wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

RBT T1 BAB 1 Pengenalan kepada rekabentuk dan teknologi [A]

Total questions: 27

Worksheet time: 14mins

Name
Class
Date
1.

Antara berikut produk yang manakah dikategorikan dalam reka bentuk konkrit?


I Mesin

II Bahasa

III Alat muzik

IV Pengangkutan

a)

I dan III

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

II dan IV

2.

Antara berikut yang manakah merupakan ciri-ciri tekstur?

a)

Terbahagi kepada tiga kumpulan

b)

Mempunyai pandangan tiga dimensi

c)

Mempunyai permukaan yang licin, kasar atau kesat

d)

Mempunyai ruang yang dikelilingi oleh garisan, warna dan nilai

3.

Rajah 1 menunjukkan prinsip kontras yang digunakan untuk menyerlahkan perbezaan.


Antara berikut ciri elemen manakah yang digunakan dalam prinsip kontras tersebut?

a)

Saiz

b)

Ruang

c)

Bentuk

d)

Tekstur

4.

Rajah 2 menunjukkan objek yang dihasilkan menggunakan suatu teknik pembinaan.


Antara berikut teknik pembinaan objek manakah yang digunakan?

a)

Peleraian

b)

Penyatuan

c)

Pembuangan

d)

Pembenaman

5.

Antara berikut yang manakah peranan reka bentuk terhadap individu?


I Melahirkan nilai-nilai estetika

II Menghasilkan reka bentuk yang serba boleh dan kaya dengan idea

III Memupuk sikap bersyukur kerana kehidupan semakin dipermudah

IV Melindungi dan memelihara etika sosial dan mempelbagaikan etika budaya

a)

I dan III

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

II dan IV

6.

Antara berikut manakah merupakan tugas secara am seorang pereka bentuk kejuruteraan?

a)

Mereka bentuk peralatan dan sistem

b)

Mereka bentuk peralatan untuk kegunaan awam

c)

Merancang reka bentuk dan pelan pembangunan

d)

Mereka bentuk litar elektrik, mesin, bangunan dan jentera

7.

Antara berikut manakah merupakan definisi inovasi?

a)

Pengaplikasian ilmu sains dan matematik dengan menggunakan sumber semula jadi untuk dijadikan alat, tenaga atau sistem

b)

Pengubahsuaian terhadap produk sedia ada supaya menjadi lebih baik, menjimatkan, bertenaga, bermakna dan mesra pengguna

c)

Proses atau kaedah mencari jalan untuk menghasilkan produk atau perkhidmatan yang baharu serta belum pernah wujud sebelumnya

d)

Pengetahuan tentang penyusunan bahan secara terancang untuk menghasilkan sesuatu produk yang memberi impak kepada kehidupan

8.

Antara berikut manakah merupakan definisi reka bentuk?

a)

Pengetahuan tentang proses pengubahsuaian produk

b)

Pengetahuan tentang penghasilan sesuatu produk yang melibatkan bahan tertentu

c)

Pengetahuan tentang pemilihan produk yang sesuai untuk disusun secara terancang

d)

Pengetahuan tentang penyusunan bahan secara terancang untuk menghasilkan sesuatu produk yang memberi impak kepada kehidupan

9.

Antara berikut manakah merupakan prinsip reka bentuk?


I Warna

II Kontras

III Harmoni

IV Kreativiti

a)

I dan III

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

II dan IV

10.

Antara berikut manakah merupakan asas pertimbangan yang digunakan untuk menentukan nilai sesuatu rekaan reka bentuk?


I Bentuk dan saiz

II Kecenderungan inovasi

III Pengulangan dan garisan

IV Kekuatan kualiti dan kebolehpasaran

a)

I dan III

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

II dan IV

11.

Berikut merupakan penerangan mengenai salah satu prinsip reka bentuk.


Menunjukkan aplikasi penggunaan pelbagai gaya, nilai dan idea yang berbeza dalam sesuatu rekabentuk


Apakah prinsip reka bentuk itu?

a)

Keringkasan

b)

Pengulangan

c)

Kepelbagaian

d)

Keseimbangan

12.

Antara berikut manakah merupakan kepentingan reka bentuk dan teknologi?

a)

Memudahkan pengeluar mengaut keuntungan yang lebih

b)

Meningkatkan penggunaan produk yang berkualiti tinggi

c)

Memberikan keamanan dan kedamaian kepada pengguna

d)

Menyumbang kepada pembangunan sosial, sains dan perniagaan

13.

Antara berikut manakah merupakan padanan yang betul mengenai peranan reka bentuk terhadap individu dan masyarakat?

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

14.

Berikut merupakan maklumat mengenai garis panduan yang perlu dipatuhi oleh seseorang pereka.


