wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SEJARAH T4 (B6-B10) KSSM

Total questions: 20

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

Dialog di bawah mungkin berlaku pada zaman darurat di Tanah Melayu.

Pegawai British : Tuan, kita menghadapi kesukaran untuk membenteras komunis kerana mereka mendapat bantuan daripada Min Yuen

Pesuruhjaya Tinggi British: Jika begitu, saya arahkan Harold Briggs untuk menangani masalah ini.

Bagaimanakah Sir Harold Briggs menyelesaikan masalah tersebut?t4/b6 bt ms157

a)

Mengisytiharkan darurat

b)

Melancarkan Perang Saraf

c)

Memperkenalkan tawaran pengampunan

d)

Melaksanakan kawasan petempatan semula

2.

Bagaimanakah Sir Gerald Templer mendapatkan sokongan penduduk supaya menyokong usaha

memerangi pengganas komunis?t4/b6 bt ms 159

a)

Melonggarkan syarat kewarganegaraan

b)

Membawa masuk tentera KOMANWEL

c)

Memperkenalkan kad pengenalan

d)

Mewujudkan kampung baharu

3.

Maklumat berikut berkaitan usaha kerajaan untuk menamatkan ancaman komunis di Tanah Melayu

* Menampal poster

* Siaran Radio Malaya

* Iklan Wayang Gambar

Apakah strategi yang berkaitan dengan usaha tersebut? t4/b6 bt ms158

a)

Menganjurkan pertemuan Baling

b)

Melancarkan Perang Saraf

c)

Mewujudkan kampung baharu

d)

Menawarkan pengampunan

4.

Pertemuan Baling telah diadakan pada 28 Disember 1955 di Baling, Kedah antara wakil kerajaan dan

wakil pihak komunis.

Apakah tuntutan kerajaan dalam tuntutan tersebut?t4/b6 bt ms160

a)

Mengembalikan harta rampasan

b)

Memusnahkan kubu

c)

Meletakkan senjata

d)

Meninggalkan negara

5.

Apakah kesan darurat ke atas Tanah Melayu?t4/b6 bt ms 162-163

I Pertahanan lemah

II Pembangunan terjejas

III Hubungan kaum renggang

IV Kuasa luar semakin berpengaruh

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

6.

Tokoh yang berikut memberikan sumbangan kepada negara sebelum merdeka

* Dato' Onn bin Jaafar

* EEC Thuraisingham

* Tan Cheng Lock

Apakah sumbangan mereka?t4/b7 bt ms175

a)

Menubuhkan Parti Perikatan

b)

Menjadi ahli Suruhanjaya Reid

c)

Menganjurkan Konvensyen Kebangsaan

d)

Merupakan ahli Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum

7.

Mengapakah Sistem Ahli diperkenalkan di Tanah Melayu? t4/b7 bt ms178

a)

Merangka perlembagaan baharu

b)

Melaksanakan pilihan raya umum

c)

Membincangkan syarat kewarganegaraan

d)

Melatih penduduk tempatan dalam pentadbiran

8.

Mengapakah parti berikut ditubuhkan? t4/b7 bt ms184

Parti→ Independence Malaya Party

Pengasas→ Dato' Onn Jaafar

a)

Menyekat pengaruh komunis

b)

Mewujudkan perpaduan kaum

c)

Mempertahankan hak peribumi

d)

Mengurangkan pengaruh golongan radikal

9.

Maklumat berikut merupakan usaha parti politik di Tanah Melayu pada tahun 1954 ke arah

mewujudkan perpaduan kaum.

* Persidangan Kebangsaan

* Konvensyen Kebangsaan

Mengapakah perpaduan kaum diberikan penekanan pada waktu itu?t4/b7 bt ms 186-187

a)

Melemahkan pengaruh golongan radikal

b)

Mengelakkan ancaman konfrontasi Indonesia

c)

Mempercepatkan proses kemerdekaan negara

d)

Mengatasi masalah komunis

10.

Mengapakah Lembaga Kemajuan Industri Desa (RIDA) ditubuhkan pada tahun 1951? t4/b7 bt ms 177

a)

Menyusun semula masyarakat

b)

Meningkatkan taraf hidup peribumi

c)

Melaksanakan pembangunan wilayah

d)

Menguruskan pembukaan tanah pertanian

11.

Apakah pillihan raya terawal di negara kita? t4/b7 bt ms197

a)

Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan

b)

Pilihan raya Majlis Perbandaran Kuala Lumpur

c)

Pilihan raya Perbandaran Georgetown

d)

Pilihan raya negeri

12.

Gambar berikut menunjukkan pengundi sedang membuang undi.

Apakah nilai yang ditunjukkan daripada gambar tersebut?t4/b8 bt ms 207

a)

Bertanggungjawab

b)

Berhemah tinggi

c)

Pemurah

d)

Prihatin

13.

Gambar berikut menunjukkan Ahli Kabinet Kerajaan Persekutuan 1955

Mengapakah kabinet pertama ini penting kepada negara kita?t4/b8 bt ms207

a)

Pertambahan kuasa Pesuruhjaya Tinggi

b)

Mengukuhkan kuasa Raja-raja Melayu

c)

Menunjukkan kompromi antara kaum

d)

Penyatuan parti politik

14.

Pada 8 Februari 1956, Perjanjian London telah ditandatangani antara wakil Persekutuan Tanah Melayu

dengan kerajaan British.

Apakah kejayaan rundingan tersebut?t4/b9 bt ms218

a)

Pengagihan kuasa antara kerajaan pusat dengan kerajaan negeri

b)

Penetapan tarikh kemerdekaan negara

c)

Pemiliknegaraan syarikat dan pelaburan asing

d)

Sistem pemusatan kuasa dilaksanakan dalam pentadbiran

15.

Pernyataan di bawah berkaitan dengan hasil persetujuan di London

Pada 8 Februari 1956, kerajaan British mengumumkan pembentukan suruhanjaya bebas setelah mendapat persetujuan Raja-raja Melayu

Apakah peranan suruhanjaya tersebut?t4/b9 bt ms218

a)

Mengatasi ancaman komunis

b)

Merangka perlembagaan merdeka

c)

Mengkaji dasar pendidikan kebangsaan

d)

Mengadakan pilihan raya

16.

Berdasarkan rajah berikut, apakah X?

X →Berperanan menggubal perlembagaan

Persekutuan Tanah Melayu 1957

t4/b9 bt ms220

a)

Sistem Ahli

b)

Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum

c)

Suruhanjaya Cobbold

d)

Suruhanjaya Reid

17.

Kamus Dewan mentakrifkan kemerdekaan sebagai t4/b10 bt ms 234

a)

bersatu menentang kuasa luar

b)

kuasa menentukan hala tuju

c)

bebas dari penjajah

d)

naungan kebebasan

18.

Apakah kepentingan lambang (jata) tersebut?t4/b10 bt ms 247

a)

Menunjukkan ketelusan

b)

Mempamerkan kehebatan

c)

Mewujudkan semangat berdikari

d)

Melahirkan semangat cinta akan negara

19.

Mengapakah Bank Negara diwujudkan pada awal kemerdekaan negara kita?t4/b10 bt ms 244

a)

Menarik pelabur luar

b)

Membuka peluang pekerjaan

c)

Membantu penduduk luar bandar

d)

Menggalakkan pertumbuhan ekonomi

20.

Apakah tujuan Rancangan Buku Merah?t4/b10 bt ms244

a)

Memantau projek pembangunan

b)

Menyediakan peluang pekerjaan

c)

Menstabilkan kewangan negara

d)

Membuka tanah besar-besaran