wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

25/11/2020 (T1)BAB 2: Zaman Air Batu (Cg.Dilla&Cg. Fattah)

Total questions: 25

Worksheet time: 7mins

Name
Class
Date
1.

1. Pengetahuan dalam bidang paleotologi mambantu kita membuat penyelidikan tentang perubahan yang berlaku kepada bumi.


Antara berikut, yang manakah merupakan maksud paleontologi?

a)

Bidang ilmu yang mengkaji organisma dan interaksi yang berlaku dalam kalangan organisma.

b)

Bidang ilmu yang mengkaji organisma yang pernah hidup di bumi, sisa atau fosil yang telah terawet dalam sedimen binatang , tumbuhan dan bentuk-bentuk hidupan purbakala.

c)

Bidang ilmu yang mengkaji bahan-bahan tinggalan melalui kaedah ekskavasi

d)

Bidang ilmu mengkaji pembentukan bumi

2.

Bagaimanakah keadaan bumi pada 390 juta tahun lalu?

a)

Air laut masih tawar

b)

Zaman Jurasik dan terdapat dinosaur

c)

Paras air laut semakin meningkat

d)

Kepupusan dinosaur dan benua mula terbentuk

3.

Apakah faktor yang membenarkan penghijrahan manusia ke Benua Asia?

a)

Suhu Benua Asia yang mulai sejuk

b)

Suhu Benua Asia yang mulai panas

c)

Benua Asia banyak kawasan tanah pamah yang memudahkan pembinaan petempatan.

d)

Bekalan makanan mudah didapati di Benua Asia.

4.

Apakah tahap Zaman Air Batu X?

a)

Zaman Miosen

b)

Zaman Pliosen

c)

Zaman Holosen

d)

Zaman Pleistosen

5.

Bumi mengalami proses pengglasieran pada Zaman Air Batu Akhir.


Pengglasieran dalam pernyataan di atas bermaksud?

a)

pembentukan air batu

b)

kepadatan air batu

c)

kecairan air batu

d)

pembekuan air batu

6.

Apakah binatang yang hidup pada 500 juta tahun dahulu?

a)
b)
c)
d)
7.

Apakah kesan kenaikan paras air laut kepada bumi?

a)

Penurunan suhu bumi

b)

Arus lautan menjadi kuat

c)

Kemunculan spesies haiwan baharu

d)

Pembentukan tasik dan pulau

8.

Antara berikut, yang manakah urutan masa Zaman Air Batu?

a)

Holosen>Pliosen>Pleistosen>Miosen

b)

Miosen>Pleistosen>Pliosen>Holosen

c)

Pliosen>Miosen>Pleistosen>Holosen

d)

Miosen>Pliosen>Pleistosen>Holosen

9.

Antara aktiviti manusia berikut, yang manakah meningkatkan suhu bumi?


I Pembakaran terbuka

II Penanaman pokok

III Penternakan haiwan

IV Penebangan pokok

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

10.

Pada Zaman Air Batu Akhir, suhu dunia terlalu sejuk sehingga menyebabkan pembentukan salji di beberapa kawasan.

Apakah kawasan yang dimaksudkan dalam pernyataan di atas?


I Kawasan kutub

II Amerika Selatan

III Benua Asia

IV Benua Eropah

a)

I dan IV

b)

I dan II

c)

II dan III

d)

III dan IV

11.

Shah: Perubahan iklim pada Zaman Holosen telah memberi kesan kepada fizikal muka bumi kita.

Amina: Ya, betul tu Shah. Bahkan manusia turut terkesan dengan perubahan tersebut.


Antara berikut, yang manakah merupakan kesan yang dimaksudkan Amina?

a)

Manusia mula memilih kawasan tinggi sebagai kawasan petempatan

b)

Manusia mula memakai pakaian yang sesuai dengan iklim

c)

Manusia mula bergerak dari Benua Oceania ke Benua Eropah

d)

Manusia mula menyesuaikan aktiviti harian dengan perubahan iklim

12.