Harga produk mestilah tidak membebankan pengguna dan produk tidak mempunyai agenda lain yang tersembunyi


Maklumat di atas adalah mengenai

a)

kejujuran pereka

b)

kepandaian pereka

c)

keselamatan produk

d)

keistimewaan produk

15.

Antara berikut kerjaya manakah yang terlibat dalam menghasilkan mesin pengilangan?


I Pereka bentuk industri

II Pereka bentuk automatif

III Pereka bentuk pengajaran

IV Pereka bentuk kejuruteraan

a)

I dan III

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

II dan IV

16.

Antara berikut manakah merupakan definisi bagi invensi?

a)

Kaedah dan proses rekaan produk baharu yang tidak mendatangkan kemudaratan dalam kehidupan

b)

Kaedah dan proses penambahbaikan produk sedia ada untuk menjadikannya lebih menarik dan unik

c)

Kaedah dan proses memperbaharui produk sedia ada dan mengambil kira nilai-nilai kemanusiaan dalam rekaan

d)

Kaedah dan proses mencari jalan dalam menghasilkan produk atau perkhidmatan yang baharu serta belum pernah wujud sebelumnya

17.

Antara berikut manakah merupakan definisi di peringkat komersial bagi inovasi?

a)

Pengubahsuaian dan penambahbaikan produk sedia ada

b)

Cara pembinaan dan penyelesaian yang lebih cekap dan baik

c)

Penghasilan produk yang dilakukan berdasarkan eksperimen atau kajian

d)

Pembangunan produk yang mempunyai unsur kreatif dan berdaya saing di pasaran

18.

Antara berikut manakah merupakan prinsip invensi, inovasi dan reka bentuk?


I Penjimatan sumber alam semula jadi

II Penggunaan tenaga yang boleh diperbaharui

III Penjimatan masa mencari kelemahan produk yang masih boleh diperbaiki

IV Penggunaan alatan yang tidak akan merugikan bidang kerjaya atau perniagaan

a)

I dan III

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

II dan IV

19.

Rajah 3 menunjukkan jarak dan ketinggian yang betul semasa menggunakan komputer.


Antara berikut manakah yang membantu dalam menentukan kedudukan tersebut?

a)

Pengesan ergo

b)

Kerusi yang stabil

c)

Komputer yang canggih

d)

Meja komputer yang boleh laras

20.

Antara berikut yang manakah maksud reka bentuk?

a)

Pengubahsuaian terhadap produk sedia ada supaya menjadi lebih baik, menjimatkan, bertenaga dan bermakna

b)

Proses mencari jalan untuk menghasilkan produk atau perkhidmatan baharu serta belum pernah wujud sebelumnya

c)

Pengaplikasian ilmu sains dan matematik dengan menggunakan sumber semula jadi untuk dijadikan alat, tenaga atau sistem

d)

Pengetahuan tentang penyusunan bahan secara terancang untuk menghasilkan sesuatu produk yang memberi impak kepada kehidupan

21.

Antara berikut yang manakah kepentingan reka bentuk dan teknologi?


I Menyumbang kepada perkembangan teknologi moden

II Melahirkan masyarakat yang kreatif dalam penggunaan sumber

III Memenuhi kehendak individu dan masyarakat

IV Menjadi penanda aras sebagai negara maju

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

22.

Rajah 4 berkaitan dengan fungsi garisan dalam elemen reka bentuk.


Apakah fungsi garisan yang dimaksudkan?

a)

Menunjukkan pergerakan arah atau aliran

b)

Menunjukkan kestabilan dan keseimbangan

c)

Membahagikan dua atau lebih ruang kawasan

d)

Menunjukkan perhubungan antara dua elemen

23.

Antara berikut yang manakah produk reka bentuk dan teknologi berbentuk abstrak?

a)

Arca

b)

Lukisan

c)

Peralatan

d)

Pengangkutan

24.

Jadual di bawah adalah mengenai kerjaya dan bidang tugas.


Antara berikut yang manakah merupakan padanan yang betul?

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

25.

Apakah maksud teknologi?

a)

Proses pengubahsuaian produk sedia ada supaya menjadi lebih baik

b)

Proses menghasilkan produk atau perkhidmatan yang baharu serta belum pernah wujud

c)

Pengetahuan tentang penyusunan bahan secara terancang untuk menghasilkan sesuatu produk

d)

Pengaplikasian ilmu sains dan matematik dengan menggunakan sumber semula jadi untuk dijadikan alat, tenaga atau sistem

26.

Antara berikut yang manakah produk reka bentuk dan teknologi berbentuk konkrit?

a)

Bahasa

b)

Seramik

c)

Pengiklanan

d)

Pengangkutan

27.

Antara berikut yang manakah etika dalam reka bentuk?


I Keaslian

II Ergonomik

III Bermanfaat

IV Mesra alam sekitar

a)

I, II dan III

b)

I, II dan IV

c)

I, III dan IV

d)

II, III dan IV