wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

RBT TING 3. SOALAN AKHIR TAHUN [ SET 1]

Total questions: 50

Worksheet time: 26mins

Name
Class
Date
1.

Penyusunan bahan secara terancang untuk menghasilkan sesuatu produk yang memberi impak dalam kehidupan.

Apakah definisi bagi pernyataan di atas?

a)

Teknologi

b)

Reka bentuk

c)

Reka bentuk konkrit

d)

Reka bentuk dan teknologi

2.

i. Skop projek

ii. Kos Pengeluaran

iii. Perancangan jadual kerja

Berdasarkan pernyataan itu, yang manakah benar berkaitan dengan ciri-ciri itu?

a)

Analisis kajian

b)

Kriteria produk

c)

Gambaran keseluruhan projek

d)

Perancangan pengurusan projek

3.

Yang berikut merupakan elemen gambar rajah blok kecuali …..

a)

Alatan

b)

Proses

c)

Output

d)

Input

4.

Nyatakan konsep “Penyelesaian Inventif”?

a)

Mempunyai kesan sampingan

b)

Tidak mempunyai kesan sampingan

c)

Dihadapi dalam kehidupan seharian

d)

Memperoleh pengalaman baharu

5.

Apakah bentuk lakaran yang menggambarkan penambahan idea reka bentuk produk?

a)

Lakaran penerokaan

b)

Lakaran perkembangan idea

c)

Lakaran persembahan

d)

Lakaran teknikal

6.

Yang berikut merupakan kriteria kajian keperluan pelanggan kecuali …

a)

Penambahbaikan

b)

Maklumat pelanggan

c)

Keberkesanan produk

d)

Latar belakang produk

7.

Gabungan semua elemen membentuk imej atau idea yang sempurna


Apakah prinsip yang dirujuk kepada maklumat di atas?

a)

Kesatuan

b)

Harmoni

c)

Pergerakan

d)

Pengulangan

8.

Mekatronik merupakan bidang ilmu yang menggabungkan semua elemen elektrik, elektronik, mekanikal dan 

a)

akuaponik

b)

kejuruteraan

c)

fesyen

d)

kawalan dan pengaturcaraan

9.

Apakah tujuan analisis fungsi dilaksanakan

a)

Mengesan masalah kefungsian

b)

Menyokong sistem secara menyeluruh

c)

Membentuk suatu sistem yang lengkap

d)

Membantu mengenalpasti sistem yang ada pada produk

10.

Apakah ujian yang dilakukan pada suatu produk untuk menguji kefungsiannya

a)

Ujian simulasi

b)

Ujian kefungsian

c)

Ujian prototaip

d)

Ujian parameter

11.

Manakah yang bukan merupakan alat mekatronik?

a)

Mesin basuh

b)

Pintu gelangsar automatik

c)

Kipas siling

d)

Drone

12.

Berikut merupakan elemen mekatronik kecuali

a)

Mekanikal

b)

Motor

c)

Elektronik

d)

Elektrik

13.

Gambar menunjukkan komponen bagi elemen?

a)

Pengaturcaraan

b)

Mekanikal

c)

Elektronik

d)

Elektrik

14.

IA DIJALANKAN UNTUK MEMASTIKAN IDEA REKA BENTUK PRODUK YANG AKAN DIHASILKAN MEMENUHI KEPERLUAN DAN KEHENDAK PELANGGAN.

PERNYATAAN INI MERUJUK KEPADA

a)

KAJIAN KEPERLUAN PELANGGAN

b)

PROJEK BRIEF

15.

PILIH TIGA KRITERIA YANG PERLU ADA DALAM KAJIAN KEPERLUAN PELANGGAN

a)

BIODATA PEREKA BENTUK

b)

MAKLUMAT PELANGGAN

c)

LATAR BELAKANG

d)

PENAMBAHBAIKAN

16.

APA ITU PENGHASILAN PRODUK?

a)

SATU AKTIVITI MENGHASILKAN PRODUK BAHARU ATAU MENGUBAHSUAI PRODUK SEDIA ADA BAGI MEMENUHI KEPERLUAN DAN KEHENDAK PEREKA BENTUK.

b)

SATU AKTIVITI MENGHASILKAN PRODUK BAHARU ATAU MENGUBAHSUAI PRODUK SEDIA ADA BAGI MEMENUHI KEPERLUAN DAN KEHENDAK PELANGGAN.

