WorksheetsKARANGAN
Total questions: 30
Worksheet time: 25mins
Berikut perkara yang murid harus lakukan semasa memulakan penulisan karangan, kecuali ...
memahami kehendak soalan dengan tepat berdasarkan arahan tugasan.
memahami dan memikirkan isi-isi / subtopik yang diberikan.
mencatat idea-idea sampingan yang berkaitan dengan isi soalan.
menghuraikan isi berdasarkan kepentingannya di luar topik.
Berikut ialah ciri-ciri penulisan yang menarik, kecuali ...
Menepati tugasan berdasarkan kata kunci soalan / arahan tugasan.
Menggambarkan keseluruhan topik karangan.
Pengolahan yang menarik dengan menyelitkan peribahasa.
Menghuraikan isi dalam perenggan pendahuluan.
Berikut ciri-ciri penulisan isi yang berkesan dan matang, kecuali...
Menulis tiga perenggan isi yang dicadangkan.
Pengetahuan sedia ada haruslah luas.
Penyampaian idea haruslah kritis.
Tugasan yang ditulis tidak mempunyai kesinambungan idea.
Berikut ciri-ciri penutup yang menarik dan berkesan kecuali ...
Mengulas isi berikutnya dengan jelas.
Membuat kesimpulan karangan yang ditulis.
Menyatakan pendirian terhadap tugasan yang diolah dengan kenyataan bernas.
Menyatakan cadangan dan harapan terhadap topik dan impak kepada diri/keluarga/masyarakat juga negara.
Langkah-langkah penulisan karangan yang cemerlang.
i- Catatkan idea-idea sampingan.
ii-Analisis soalan dari segi tema, tugasan dan format.
iii-Baca soalan dengan teliti.
iv-Tulis karangan berpandukan idea dan formula yang disediakan.
v-Semak karangan anda dari segi ejaan, tanda baca dan struktur ayat.
ii, iii, i, v dan iv
ii, iii, i, iv dan v
iii, ii, i, iv dan v
iii, i, ii, iv dan v
Berikut ialah penanda wacana yang sesuai untuk memulakan ayat pertama dalam perenggan pendahuluan kecuali ...
Dengan ini....................
Dewasa ini menyaksikan .......................
Sejak akhir-akhir ini, ...........................
Pada zaman globalisasi ini, .......................
Apakah ayat kedua dalam perenggan pendahuluan yang sesuai digunakan sebagai ayat tanya tentang tugasan?
Maksud sebenarnya ialah ...........
Apakah benar bahawa ........
Sebenarnya kenyataan ini benar tentang ..........................
Sebelum kita menghuraikan idea-idea berkaitan, apakah konsep sebenar yang dikatakan sebagai ........................
Berikut ialah ayat ketiga yang sesuai digunakan sebagai memulakan ayat huraian dalam perenggan pendahuluan. Kecuali ..................
Hal ini demikian kerana ...........
Hal ini berlaku kerana .............
Hai ini disebabkan oleh .............
Hal ini demikian oleh .............
Berikut ialah ayat penyata contoh yang sesuai digunakan. Kecuali ........
Contoh yang berkaitan dengan tugasan ini .............
Tugasan ini dengan lebih jelas dapat dilihat melalui contohnya iaitu........
................ dan ............. merupakan contoh yang relevan dengan ................
Tamsilnya akan difikirkan kemudian kerana .................
Berikut ialah penanda wacana yang sesuai digunakan untuk memulakan ayat rumusan dalam perenggan pendahuluan, kecuali ...............
Demikianlah permulaan.......
Sebenarnya ada banyak ..........
Pada hakikatnya ada banyak ........
Oleh itu ada banyak ............
Berikut ungkapan menarik yang boleh digunakan dalam ayat terakhir perenggan pendahuluan, kecuali ..............
Persoalan tersebut akan dikupas ke akar umbi.
Permasalah tersebut akan dibincangkan ke akar umbi.
Perbincangan ini akan dijelaskan hingga ke akar umbi.
Persoalan tersebut telah dikupas hingga ke akar umbinya.
Berikut ialah penanda wacana yang sesuai digunakan untuk memulakan ayat topik bagi perenggan isi, kecuali ..............
Kesimpulannya ialah ............
Pada perspektif saya, ............
Pada hemat saya ialah ............
Umum mengetahui bahawa ............
Berikut ialah penanda wacana yang sesuai bagi permulaan ayat huraian dalam perenggan isi, kecuali ................
Dalam hal ini .................
Impaknya ialah
Jika disoroti secara teliti ............
Hal ini jelas terbukti apabila........
Berikut ialah penanda wacana yang sesuai digunakan dalam ayat huraian sokongan bagi perenggan isi , kecuali .........
Lantaran itu ..........
Secara jelasnya ..............
Sesungguhnya ..............
Tamsilnya ...............
Berikut ialah penanda wacana yang sesuai digunakan sebagai ayat penegas bagi setiap perenggan isi, kecuali ................
Selain itu .........
Izharnya ...........
Oleh itu ............
Jelaslah bahawa ........
Berikut ungkapan menarik yang boleh digunakan sebagai permulaan ayat pertama / terakhir dalam perenggan kesimpulan, kecuali ..........
Secara tuntasnya...........
Secara konklusinya ............
Akhirulkalam ..................
Tambahan pula ..............
Berikut penanda wacana untuk menyatakan contoh dalam perenggan pendahuluan / isi, kecuali ............
Sebagai tamsilnya .........
Sebagai analoginya ........
Bagi membuktikan perkara ini, contoh yang boleh diketengahkan ialah ..........
Contoh yang ketara dan paling dekat dengan kita ialah .........
Pada hemat saya, demikianlah perkara yang perlu dibincangkan.........
