antara berikut manakah pengakhiran novel meniti impian?

a)

Zahar yang telah lebih setahun bekerja di bengkel perabot pak ciknya,Pak Yusuf tekun bekerja pada pagi itu untuk menyiapkan rak kasut yang ditempah oleh iman masjid

b)

Sejak tersiarnya rencana ” Kejar Kejayaan Lepas Dihina Kekasih” Bengkel Perabot Meniti Impian semakin dikenali ramai.

c)

Zahar meminta Suhaili melupakan kenangan lama antara mereka. Biarlah mereka kekal sebagai sahabat dan jiran sekampung sahaja.

d)

Zahar menegaskan prinsip hidup bahawa dia mahu berdikari dengan titik peluhnya sendiri tanpa bantuan Suhaili.

7.

Apakah contoh teknik plot imbas kembali?

a)

Surat itu cepat mengembalikan ingatannya ke alam persekolahan yang telah ditinggalkanya lebih tiga tahun yang lalu

b)

Di mana lagi aku akan mencarinya, jika tidak di sekitar tempat ini,bisik hatinya

c)

“Kita mesti siapkan bangku panjang ni, petang ni juga,ya pak cik,” usul Zahar sambil menyusun kayu yang digergaji tadi

d)

Apakah reaksi Suhaili nanti?

acahan Bakar kembali memancing keinginan itu

8.

Berikut adalah teknik plot monolog dalaman kecuali?

a)

Siapa yang akan dilantik menjadi imam nanti? Pertanyaan itu cepat mengetuk kotak fikiran Zahar

b)

Sesuatu yang bergelombang dalam fikirannya kini tenang kembali, Memang aku yang bersalah. Mengapa mulut ini celuar mengungkit-gungkit tentang surat itu, sedangkan daripada reaksi Zahar, aku tahu dia tidak suka aku mengungkitnya, apalagi di tengah rakan-rakan yang lain

c)

Mengikut kata Zakri, Suhaili telah mendapat kerja di Petaling Jaya. Kerja apa? di firma atau jabatan kerajaan?

Ah, mengapa fikiran ini mengembara sejauh itu?

d)

Pak Yusuf benar-benar berasa dadanya lapang. Segera terbayang di matanya , wajah tok imam tersenyum gembira kerana rak yang ditempah siap lebih awal daripada dijangkakan

9.

Antara contoh penggunaan gaya bahasa simile dalam novel meniti impian ialah?

a)

pucuk dicita ulam mendatang

b)

“sedap atau tidak bihun tu (itu) tak (tidak) tahulah

c)

manik-manik peluh

d)

arus fikirannya seperti terhent

10.

Apakah gaya bahasa yang sesuai untuk ayat berikut?

Biarlah peluh pak cik menitik bersama peluh kau, barulah adil kan

a)

Hiperbola

b)

Personifikasi

c)

Repetisi

d)

Sinkope

11.

Zahar sedar bahawa cerita akan timbul jika dia dan Suhaili menaiki bas atau teksi bersama-sama kerana sikap masyarakat suka bercerita dan menokok tambah cerita.

Berdasarkan pernyataan berikut apakah latar masyarakat yang sesuai?

a)

Masyarakat yang memandang rendah kepada orang lain

b)

Masyarakat yang suka bercerita hal orang lain

c)

Masyarakat yang mempunyai keazamana yang kuat

d)

Masyarakat yang ambil berat

12.

Di manakah Zahar menyiapkan tempahan perabot daripada penduduk kampung dan jiran-jirannya?

a)

Bengkel pertukangan perabot

b)

Bengkel Pak Yusuf

c)

Bengkel Meniti Impian

d)

Bengkel IKM

13.

Zahar dan Razali sentiasa datang awal ke kilang walaupun mereka datang dengan menaiki basikal sejauh 2 km.

Nilai yang sesuai untuk pernyataan berikut ialah?

a)

Bekerjasama

b)

Berdisiplin

c)

Keprihatinan

d)

Keyakinan

14.

Pengajaran yang terdapat dalam novel meniti impian adalah seperti berikut kecuali?

a)

Kita mestilah memaafkan kesalahan orang lain kepada kita

b)

Sikap ambil berat terhadap kesusahan orang lain haruslah dijadikan amalan

c)

Kita haruslah bekerjasama sebagai sebuah pasukan untuk mencapai kejayaan

d)

Kita harus berbangga dengan budaya dan warisan bangsa