wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KATA KERJA

Total questions: 15

Worksheet time: 12mins

Name
Class
Date
1.

Pasukan Bomba dan Penyelamat telah.....mangsa banjir ke pusat pemindahan banjir berhampiran kampung itu.

a)

mengarahkan

b)

menunjukkan

c)

memindahkan

d)

menghantarkan

2.

Aina hampir-hampir ...... ke tanah apabila dia tidak semena-mena terlanggar akar pokok meranti.

a)

tersipu

b)

tergelincir

c)

terjelepok

d)

tersembam

3.

Laksamana Hang Tuah ...... kerisnya ke pinggang dengan kemas sebelum belayar.

a)

memasukkan

b)

menyisipkan

c)

menusukkan

d)

menghunuskan

4.

Kaki Ahmad ..... kerana dia tergesa-gesa menuruni tangga rumah untuk keluar bermain.

a)

terpelecok

b)

terpelanting

c)

terperosok

d)

tercampak

5.

Lukman jatuh .... kerana kakinya tersepak seketul batu besar ketika pulang dari memancing ikan.

a)

tersungkur

b)

telentang

c)

terjelepok

d)

tergelincir

6.

Tentukan kesalahan dalam ayat ini :

Penduduk kampung saling membantu untuk menyiapkan rumah yang rosak teruk akibat ditiup taufan.

a)

saling membantu

b)

menyiapkan

c)

ditiup

d)

tiada kesalahan

7.

Tentukan kesalahan dalam ayat ini :

Penduduk taman bimbang akan keselamatan anak mereka berikutan banyak anjing berkeliaran di kawasan tersebut.

a)

bimbang

b)

keselamatan

c)

berkeliaran

d)

tiada kesalahan

8.

Siti ke pejabat Ali untuk membincangkan tentang kos projek perumahan yang akan dilaksanakan pada bulan hadapan.

a)

membincangkan tentang

b)

projek perumahan

c)

dilaksanakan

d)

tiada kesalahan

9.

Pilih ayat yang betul.

a)

Semua murid 1 Kathir sedang membaca buku di rumah.

b)

Nenek sedang mengerat sebiji durian lalu dimasukkan ke dalam mulut.

c)

Pihak polis mengejarkan perompak itu beberapa das tembakan.

d)

Azni menggalas meja menggunakan kain batik.

10.

Pilih ayat yang tepat :

a)

Jalur gemilang kibar megah.

b)

Pameran sains itu diadakan meriah.

c)

Pak Mail beroleh rezeki yang halal dengan bekerja sebagai pengawal keselamatan.

d)

Mak Leha tidak pernah mengeluhkan nasib malang yang menimpanya.

11.

Kenal pasti kesalahan ejaan dalam ayat :

Ibu bapa dan guru-guru haruslah berganding bahu dalam usaha melahirkan murid yang berketrampilan pada masa hadapan.

(a)  

12.

Kenal pasti kesalahan :

Daun kering bergugoran di halaman rumah yang tidak berpenghuni itu.

(a)  

13.

Kenal pasti kesalahan :

Pak Sallah dan anaknya ke bendang untuk menuai padi yang sedang mengunin.

(a)  

14.

Kenal pasti kesalahan bahasa :

Ibu menyuruh kakak merebus air untuk dibuat kopi panas.

(a)  

15.

Kenal pasti kesalahan bahasa :

Aiman membonceng kudanya yang jinak itu untuk bersiar-siar di padang berhampiran rumahnya.

(a)