wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

ULANGKAJI BAB 3( PENTADBIRAN NEGERI-NEGERI MELAYU BERSEKUTU)

Total questions: 20

Worksheet time: 40mins

Name
Class
Date
1.

Pernyataan di bawah menerangkan strategi yang digunakan oleh British untuk meluaskan kuasanya di Negeri-negeri Melayu Bersekutu, kecuali ....

a)

Tipu helah

b)

Manipulasi

c)

Perjanjian

d)

Desakan atau Paksaan

2.

Apakah yang telah menyebabkan Perang Larut tercetus di negeri Perak?

a)

Salah faham antara pembesar Perak

b)

Pergaduhan dua kumpulan iaitu puak Ghee Hin dan Hai San

c)

Tengku Ngah Ibrahim membawa masuk ramai pelombong dari China

d)

British menguasai Larut

3.

Perang Larut telah membuka ruang kepada British untuk menguasai Perak. Selain itu, British juga telah memanipulasikan Perak dengan mengambil kesempatan di atas pergolakan politik iaitu .....

a)

Membina persahabatan dengan Raja Ismail

b)

Peristiwa perebutan takhta dan kesultanan

c)

Perang Klang dan Acheh

4.

Siapakah pemerintah Larut?

a)

Raja Abdullah

b)

Tengku Ngah Ibrahim

c)

Raja Mahadi

d)

Long Jaafar

5.

Gabenor Negeri-negeri Selat adalah orang tengah yang mengambil peluang bertindak menamatkan kekacauan yang berlaku di Perak. Siapakah beliau?

a)

Francis Light

b)

Sir Lancelot

c)

Sir Andrew Clark

d)

Stamford Raffles

6.

Sultan perlu melalui tiga jawatan sebelum menaiki takhta iaitu, Raja Dihilir, Raja Bendahara dan Raja Muda. Apakah sistem yang diamalkan oleh negeri Perak dalam pewarisan takhta?

a)

Sistem Demokratik

b)

Sistem Autokratik

c)

Sistem Penggiliran

d)

Sistem Beraja

7.

Pertelingkahan dalam kerabat diraja Selangor telah menyebabkan tercetusnya Perang Klang ketika pemerintahan Abdul Samad (1857-1898). Pertelingkahan tersebut berlaku diantara ....

a)

puak Ghee Hin dan Hai San

b)

Raja Abdullah dan Raja Mahadi

c)

Raja Abdullah dan Raja Ismail

d)

Raja Abdullah dan Raja Yusuf

8.

Beliau telah berjaya memajukan daerah Klang sebagai pusat pengeluaran bijih timah dengan pembukaan lombong di sekitar Ampang dan Kuala Lumpur. Beliau juga mendapat sokongan daripada kumpulan puak Hai San.

a)

Raja Abdullah bin Raja Jaafar

b)

Raja Mahadi bin Raja Sulaiman

c)

Raja Jaafar bin Raja Yusuf

d)

Raja Ismail bin Raja Ibrahim

9.

Apakah yang menyebabkan Raja Mahadi din Raja Sulaiman menuntut hak ke atas Klang?

a)

Kemajuan perlombongan emas di Klang

b)

Kemajuan perlombongan bijih timah di Klang

c)

Kekuatan daripada puak Ghee Hin

d)

Tanah Klang yang subur

10.

Apakah bentuk bantuan yang diberikan oleh pihak British kepada Tunku Kudin (Wakil Sultan) untuk menamatkan Perang Klang?

a)

Bantuan kewangan

b)

Bantuan nasihat

c)

Bantuan ketenteraan

d)

Bantuan senjata

11.

Berikut merupakan peranan Residen British kecuali ....

a)

Menasihati Raja-raja Melayu dalam hal ehwal pentadbiran

b)

Menasihati Raja-raja Melayu dalam hal berkaitan agama Islam

c)

Semua nasihat mestilah diikuti dan dipatuhi

d)

Tidak terlibat dalam hal yang berkaitan dengan adat Melayu

12.

Siapakah Residen yang mentadbir Negeri Sembilan?

a)

J.P Rodger

b)

Martin Lister

c)

J.G Davidson

d)

J.W.W Birch

13.

Sistem Residen merupakan sistem pemerintahan British secara tidak langsung di Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan. Antara berikut yang manakah bukan ciri-ciri Sistem Residen?

a)

Kedudukan sultan dan pembesar negeri dikekalkan

b)

Nasihat British mesti diterima

c)

Sultan dan pembesar hilang kuasa dalam memungut cukai

d)

Menasihati sultan dan pembesar dalam hal adat Melayu

14.

Selepas pelaksanaan Sistem Residen, British mengukuhkan kuasa di Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan dengan membentuk Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NNMB) melalui ...

a)

Perjanjian Persekutuan 1865

b)

Perjanjian Persekutuan 1875

c)

Perjanjian Persekutuan 1885

d)

Perjanjian Persekutuan 1895

15.

Persekutuan bermaksud ...

a)

gabungan beberapa buah negeri di bawah satu unit pentadbiran yang mengandungi kerajaan pusat dan kerajaan negeri.

b)

gabungan beberapa buah negeri di bawah satu unit pentadbiran yang mengandungi kerajaan pusat sahaja.

c)

gabungan beberapa buah negeri di bawah satu unit pentadbiran yang mengandungi kerajaan negeri sahaja.

d)

gabungan beberapa buah negeri di bawah satu unit pentadbiran yang mengandungi kerajaan antarabangsa.

16.

Bendera ini merupakan bendera rasmi bagi ...

a)

Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu

b)

Negeri-negeri Melayu Bersekutu

c)

Negeri-negeri Selat

d)

Negeri Wilayah Persekutuan

17.

Berikut merupakan faktor pembentukan NNMB kecuali ...

a)

Menangani kelemahan sistem residen.

b)

Menangani masalah kewangan Pahang

c)

Menyeragamkan Pentadbiran

d)

Mengurangkan jaminan keselamatan negeri

18.

Majlis Mesyuarat Negeri ditubuhkan selepas British berjaya campur tangan dalam pentadbiran negeri Melayu. Majlis ini dipengerusikan oleh ...

a)

Raja Melayu

b)

Residen British

c)

Residen Jeneral

d)

Pesuruhjaya Tinggi British

19.

Apakah fungsi utama Majlis Mesyuarat Persekutuan?

a)

Berkuasa meluluskan undang-undang di Negeri-negeri Melayu Bersekutu

b)

Berkuasa menggubal undang-undang di Negeri-negeri Melayu Bersekutu

c)

Berkuasa meminda undang-undang di Negeri-negeri Melayu Bersekutu

d)

Berkuasa menukar undang-undang di Negeri-negeri Melayu Bersekutu

20.

Pembentukan Durbar oleh British adalah bertujuan mendapatkan sokongan Raja-raja Melayu terhadap Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Ahli Durbar terdiri daripada seperti yang berikut kecuali ...

a)

Pesuruhjaya Tinggi British

b)

Raja-raja Melayu

c)

Residen Jeneral

d)

Residen British

e)

Pembesar