NEW
Font size
WorksheetsSAINS TAHUN 6 (ULANGKAJI)
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Di manakah biasanya protozoa boleh dijumpai ?
Di dalam udara
Di dalam air
Di dalam makanan
Di dalam badan manusia
Apakah yang menyebabkan roti naik apabila yis ditambahkan ke dalam doh roti ?
Yis bernafas
Yis bergerak
Yis membiak
Yis bertumbuh
Persaingan yang manakah berlaku antara spesies haiwan yang sama sahaja ?
Persaingan untuk mendpatkan makanan
Persaingan untuk mendapatkan ruang
Persaingan untuk mendapatkan pasangan
Persaingan untuk mendapatkanair
Antara yang berikut, yang manakah menyebabkan persaingan antara rusa di suatu habitat menjadi bertambah sengit ?
Bilangan rusa berkurang
Bilangan harimau bertambah
Bilangan tumbuhan berkurang
Bilangan pemburu haram berkurang
Rajah menunjukkan satu spesies haiwan yang telah pupus.Mengapakah haiwan tersebut pupus ?
Diburu oleh manusia untuk mendapatkan kulit dan dagingnya.
Diburu haiwan lain untuk dijadikan makanan
Bergaduh sesama sendiri sehingga pupus
Dimusnahkan oleh bencana banjir besar
Antara yang berikut, yang manakah merupakan langkah pemuliharaan ?
Mengharamkan pemburuan haiwan liar
Menghukum pemburu yang memburu haiwan liar
Memungut telur penyu untuk ditetaskan
Menubuhkan lebih banyak zoo
Bagaimanakah cara untuk mendidik masyarakat supaya melindungi haiwan dan tumbuh-tumbuhan yang diancam kepupusan ?
Elakkan daripada membeli produk yang diperbuat daripada bahagian haiwan yang terancam
Menggalakkan masyarakat menerokai hutan simpan
Meningkatkan pengeluaran produk daripada bahagian badan haiwan
Kempen menyayangi haiwan peliharaan
Apakah yang dimaksudkan dengan pemeliharaan
Mengekalkan keadaan asal haiwan dan tumbuhan
Menjaga haiwan dan tumbuhan supaya sentiasa sihat
Menempatkan haiwan dan tumbuhan ke tempat yang lebih baik
Menempatkan haiwan dan tumbuhan di suatu kawasan
Apakah maksud daya ?
Kesan tarikan terhadap sesuatu objek
Kesan tolakan terhadap sesuatu objek
Kesan tarikan dan tolakan terhadap sesuatu objek
Kesan tenaga yang dihasilkan akibat pergerakan sesuatu objek
Antara tidakan daya berikut, yang manakah akan mengakibatkan perubahan bentuk objek ?
Menunggang basikal di padang
Menggolek bola di atas lantai
Mendayung sampan
Meniup belon
Antara yang berikut, yang manakah bukan kesan daya ke atas suatu objek ?
Objek yang pegun bergerak
Objek bergerak semakin laju
Bentuk objek berubah
Jisim objek bertambah
Seorang kanak-kanak selalu tergelincir apabila berjalan. Apakah cara yang paling sesuai bagi mengelakkan perkara tersebut daripada berulang ?
Melarangnya berjalan
Memakai kasut bertapak licin
Memakai kasut bertapak kasar
Membelikannya kasut beroda
Seorang pemandu sedang memandu pada kelajuan 80 km/j. Apakah yang perlu dilakukannya apabila melihat papan tanda yang ditunjukkan dalam Rajah ?
Mengurangkan kelajuan keretanya
Menambahkan kelajuan keretanya
Mengekalkan kelajuan keretanya
Memberhentikan keretanya di tepi jalan
Antara bot berikut, yang manakah paling laju ?
Bot P yang bergerak sejauh 100 meter dalam masa 20 saat
Bot Q yang bergerak sejauh 90 meter dalam masa 20 saat
Bot R yang bergerak sejauh 80 meter dalam masa 20 saat
Bot S yang bergerak sejauh 70 meter dalam masa 20 saat
Ketika mendaki sebuah gunung, Azli mendapati daging segar yang dibawanya tahan lebih lama ketika berada di kawasan puncak gunung. Hal ini disebabkan .....
suhu di kawasan itu rendah
tidak ada bakteria di kawasan itu
cahaya matahari lebih terang di kawasan itu
udara di kawasan itu sangat kering
Apakah tujuan pengawetan makanan ?
Untuk menjadikan makanan lebih murah
Untuk menyedapkan rasa makanan
Untuk menjadikan makanan tahan lama
Untuk menjadikan makanan lebih berzat
Bahan makanan berikut disimpan di dalam peti sejuk oleh Mak Cik Limah. Jika bekalan elektrik di rumahnya terputus selama dua hari, bahan yang manakah mungkin tidak boleh dimakan lagi ?
Telur
Ikan kering
Susu segar
Kubis
Apakah faedah pengawetan makanan ?
Mengurangkan pembaziran makanan
Menjadikan makanan lebih berzat
Memudahkan makanan dijual
Meningkatkan hasil pertanian
Apakah maksud bahan buangan terbiodegradasikan ?
Bahan buangan yang dihasilkan daripada kediaman
Bahan buangan yang dihasilkan oleh kilang dan aktiviti pertanian
Bahan buangan yang boleh mereput
Bahan buangan yang mengambil masa yang sangat lama untuk mereput
Antara yang berikut, yang manakah merupakan cara yang betul untuk melupuskan bahan buangan domestik ?
Menghantar ke pusat kitar semula
Membakar secara terbuka
Menghantar ke tapak pelupusan sampah
Membuang ke dalam sungai