17.

BAGI MENDAPATKAN MAKLUMAT LENGKAP TENTANG PRODUK YANG HENDAK DIHASILKAN, PEREKA BENTUK PERLU BERMULA DENGAN MELAKUKAN DUA PERKARA IAITU :

a)

LAKARAN IDEA

b)

KAJIAN KEPERLUAN PELANGGAN

c)

PROJEK BRIEF

d)

PENYATA KEWANGAN

18.

Konsep SMART diguna pakai dalam penentuan anggaran keseluruhan projek.

Maksud huruf S dalam konsep SMART adalah

a)

Penetapan tujuan atau objektif projek

b)

pengukuran pengagihan kewangan dalam kos-kos yang terlibat

c)

Masa dan sumber kewangan mencukupi untuk menyiapkan projek

d)

Projek itu boleh dilaksanakan dari sudut keupayaan kewangan dan tenaga kerja

19.

Konsep penghasilan idea seperti yang ditunjukkan dalam rajah adalah.......

a)

Fungsi mengikut Bentuk

b)

Bentuk mengikut Fungsi

20.

Mazahan menghasilkan ' Penggilap Kasut Automatik' seperti ditunjukkan dalam rajah. Untuk menghasilkan produk ini, Mazahan menggunakan konsep penghasilan idea.................

a)

Bentuk mengikut Fungsi

b)

Fungsi mengikut Bentuk

21.

Pilih pernyataan yang betul tentang dokumentasi projek.

a)

merupakan satu laporan bertulis yang berkaitan dengan hasil ciptaan sesuatu produk

b)

merupakan satu huraian maklumat berkenaan dengan perincian reka bentuk daripada peringkat penjanaan idea sehingga penghasilan model produk

c)

merupakan satu dokumen yang membantu proses pemasaran produk

22.

Apakah peranan rekabentuk dalam pemasaran?

a)

Memenuhi keperluan dan kehendak pengguna

b)

Merupakan saluran komunikasi pengeluar kepada pengguna

c)

Mengukuhkan penjenamaan sesuatu produk

d)

Meningkatkan keuntungan sesebuah syarikat

e)

Menarik minat pengguna membeli sesuatu produk

23.

berikut merupakan perubahan yang berlaku dalam teknologi telefon bimbit.

Apakah ciri-ciri produk tersebut?

a)

Fungsi produk

b)

Nilai produk

c)

Kekuatan dan Kelemahan produk

d)

Trend

24.

Rajah di atas adalah peta alir dalam bidang pemasaran.

Apakah jawapan tempat kosong tersebut?

a)

Pelanggan

b)

Pertukaran

c)

Kedai

d)

Syarikat

25.

PENGIKLANAN MENGGUNAKAN MEDIA INI DILAKUKAN MELALUI SURAT KHABAR, MAJALAH, BROSUR, KATALOG.

PERNYATAAN DI ATAS MENGENAI:

a)

MEDIA ELEKTRONIK

b)

MEDIA CETAK

c)

MEDIA SOSIAL

26.

Antara berikut, yang manakah ialah contoh media elektronik dalam pengiklanan?

I Surat khabar

II Papan digital

III Brosur

IV Blog

a)

I dan III

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

II dan IV

27.
  1. Apakah fungsi sistem mekanikal dalam reka bentuk mekatronik?
a)

Membekalkan arus elektrik bagi membolehkan peranti mekatronik menjalankan fungsi yang ditetapkan

b)

Penghantar untuk memindahkan suatu sumber gerakan kepada bentuk tenaga yang lain

c)

Sambungan fizikal komponen elektronik dalam suatu litar bagi membolehkan sistem beroperasi

d)

Kaedah kawalan sistem yang mengurus, mengarah, dan mengawal atur tindakan bagi memastikan sistem berfungsi

28.

Penggabungan reka bentuk mekatronik bersama internet benda, data raya, dan pengkomputeran bagi membentuk sistem pengeluaran pintar.

Pernyataan di atas merujuk kepada

a)

Revolusi

industri 1.0

b)

Revolusi

industri 2.0

c)

Revolusi

industri 3.0

d)

Revolusi

industri 4.0

29.

