Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

RBT tahun 5 Sanitasi Makanan

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Semasa menyediakan makanan, kita mestilah memastikan alatan dalam keadaan yang bersih dan baik. Apakah contoh keadaan tersebut?

a)

alatan yang sumbing

b)

alatan yang berkarat

c)

alatan yang tidak retak

2.

Terdapat 2 punca pencemaran makanan, iaitu ________________________.

a)

manusia

b)

manusia dan haiwan

c)

manusia dan tumbuhan

3.

Pencemaran makanan melalui manusia adalah daripada _____________________________.

a)

batuk, selesema dan luka.

b)

batuk, selesema dan kudis.

c)

batuk, selesema, luka dan kudis.

4.

Makanan yang berlebihan setelah dimasak boleh disimpan di dalam __________________.

a)

almari dan peti sejuk

b)

almari dan bekas bertutup

c)

pet sejuk, almari dan bekas bertutup

5.

Kita haruslah menyimpan makanan di dalam peti sejuk secara __________________.

a)

bertingkat

b)

teratur

c)

terancang

6.

Apakah maksud sanitasi makanan?

a)

Pengawalan kebersihan dan keselamatan dalam penyediaan dan penyimpanan makanan

b)

Pengawalan kebersihan dan keselamatan dalam penyediaan makanan

c)

Pengawalan kebersihan dalam penyediaan dan penyimpanan makanan

7.

Mengapakah sanitasi makanan amat penting?

a)

Supaya makanan bertambah sedap

b)

Supaya makanan tidak tercemar, rosak atau beracun

c)

Supaya makanan sentiasa selamat disimpan

8.

Bahagian dalam peti sejuk manakah sesuai untuk makanan yang disejukbekukan?

a)

Atas

b)

Tengah

c)

Bawah

9.

Bolehkah makanan panas dimasukkan ke dalam peti sejuk?

a)

Boleh

b)

Tidak boleh

c)

Tidak pasti

10.

Berikut merupakan prinsip kebersihan diri apabila mengendalikan makanan, kecuali _______________________________.

a)

memakai kep dan apron

b)

memakai pakaian baharu

c)

memastikan kuku pendek

11.

Ruang memasak hendaklah sentiasa ______________________________.


i. bersih

ii. selesa

iii. selamat

iv. cantik

a)

i dan ii

b)

i, ii dan iii

c)

i, ii dan iv

d)

ii, iii dan iv

12.

Sekiranya kita mengabaikan prinsip kebersihan dalam penyediaan makanan, apakah akibatnya?

a)

Kita akan mengalami kemurungan

b)

Kita dapat merasa makanan yang lazat

c)

Kita akan mendapat penyakit disebabkan makanan yang telah tercemar

13.

Makanan bermasak perlu disimpan di dalam bekas yang ___________________________________.


i. cantik

ii. bersih

iii. sesuai

iv. mahal

a)

i dan ii

b)

i dan iii

c)

ii dan iii

d)

ii dan iv

14.

Makanan boleh tercemar dengan keadaan berikut kecuali

a)

mencuci makanan dengan tidak bersih

b)

pencemaran silang

c)

menggunakan peralatan kotor

d)

menyimpan di tempat yang sesuai

15.

Bagaimanakah cara menyimpan makanan segar ?

a)

Makanan disimpan di dalam peti sejuk pada tempat yang sesuai

b)

Tutup bahan makanan

c)

Disimpan di dalam peti sejuk dengan segera selepas makanan disejukkan

d)

Jangan letak berdekatan dengan makanan mentah