NEW
Font size
WorksheetsBahasa Melayu PT3
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Zamani diminta oleh bapanya mencantas __________ kelapa yang sudah kekuningan di
kebun mereka pada petang itu.
daun
pokok
batang
pelepah
Surat Pekeliling itu telah ditampalkan __________ papan kenyataan.
di
atas
pada
kepada
Pergerakan pelakon itu dalam adegan pergaduhan kelihatan _________ kerana dia pernah mempelajari seni pertahanan diri.
lasak
cekap
tangkas
kencang
Cikgu Khuzaimah telah diamanahkan oleh pihak PIBG untuk __________ mata pelajaran Bahasa Melayu semasa cuti persekolahan kepada sekumpulan pelajar yang lemah.
mengajar
mengajari
mengajarkan
menunjuk ajar
Angah mengambil songkok hitamnya lalu __________ ke atas kepalanya,
menyerkupkan
menyerkapkan
menyarungkan
menyorongkan
Sewaktu tergesa-gesa, menuju ke dapur kaki Nadirah __________ pada bendul pintu biliknya.
tersadung
tersepak
terpijak
terselit
Semua kakitangan di jabatan itu telah diingatkan oleh ketua mereka agar menjauhi perbuatan __________ yang akan mengakibatkan mereka disoal siasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah.
gelap mata
pisau cukur
mata duitan
tumbuk rusuk
Ayah membeli empat _______ nasi lemak untuk kami bersarapan.
ketul
batang
buah
bungkus
Cikgu Nazira menyuruh kami mengarang dua _______ pantun setiap seorang.
rangkap
perenggan
patah
baris
Universiti Pendidikan Sultan Idris menawarkan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan ________ kepada lepasan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia.
prasyarat
prasarana
prasejarah
prasekolah
Hanis sedang mengulang kaji pelajarannya pada malam itu, tiba-tiba dia terdengar orang sedang ________ mancis api dari luar rumahnya.
mencalit
mencoret
mencelup
mencalar
Istana Alam Shah yang terletak di Bandar Diraja Klang ialah tempat ________ Sultan Selangor sebelum berpindah ke Istana Kayangan, Shah Alam.
bersemayam
bersiram
bertabal
beradu
Pemandu bas itu dipersalahkan kerana memandu melebihi had laju yang telah ditetapkan.
Pilih perkataan antonim bagi dipersalahkan
dipersoalkan
dipertikaikan
diperbetulkan
diperdebatkan
Setelah mendengar hujah pendakwa raya, hakim telah ___________ pesalah itu dengan hukuman penjara selama 1 bulan.
Dijatuhi
Menjatuh
Menjatuhi
Menjatuhkan
Setelah ibu selesai _____________ nasi, ibu ___________ air pula.
menanak ... menjerang
memasak ... mendidihkan
menanak ... merebus
mengukus ... menjerang
