WorksheetsUlangkaji Sains Ting. 3
Total questions: 20
Worksheet time: 3600secs
1. Antara berikut, yang manakah fungsi sel darah merah?
Mengawal atur suhu badan
Membebaskan karbon dioksida berlebihan daripada badan
Menyerap oksigen dari atmosfera ke dalam badan
Mengangkut oksigen dan karbon dioksida ke seluruh badan
2. Rajah 1 menunjukkan seorang budak perempuan menggigil kesejukan. Antara berikut, yang manakah tidak akan meningkatkan suhu badan budak perempuan itu?
Memakai baju sejuk
Duduk di bawah kipas yang bergerak
Mematikan suis penyaman udara
Menaikkan suhu penyaman udara
3. Apakah fungsi utama kelenjar prostat?
Bersifat alkali pada pH dan menghasilkan gamet jantan
Mengawal aliran air kencing daripada pundi kencing ke uretra
Menghasilkan air mani berasid yang membenarkan sperma kekal hidup dalam faraj
Mengeluarkan rembesan dan melindungi sel sperma
4. Antara rajah berikut, yang manakah mewakili suatu campuran?
5. Antara alat yang berikut, yang manakah tidak mengaplikasikan pantulan cahaya untuk berfungsi?
Periskop
Kaleidoskop
Cermin
Teleskop
6. Maklumat di atas menerangkan tiga jenis tumbuhan, X, Y dan Z. Apakah yang diwakili oleh tumbuhan X, Y, dan Z?
7. Rajah 2 menunjukkan satu interaksi di antara dua organisma. Apakah jenis interaksi yang ditunjukkan oleh kedua-dua haiwan ini?
Parasitisme
Mutualisme
Mangsa-pemangsa
Komensalisme
8. Rajah 3 menunjukkan satu piramid makanan. Kumpulan makanan yang manakah boleh menyebabkan kencing manis jika diambil secara berlebihan?
W
X
Y
Z
9. Antara berikut, yang manakah merupakan contoh penyakit berjangkit?
Asma
Kardiovaskular
Kanser
Tuberkulosis
10. Antara berikut, yang manakah menunjukkan elektrod yang betul untuk menghasilkan hidrogen dan oksigen ketika elektrolisis air?
11. Rajah 4 menunjukkan petua genggaman tangan kanan. Apakah arah yang diwakili oleh lengkungan jari itu?
Arah voltan
Arah arus
Arah medan magnet
Arah daya elektromagnet
12. Lina ingin menukar 45 kg kepada Newton (N). Antara berikut, yang manakah benar tentang pengiraan itu?
40/10
45 x 10
(45 x 1000)/10
45 x 1000 x 10
13. Ali mempunyai dua sepana yang sama saiz, P dan Q, tetapi, P mempunyai pemegang yang lebih panjang jika dibandingkan dengan Q. Jika memegang di hujung pemegang, sepana manakah lebih berkesan melonggarkan nat? Mengapa?
P kerana mempunyai momen yang lebih besar
P kerana mempunyai momen yang lebih kecil
Q kerana mempunyai momen yang lebih besar
Q kerana mempunyai momen yang lebih kecil
14. Apakah yang perlu dilakukan pada bilik kosong seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 5 sekiranya Alice menginginkan bilik itu menjadi sebuah studio individu
Catkan bilik tersebut dengan warna gelap untuk menyerap bunyi
Menutup lantai dengan permaidani yang tebal untuk mengurangkan pantulan bunyi
Letakkan tumbuhan untuk mencantikkan bilik tersebut
Memastikan tingkap terbuka supaya bunyi boleh merambat dengan cepat
15. Antara berikut, yang manakah mewakili susunan bintang mengikut urutan menurun saiznya?
W → Y → V → X → Z
V → W → X → Y → Z
Z → X → V → Y → W
Y → W → Z → V → X
16. Seorang pesakit yang menghidap emfisema didapati sukar untuk bernafas selepas menaiki tangga. Antara bahagian sistem respirasi berikut, yang manakah adalah kerosakan disebabkan penyakit itu?
Trakea
Tekak
Diafragma
Alveoli
17. Jadual di bawah menunjukkan huraian tentang salur darah P dan Q. Antara berikut, yang manakah mewakili P dan Q dengan betul?
18. Apakah yang berlaku apabila logam sulfida
dipanaskan?
Logam dan asid sulfurik terhasil
Sulfat dan logam tulen terhasil
Oksida logam dan sulfida terhasil
Karbon sulfida dan oksida logam terhasil
19. Antara yang berikut, yang manakah adalah
tindak balas endotermik?
Pendidihan air
Pembakaran bahan api fosil
Tindak balas antara zink dengan air
Melarutkan natrium hidroksida ke dalam
air
17. Rajah 7 menunjukkan kuasa penembusan bagi
tiga jenis sinaran radioaktif. Apakah jenis sinaran bagi X, Y dan Z?
