wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kata Banyak Makna

Total questions: 15

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Pilih ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul

a)

Razali anak yang baik.

b)

Jahitan pada dahinya sudah baik.

c)

Baik kata anaknya terpaksa diturut sahaja

d)

Walaupun telah lama, jam tangan ini masih baik

2.

Pilih ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul

a)

Bekas jari-jarinya yang kotor terdapat pada dinding putih itu.

b)

Pelbagai jenis bekas keperluan harian dijual di sini.

c)

Encik Tan merupakan bekas guru sekolah ini.

d)

Bekas plastik itu berminyak.

3.

Pilih ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul

a)

Sambutan pesta itu sangat cerah.

b)

Anak perempuannya berkulit cerah

c)

Cuaca diramalkan cerah pada pagi ini.

4.

Pilih ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

a)

Ben Li membaca buku di dalam biliknya.

b)

Air sungai ini dalam.

c)

Udara di Tanah Tinggi Cameron Highland amat dalam pada waktu pagi.

5.

Pilih ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul

a)

Cuaca yang panas menyebabkan saya cepat haus.

b)

Hasil kerja tangannya amat haus.

c)

Tapak kasut ini sudah haus.

6.

Pilih ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul

a)

Saya anak jatuh kampung ini.

b)

Nenek jatuh sakit semalam

c)

Harga barang jatuh dengan tiba-tiba.

7.

Pilih ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul

a)

Baru sebentar tadi dia lalu di sini.

b)

Sejak sakit, dia tidak lalu makan.

c)

Kereta lama itu sangat perlahan lalunya.

8.

Pilih ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul

a)

Matanya merah kerana terlalu lama menangis.

b)

Dia menulis mata rumahnya pada secebis kertas.

c)

Mata pisau itu sudah tumpul.

9.

Pilih ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

a)

Siti berdiri lagi menyanyi.

b)

Sejak dulu lagi, dia meminati bidang lukisan.

c)

Murid-murid 5A pandai lagi rajin.

10.

Pilih ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

a)

Air kopi ini masih hangat lagi.

b)

Cerita itu begitu hangat diperkatakan.

c)

Bawang merah itu ditumbuk sehingga hangat.

11.

Pilih ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

a)

Kami menjemput Kak Lina di stesen kereta api.

b)

Ali menjemput kambing-kambingnya ke padang rumput.

c)

Sofia menjemput kawan-kawannya menghadiri majlis hari jadinya.

12.

Pilih ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

a)

Kami sampai sejambak bunga kepada guru.

b)

Paras banjir di Taman Tuna sudah sampai aras bahaya

c)

Kereta api dari Johor akan sampai pada pukul 8:00 malam.

d)

Sampai hari ini, dia masih belum memulangkan buku cerita itu.

13.

Pilih ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

a)

Beg itu ringan dan mudah dibawa ke mana-mana.

b)

Soalan-soalan dalam ujian itu ringan dan mudah diselesaikan.

c)

Beberapa orang mendapat cedera ringan dalam kemalangan itu.

14.

Pilih ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

a)

Bunga tayar kereta itu melintang.

b)

Ailin suka memakai baju yang bunga.

c)

Syarifah menghadiahkan sejambak bunga kepada gurunya.

15.

Pilih ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

a)

Usianya baru lima tahun.

b)

Adik masuk ke bilik baru tidur.

c)

Ayah Kamariah baru balik dari pejabat.

d)

Kelvin baru membeli sebuah basikal yang berwarna biru.