WorksheetsBAHASA MELAYU TAHUN 4 - KATA MAJMUK BEBAS DAN MANTAP
Total questions: 10
Worksheet time: 5mins
Cikgu Aini meminta Sofia meletakkan__________itu di penjuru kelas
tanah air
pasu bunga
Zara juga murid yang rajin. Dia menjalankan tugas sebagai seorang ____________ Kelab Bahasa Melayu di sekolahnya.
setia usaha
setiausaha
Nenek menyapukan ________ pada kakinya yang sakit selepas seharian berkebun.
minyak angin
minyak tanah
minyak masak
minyak kelapa
Selepas makan malam, Suhaimi masuk ke _______ untuk menyiapkan kerja sekolahnya.
bilik guru
bilik tidur
bilik darjah
bilik mandi
Semua surat itu perlu mendapat kelulusan dan ______ daripada pegawai atasan.
tanggungjawab
kerjasama
kakitangan
tandatangan
Hanisyah membuat _______ dengan Doktor Siti untuk menampal giginya yang berlubang.
temu bual
temu janji
temu ramah
ramah mesra
Adrian sedang __________________ maklumat dari Internet untuk menyiapkan tugasan yang diberi oleh gurunya.
memuat turun
mengemas kini
Kami pergi berkelah di _____ pada hujung minggu yang lalu.
kota raya
air terjun
bilik darjah
Normala memasukkan sehelai kertas kecil yang mengandungi cadangannya ke dalam..........................
peti cadangan
peti besi
peti wang
peti sejuk
__________________syarikat itu menikmati cuti selama tujuh hari semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Suruhanjaya
Kakitangan
Plihanraya
Olahraga
