Font size
WorksheetsSEJARAH TAHUN LIMA. UNIT 9 : BENDERA BERKIBAR
Total questions: 20
Worksheet time: 20mins
Apakah nama bendera kebangsaan negara kita?
Jata Negara
Jalur Gemilang
Payung Negara
Malaysia Boleh
Siapakah pemimpin yang telah mengisytiharkan nama bendera kebangsaan kita pada tahun 1977?
Dato' Seri Mohamad Najib Bin Tun Abdul Razak
Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi
Tun Dr Mahathir bin Mohamad
Dato' Onn bin Ja'afar
Jika anda menemui bendera Jalur Gemilang yang telah koyak dan telah bertukar warna, apakah yang perlu anda lakukan?
Menjahit bendera tersebut.
Melupuskannya secara sopan.
Membakarnya di kawasan terbuka.
Memberikannya kepada jiran.
Pada pendapat anda, berikan sebab mengapa rekaan Encik Mohamed Hamzah diterima sebagai rekaan bendera kebangsaan yang terbaik?
Menunjukkan unsur-unsur keislaman
Mengandungi simbol raja dan perpaduan
Memaparkan kepelbagaian masyarakat
Melambangkan keharmonian negara
Rekaan bendera peserta tersebut telah terpilih sebagai bendera kebangsaan. Siapakah beliau?
Encik Amir Hamzah
Encik Hamzah Mohamed
Encik Muhammad Hamzah
Encik Mohamed Hamzah
Rekaan bendera Kebangsaan telah mendapat perkenan ____________________ pada Februari 1950.
Yang di-Pertuan Agong
Majlis Raja-raja
Majlis Ugama Islam dan Adat Istiadat
Dewan Negara
Pada 26 Mei 1950, bendera Kebangsaan pertama kali dikibarkan di perkarangan Istana Sultan ___________.
Selangor
Melaka
Pahang
Johor
Siapakah tokoh yang mengisytiharkan nama bendera kebangsaan sebagai Jalur Gemilang?
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj
Tun Dr. Mahathir bin Mohamad
Raja-raja di Tanah Melayu
Encik Mohamed Hamzah
Berikut merupakan etika yang betul ketika menaikkan dan menurunkan bendera kebangsaan, kecuali ....
Hendaklah berpakaian kemas
Memastikan bendera tidak meleret ke tanah
Sebelum menaikkan bendera, pastikan bendera berada dalam keadaan yang baik
Menaikkan dan menurunkan bendera dengan cepat
Apakah yang dimaksudkan dengan 14 jalur pada bendera kebangsaan?
merangkumi 13 buah negeri dan satu wilayah
merangkumi 12 buah negeri dan dua wilayah
merangkumi 14 buah negeri
merangkumi 11 buah negeri 3 wilayah
Warna putih pada bendera kebangsaan melambangkan
keluhuran dan keikhlasan
kebaikan dan kerajinan
kejayaan dan keberkatan
kejujuran dan ketaatan
Warna biru pada bendera kebangsaan melambangkan
ketenangan
kedamaian
perjuangan
perpaduan
Warna kuning pada bendera kebangsaan melambangkan
kedaulatan raja
demokrasi
kebaikan
perpaduan
Warna merah pada bendera kebangsaan melambangkan ____________.
kemarahan
keberanian
penamat
peperangan
Bulan sabit melambangkan _________ sebagai agama Persekutuan Malaysia.
Hindu
Islam
Kristian
Buddha
Bintang pecah 14 melambangkan gabungan _____ negeri dan sebuah Wilayah Persekutuan.
13
12
11
14
14 _________ merujuk kepada gabungan negeri-negeri dan sebuah Wilayah Persekutuan.
belang
garisan
jalur
petak
Bendera yang dinaikkan tidak boleh meleret ke _______ kerana bendera kebangsaan merupakan simbol negara.
tiang
tanah
tali
takal
Jika anda dikehendaki untuk mengibarkan bendera separuh tiang, bagaimanakah etika mengibarkan bendera separuh tiang yang betul?
Bendera dinaikkan sepenuhnya terlebih dahulu, kemudian diturunkan separuh tiang.
Bendera dinaikkan ke separuh tiang sahaja.
Bendera dinaikkan sepertiga tiang sahaja, kemudian diturunkan sedikit.
Bendera hendaklah diletakkan di atas ________ apabila sampai ke bawah.
kepala
bahu
dagu
rambut
