Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Pendidikan Moral Tahun 6 -ulangkaji

Total questions: 12

Worksheet time: 6mins

Name
Class
Date
1.

Setiap ajaran agama meminta kita agar tidak _____________

a)

bermusuhan

b)

menjaga adab

c)

hidup aman dan damai

d)

berkata benar

2.

Apakah yang perlu kita lakukan untuk mencapai cita-cita?

a)

Berusaha bersungguh-sungguh.

b)

Mudah berputus asa.

c)

Tidak mempunyai matlamat dalam hidup.

d)

Tidak pandai menguruskan masa dengan baik

3.

Apakah faedah yang diperoleh sekiranya kita bertingkah laku sopan?

a)

Dipandang tinggi oleh masyarakat

b)

Dipandang seperti sampah masyarakat

c)

Dihina dan dikeji

d)

menjatuhkan maruah keluarga

4.

Semangat bermasyarakat penting untuk ___________________

a)

peka terhadap isu-isu sosial

b)

meningkatkan keharmonian hidup bermasyarakat

c)

mengawal diri bagi menggelakkan pertelingkahan

d)

meningkatkan semangat tanggungjawab.

5.

Toleransi dapat diwujudkan apabila terdapatnya __________________ dalam masyarakat.

a)

perselisihan faham

b)

persamaan

c)

persengketaan

d)

persefahaman

6.

Joseph selalu membantu ibu dan ayahnya menyapu sampah di halaman rumah pada waktu petang.

Apakah nilai yang diamalkan oleh Joseph?

a)

Rajin

b)

Jujur

c)

Amanah

d)

Hemah tinggi

7.

Apakah kesan jika kita mengamalkan sikap prihatin dalam diri?

a)

Disenangi orang lain.

b)

Sering runsing memikirkan masalah

c)

Dilabel sebagai penyibuk

d)

Mengalami masalah kewangan

8.

Berikut merupakan cara seseorang menunjukkan keperihatinan terhadap bebanan orang lain, kecuali

a)

bertanya khabar

b)

menghulurkan bantuan

c)

sudi mendengar masalah

d)

menjalani kehidupan sendiri.

9.

Mengapakah haiwan di atas dikatakan mengalami kepupusan ?

a)

Kerana sudah lanjut usia.

b)

Kerana aktiviti tidak bertanggungjawab manusia

c)

Kerana haiwan tersebut mengalami sakit yang tiada ubat

d)

Kerana haiwan tersebut susah didapati

10.

Negeri Pantai Timur mengalami banjir besar yang mengorbankan banyak nyawa. Apakah tindakan yang perlu kamu lakukan ?

a)

Menghulurkan bantuan dan sokongan moral kepada mangsa

b)

Memaksa rakan-rakan menderma

c)

Tidak mengambil peduli

d)

Gembira kerana kamu tidak menjadi mangsa banjir.

11.

Bagaimanakah cara mengamalkan nilai hormat kepada Negara ?

a)

Mencemarkan imej undang-undang

b)

Melanggar undang-undang

c)

Menjaga kedaulatan negara

d)

Membocorkan rahsia negara.

12.

Apakah akibatnya jika tidak mengamalkan sikap bekerjasama?

a)

Kerja yang dilakukan tidak dapat diselesaikan dengan cepat

b)

Hubungan silaturahim tidak dapat dijalinkan antara anggota masyarakat

c)

Mewujudkan sebuah masyarakat yang harmoni

d)

Melahirkan individu-individu yang mementingkan diri sendiri.