Rajah 3 menunjukkan sejenis binatang yang dikenali sebagai Woolly Mammoth.

Antara berikut, pernyataan manakah benar tentang binatang tersebut.

a)

Ia muncul pada Zaman Air Batu Akhir

b)

Ia pupus pada Zaman Air Batu Akhir

c)

Ia muncul pada zaman Miosen

d)

Ia pupus pada Zaman Air Batu Pleistosen

13.

Antara yang berikut, yang manakah termasuk dalam kawasan Pentas Sunda?


I Amerika Syarikat

II Argentina

III Vietnam

IV Malaysia

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

14.

Apakah kesan jika berlakunya peningkatan suhu bumi kepada alam sekitar kita pada masa kini?

a)

Pencemaran udara seperti jerebu

b)

Pencemaran air

c)

Pencemaran tanah

d)

Pemanasan global

15.

Pilih aspek persamaan tamadun bagi manusia yang tinggal dalam kawasan Pentas Sunda?

a)

Asal usul keturunan dan kepercayaan

b)

Saiz fizikal dan wajah

c)

Jenis rumah atau tempat kediaman

d)

Tulisan dan lukisan

16.

Rajah 4


Rajah 4 menunjukkan Tasik Dayang Bunting yang terkenal di Malaysia.

Apakah faktor pembentukan tasik tersebut?

a)

Peningkatan suhu pada Zaman Miosen

b)

Peningkatan suhu pada Zaman Pliosen

c)

Peningkatan suhu pada Zaman Holosen

d)

Peningkatan suhu pada Zaman Pleistosen

17.

(halaman 31)

Tokoh di atas merupakan sarjana Sains berbangsa Serbia yang terkenal dengan Teori Milankovitch.

Siapakah nama beliau?

a)

Melatinin Kovitch

b)

Melantun Konvicth

c)

Corona Kovitch

d)

Milutin Milankovitch

18.

Antara ciri fizikal Zaman Air Batu Akhir ialah tumbuhan.

Pilih gambar yang tepat untuk menjelaskan ciri tumbuhan utama pada zaman tersebut

a)
b)
c)
d)
19.

Iklim telah mempengaruhi perubahan bentuk fizikal bumi menjadi daratan dan lautan. Daratan terdiri daripada gunung, banjaran dan bukit, tanah pamah, lembah dan ________________

a)

laut

b)

selat

c)

sungai

d)

teluk

20.

Mengapakah paras air laut semakin meningkat sekurang-kurangnya 100 meter pada Zaman Air Batu Akhir?

a)

Ais semakin mencair

b)

Hujan yang semakin lebat

c)

Keluarnya punca mata air daripada bawah tanah

d)

Cuaca yang semakin sejuk

21.

Daratan tinggi Grand Canyon di Amerika Syarikat dipercayai wujud pada zaman

a)

Miosen

b)

Pliosen

c)

Pleistosen

d)

Holosen

22.

Soalan paling susah untuk anda! =D

Apakah tajuk animasi yang sesuai ditonton oleh anda berkaitan dengan tajuk bab 2 ini?

a)

Ice cream

b)

Iced lemon tea

c)

Ice Age

d)

Ice Bee Cee

23.

Apakah kepentingan bersyukur dengan alam ciptaan tuhan?

a)

Mewujudkan sifat sombong dalam diri

b)

Membuang sifat bertanggungjawab terhadap alam sekitar

c)

Melahirkan perasaan rendah diri dengan kehebatan ciptaan tuhan

d)

Mewujudkan perasaan tidak tenteram dalam diri

24.

Binatang tersebut dikenali sebagai

a)

Eurypterids

b)

Diatryma

c)

Deinotherium

d)

Hyracotherium

25.

soalan pecah minda!

Yang manakah bukan spesies dinosaur?

a)

Tyrannasaurus Rex (T-Rex)

b)

Gallimimus

c)

Bronchiosaurus

d)

Porcupine