wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz Sains Tahun 3: Sistem Suria

Total questions: 20

Worksheet time: 9mins

Name
Class
Date
1.

Berapakah bilangan ahli dalam Sistem Suria?

a)

4

b)

5

c)

6

2.

Matahari, planet, satelit semula jadi, asteroid, komet dan meteoroid merupakan ahli dalam Sistem Suria.

a)

Benar

b)

Salah

3.

_______________ ialah pusat bagi Sistem Suria.

a)

Asteroid

b)

Komet

c)

Matahari

4.

Berapakah bilangan planet dalam Sistem Suria?

a)

6

b)

7

c)

8

5.

Yang manakah merupakan urutan planet dalam Sistem Suria yang betul bermula dari Matahari?

a)

Utarid, Zuhrah, Bumi, Marikh, Musytari, Zuhal, Uranus, Neptun

b)

Utarid, Zuhrah, Bumi, Zuhal, Uranus, Neptun, Marikh, Musytari

c)

Neptun, Uranus, Zuhal, Musytari, Marikh, Bumi Zuhrah, Utarid

6.

Satelit semula jadi juga dikenali sebagai...

a)

bulan

b)

asteroid

c)

komet

7.

Saya terdiri daripada gas-gas beku, batuan dan debu yang beredar mengelilingi Matahari. Apabila saya menghampiri Matahari, sebahagian daripada badan saya bertukar menjadi gas dan membentuk ekor yang panjang dan bersinar. Siapakah saya?

a)

Asteoroid

b)

Meteor

c)

Komet

8.

Rajah menunjukkan Sistem Suria.


Planet bergerak mengelilingi Matahari mengikut laluannya yang dikenali sebagai …………………….

a)

trek

b)

orbit

c)

paksi

9.

Planet-planet bergerak mengelilingi Mahatari mengikut laluan bayangan berbentuk ___________ yang dipanggil ___________.

a)

bulat, orbit

b)

elips, orbit

c)

bulat, jalur

d)

elips, jalur

10.

Antara berikut, yang manakah ialah planet dalam Sistem Suria?

a)

Bulan

b)

Komet

c)

Zuhrah

11.

Rajah menunjukkan satu objek semula jadi.


Objek semula jadi yang beredar mengeliling sesebuah planet dikenali sebagai …………………….

a)

meteoroid

b)

jalur asteroid

c)

satelit semula jadi

12.

Rajah menunjukkan satu objek semula jadi.


Pelanggaran antara asteroid menghasilkan serpihan batu yang belih kecil di ruang angkasa dan dikenali sebagai …………………….

a)

meteor

b)

meteorit

c)

meteoroid

13.

Suhu planet yang dekat dengan Matahari …………………… berbanding dengan suhu planet yang jauh dari Matahari.

a)

lebih panas

b)

lebih sejuk

c)

lebih sejuk

14.

Rajah menunjukkan model Sistem Suria.


Planet Neptun paling jauh dari Matahari.

Jadi suhunya …………………….

a)

paling tinggi.

b)

paling rendah.

c)

sederhana sahaja.

15.

…………………… ialah lapisan gas-gas yang menyelubungi sesebuah planet.

a)

Ozon

b)

Asteroid

c)

Atmosfera

16.

Rajah menunjukkan sekumpulan murid sedang meneliti orbit Marikh dan orbit Bumi.


Marikh lebih jauh dari Matahari berbanding dengan Bumi.

Jadi laluan Marikh pada orbitnya adalah …………………….

a)

lebih bulat.

b)

lebih pendek.

c)

lebih panjang.

17.

Rajah menunjukkan kedudukan planet dalam Sistem Suria.


Bumi berada dalam urutan ke-…………………… dari Matahari.

a)

2

b)

3

c)

4

18.

Planet …………………… merupakan planet yang paling sejuk dalam Sistem Suria.

a)

Zuhal

b)

Uranus

c)

Neptun

19.

Suhu planet …………………… paling tinggi dalam Sistem Suria kerana atmosferanya tebal untuk memerangkap haba.

a)

Utarid

b)

Marikh

c)

Zuhrah

20.

Mengapakah planet-planet di dalam Sistem Suria tidak berlanggar antara satu sama lain?

a)

Planet pandai mengelakkan diri.

b)

Planet berputar dengan perlahan.

c)

Planet mempunyai orbitnya sendiri.