wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BAHASA MELAYU TAHUN 6

Total questions: 15

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

Panglima __________ datang kemari untuk menyampaikan titah daripada sultan.

a)

hamba

b)

patik

c)

saya

d)

beta

2.

Kebanyakan bank menawarkan faedah yang __________kepada orang ramai bagi menarik minat mereka membuat pinjaman.

a)

tinggi

b)

rendah

c)

kecil

d)

besar

3.

Puan Zainora sedang __________ anak kecilnya di ruang tamu.

a)

menimang

b)

melambung

c)

menjunjung

d)

mendukung

4.

Pihak polis akan __________ gerakan untuk menjejaki sekumpulan penculik yang kian aktif sekarang.

a)

memperhebatkan

b)

menghebati

c)

memperhebat

d)

menghebatkan

5.

Dia meneruskan perjalanan dengan bas dari utara ke selatan tanah air.

Perkataan berlawan bagi meneruskan ialah …

a)

melewatkan

b)

menangguhkan

c)

memendekkan

d)

melengahkan

6.

Farid akan mewakili sekolahnya dalam acara olahraga. __________, dia terpaksa berlatih dengan bersungguh-sungguh sebagai persediaan awal.

a)

Dengan demikian

b)

Namun begitu

c)

Tambahan pula

d)

Walaupun begitu

7.

Emak telah mengkhaskan makanan tersebut untuk opah yang menghidap penyakit diabetes dan darah tinggi.

a)

Betul

b)

Salah

8.

Kira-kira empat billion ringgit Malaysia telah memperuntukkan untuk pembangunan sukan di negara kita.

a)

Betul

b)

Salah

9.

Para pengunjung gerbang malam pasti tertarik dengan barang kraf tangan yang dipamerkan oleh para peniaga.

a)

Betul

b)

Salah

10.

Murid-murid Tahun Enam Cendekia menghadiahi beberapa batang pena penanda kepada guru kelas mereka sempena sambutan Hari Guru.

a)

Betul

b)

Salah

11.

Pak Mahadi dan isterinya menemui beberapa __________ cendawan busut semasa mereka mencari kayu api di pinggir hutan.

a)

bilah

b)

kaki

c)

batang

d)

rumpun

12.

Tangan kanan Haji Kamaruddin memegang se __________kuku kambing manakala tangan kirinya pula memegang se __________ anak benih padi.

a)

batang

gemal

b)

pasang

cekak

c)

bilah

rumpun

13.

Putera Nazreen Shah sedang nyenyak ________ di kamarnya kerana baginda terlalu penat mengikut ayahandanya berburu semalam.

a)

beradu

b)

bertitah

c)

bersiram

d)

bersantap

14.

“Tuan Puteri Hang Li Po sedang berdukacita. ____________________ mahu beristirahat buat

sementara waktu,” sembah dayang.

a)

Beta

b)

Patik

c)

Tuanku

d)

Baginda

15.

Pilih ayat yang betul.

a)

Setengah peserta yang terlibat dalam karnival itu ialah murid sekolah.

b)

Sila dapatkan butir-butir terperinci tentang karnival itu di pejabat kami

c)

Yuran yang dikenakan untuk menyertai karnival itu bukan mahal sangat.

d)

Kebanyakan peserta yang terlibat dalam karnival itu berasal daripada Perak.