Berikut penanda wacana memulakan atau menyatakan peribahasa dalam huraian isi, kecuali ..............
bak persis kata peribahasa ...........
bak kata peribahasa Melayu .............
persis kata peribahasa .............
bak kata orang-orang tua ..........
Berikut adalah maksud yang betul bagi kosa kata dan ungkapan menarik kecuali .......
bitara - tiada tandingan
acap kali - sering
konkurensi - persaingan
memanifestasikan fikiran - menggunakan idea dengan sebaik-baiknya.
mendabik dada - sombong dan angkuh yang dibendung
CEGAH SEBELUM PARAH. Berdasarkan peribahasa ini, jelaskan langkah-langkah yang perlu diambil bagi mencegah amalan yang memudaratkan kesihatan masyarakat. Berikut ialah cadangan isi-isi penting, kecuali ...
Mengambil makanan seimbang.
Bersenam dan beriadah.
Menjauhi amalan gaya hidup tidak sihat.
Media massa melaksanakan kempen kesedaran
Kerajaan menyediakan perkhidmatan rawatan yang kurang efektif.
Apakah kehendak soalan bagi soalan berikut:
Pada zaman yang serba mencabar ini, banyak remaja Malaysia yang gemar akan hobi yang mencabar atau lasak. Berikan pendapat anda tentang faedah-faedah hobi yang mencabar atau lasak ini.
Keburukan hobi yang mencabar atau lasak ini kepada remaja
Kebaikan hobi yang mencabar atau lasak ini.
Usaha memupuk minat remaja kepada hobi yang mencabar atau lasak ini.
Faktor remaja meminati hobi yang mencabar atau lasak ini.
Apakah kehendak soalan bagi arahan di bawah:
Ibu bapa memainkan peranan penting untuk mencorakkan kehidupan anak-anak. Oleh itu, pendidikan anak-anak sebenarnya bermula dari rumah. Jelaskan peranan ibu bapa dalam pembentukan sahsiah anak-anak.
Faktor pembentukan kehidupan anak-anak.
Kesan pendidikan anak-anak kepada pembentukan sasiah.
Tanggungjawab ibu bapa dalam pembentukan sahsiah anak-anak.
Peranan anak-anak kepada ibu bapa.
Apakah kehendak soalan bagi arahan berikut:
Anda sebagai pengerusi Kelab Pengguna di sekolah telah dijemput untuk memberikan ceramahkepada rakan-rakan sempena MInggu Koperasi dan Kepenggunaan. Tajuk ceramah tersebut ialah Kepentingan Amalan Menabung dalam Kalangan Remaja. Tulis teks ceramah tersebut.
Kepentingan amalan menabung dalam kalangan remaja
Anda menulis teks ceramah tersebut.
Pengerusi kelas pengguna
Anda memberikan ceramah
Apakah kehendak soalan bagi arahan berikut:
Makanan ringan menjadi pilihan anak-anak kecil masa ini. Huraikan pendapat anda tentang bahaya pengambilan makanan ringan seharian.
Makanan ringan
Huraikan pendapat anda
Keburukan pengambilan makanan ringan seharian.
Pilihan anak-anak kecil
Nyatakan dua isi yang sesuai bagi soalan berikut:
Makanan ringan menjadi pilihan kanak-kanak pada masa ini. Huraikan pendapat anda tentang bahaya pengambilan makanan ringan seharian.
Makanan ringan mudah didapati oleh orang ramai.
Pengguna akan terdedah dengan penyakit berbahaya.
Makanan ringan mempunyai banyak bahan kimia yang memudaratkan.
Makanan ringan melemahkan otak dan tumpuan.
Nyatakan dua isi yang sesuai bagi soalan berikut:
Ibu bapa merupakan insan yang banyak berjasa dalam membesarkan anak-anak. Huraikan cara-cara untuk menggembirakan hati ibu bapa.
Anak-anak perlu menghormati rakan-rakan ibu bapa.
Ibu bapa dihantar ke rumah orang tua.
Hari istimewa ibu bapa disambut oleh anak-anak.
Anak-anak melupakan ibu bapa kerana sibuk berkerja.
Nyatakan dua isi berdasarkan soalan berikut:
Semangat kejiranan dalam kalangan rakyat di negara kita semakin longgar. Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang harus diambil supaya semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat dapat ditingkatkan.
Masyarakat bersikap pentingkan diri sendiri.
Warga tua menjadi suri teladan kepada golongan muda.
Aktiviti kemasyarakat bersama-sama penduduk.
Kesibukan dengan kegiatan harian.
Nyatakan dua isi yang sesuai bagi soalan berikut:
Anda telah terpilih mewakili sekolah dalam pertandingan syarahan sempena Minggu Cegah Jenayah. Tajuk syarahan anda ialah Peningkatan Jenayah dalam Kalangan Remaja, Salah Siapa?
Remaja mudah terpengaruh dengan rakan sebaya
Ibu bapa kurang memberikan perhatian kepada anak-anak
Pihak berkuasa mengetatkan undang-undang
Ibu bapa memberikan didikan agama kepada anak-anak.
Nyatakan dua isi berdasarkan soalan berikut:
Seorang murid di sekolah anda dipilih menjadi Murid Terbaik Sijil Peperiksaan Malaysia Peringakat Negeri. Selaku wartawan majalah sekolah, anda diminta mewawancara murid tersebut.
Keluarga dan guru menjadi pendorong kejayaan.
Aktiviti bermain permainan video bersama-sama rakan.
Amalan mendekatkan diri dengan Tuhan perlu dijaga.
Latihan yang diberikan guru tidak disiapkan.
Pendahuluan karangan terletak pada perenggan yang .....
Kedua
Keempat
Pertama
Ketiga
