Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SEJARAH TINGKATAN 8.4 & 8.5

Total questions: 15

Worksheet time: 9mins

Name
Class
Date
1.

Mengapakah pemimpin negara perlu mengamalkan sistem syura?

a)

Mengukuhkan kedudukan

b)

Memantapkan sistem pemerintahan

c)

Mengelakkan pergaduhan

d)

Mencapai keputusan secara muafakat

2.

Apakah tujuan sistem zakat dan sistem wakaf diamalkan dalam sistem ekonomi Islam?

a)

Pengukuhan pentadbiran

b)

Perluasan penyebaran Islam

c)

Pembangunan umat Islam

d)

Peningkatan aktiviti perdagangan

3.

Apakah sumbangan Tamadun Islam kepada dunia dari segi ekonomi?

a)

Sistem syura

b)

Konsep ummah

c)

Hukum syariah

d)

Institusi baitulmal

4.

Seni bina bangunan Islam diperindah dengan ukiran arabes, motif kaligrafi dan geometri bagi

a)

menjamin keselamatan

b)

melambangkan tanda hormat

c)

memberikan ketenangan

d)

memperkukuh struktur bangunan

5.

Apakah DUA amalan ekonomi Islam yang patut kita contohi pada hari ini?

a)

Bersedekah

b)

Mengamalkan riba

c)

Berjimat cermat

d)

Mengutamakan keuntungan

6.

Apakah fungsi aspek penggunaan air dan cahaya dalam seni bina masjid?

a)

Mewujudkan rasa tenang dan selesa

b)

Menimbulkan kesan dari segi penampilan ruang

c)

Memperlihatkan keunikan seni bina Islam

d)

Memperkukuh keselamatan dan sistem struktur binaan

7.

Al-Biruni memberikan sumbangan yang besar dalam DUA bidang berikut

a)

Geografi

b)

Algebra

c)

Kartografi

d)

Perubatan

8.

Apakah kepentingan wahyu pertama yang diturunkan pada tahun 610 M?

a)

Penyebaran Islam secara terbuka

b)

Berakhirnya sistem kabilah

c)

Pembukaan semula kota Makkah

d)

Bermulanya Tamadun Islam

9.

Apakah fungsi mihrab dalam seni bina masjid?

a)

Tempat melaungkan azan

b)

Penanda arah kiblat

c)

Tempat imam membaca syarahan

d)

Pintu masuk utama

10.

Antara berikut merupakan DUA ciri keunikan seni bina masjid di India.

a)

Bumbung berbentuk bawang

b)

Bumbung berbentuk pagoda

c)

Berbentuk rumah tradisional

d)

Binaan pintu gerbang yang besar

11.

Apakah DUA sebab seni bina masjid di Nusantara mempunyai tingkap yang tersusun dengan jumlah yang banyak?

a)

Penyejukan dan pengudaraan

b)

Memberikan keselesaan dan ketenangan

c)

Iklim yang panas dan lembap

d)

Memperlihatkan keunikan seni bina Islam

12.

Beliau pernah keluar berperang bersama-sama kaum wanita Madinah untuk membantu memberikan minuman dan merawat tentera yang tercedera dalam Perang Uhud.

a)

Siti Khadijah binti Khuwailid

b)

Shafiah binti Abdul Muthalib

c)

Siti 'Aisyah binti Abu Bakar al-Siddiq

d)

Sumayyah binti Khayyat

13.

Antara berikut, apakah masjid yang terawal dibina dalam Tamadun Islam ?

a)

Masjid al-Aqsa

b)

Masjid Nabawi

c)

Masjidil Haram

d)

Masjid Quba'

14.

Apakah tujuan utama pembinaan menara dalam seni bina Islam ?

a)

Penanda arah kiblat

b)

Tempat membaca khutbah

c)

Sebagai mercu tanda

d)

Laungan azan dapat didengari dari jarak jauh

15.

# Masjid Huang Sheng Si

# Masjid Zhen-Jiao Si

Apakah persamaan antara kedua-dua masjid tersebut?

a)

Berinspirasikan rumah tradisional

b)

Berinspirasikan masjid di Nusantara

c)

Berinspirasikan penemuan cakerawala

d)

Berinspirasikan masjid Tengkera