Sebuah gambar rajah blok produk mekatronik mempunyai blok input, proses dan output, Antara berikut yang manakah adalah komponen proses?

a)

mikropengawal

b)

peranti masuk

c)

peranti keluar

30.

Terdapat 4 teknik yang lazim digunakan bagi mendapatkan satu objek yang baharu. Teknik yang digunakan pada rajah ini ialah

a)

Pembenaman

b)

Pembuangan

c)

Penyatuan

d)

Peleraian

31.

Terangkan fungsi galas bebola pada sebuah basikal.

a)

mengawal haluan basikal.

b)

membolehkan roda berputar dengan mudah.

c)

menghalang roda dari berputar

32.

Apakah fungsi sistem elektrik dalam kereta kawalan jauh?

a)

menerima dan menukarkan isyarat input

b)

sebagai pengaturcara dan pengawal sistem

c)

sebagai sumber tenaga elektrik

d)

menambah daya kilas motor.

33.

Apakah maksud Reka Bentuk Mekatronik?

a)

Reka Bentuk produk atau sistem yang menggabungkan disiplin ilmu elektrik, mekanikal dan mekatronik utk mencapai tujuan yang dikehendaki

b)

Reka Bentuk produk atau sistem yang menggabungkan disiplin ilmu elektrik, akuaponik dan mekatronik utk mencapai tujuan yang dikehendaki

c)

Reka Bentuk produk atau sistem yang menggabungkan disiplin ilmu fertigasi, mekanikal dan mekatronik utk mencapai tujuan yang dikehendaki

d)

Reka Bentuk produk atau sistem yang menggabungkan disiplin ilmu elektrik, mekanikal, mekatronik, kawalan dan pengaturcaraan utk mencapai tujuan yang dikehendaki

34.

2 contoh produk yang mengaplikasikan Reka Bentuk Mekatronik dalam kehidupan seharian ialah....

a)

Dron

b)

Kereta Kawalan Jauh

c)

Televisyen

d)

Telefon Bimbit

35.

Apakah 2 sistem mekanikal yang digunakan dalam Pintu Gelangsar Automatik?

a)

Gear

b)

Aci Sesondol

c)

Takal

d)

Tali Sawat

36.

Apakah maksud sistem Kawalan dan Pengaturcaraan?

a)

Satu kawalan sistem yang digunakan untuk mengurus, mengarah, atau mengawal atur tindakan bagi memastikan reka bentuk mekatronik berfungsi secara automatik dengan sempurna

b)

Gabungan beberapa komponen mekanikal yang berfungsi sebagai penghantar

c)

Susunan dan sambungan fizikal komponen elektronik dalam suatu litar bagi menjalankan operasi sesuatu sistem

d)

Sistem yang menggunakan arus elektrik, sama ada arus terus atau arus ulang alik sebagai sumber bekalan kuasa

37.

Apakah contoh bahasa pengaturcaraan yang boleh dibaca oleh arduino board?

a)

JAVA

b)

mBlock

c)

Phyton

d)

C++

38.

kenalpasti apakah prinsip inventif bagi rajah ini

a)

pembahagian

b)

penyarangan

c)

kualiti setempat

d)

pengantara

39.

Apakah yang dimaksudkan dengan "milestone"?

a)

Penanda atau perkara yg bakal berlaku mengikut turutan.

b)

Target jumlah masa yg diperlukan untuk menyiapkan projek.

c)

Tempoh maksimum yg diperlukan dalam penghasilan projek.

d)

Kos maksimum yang diperlukan dalam pembangunan projek.

40.

Anggaran kos dan penyediaan bajet melibatkan pengiraan kos modal yang diperlukan untuk melaksanakan sesuatu projek reka bentuk. Antara berikut, yang manakah tidak benar tentang kos yang terlibat dalam pengiraan modal?

a)

Kos upah.

b)

Kos overhead.

c)

Kos bahan dan alatan.

d)

Kos sewaan prasarana.

41.

Kos modal bagi sebuah bekas pensel kayu ialah rM12.50. JIka membuat ketetapan untuk mendapat 25% keuntungan, berapakah harga jualan bagi seunit bekas pensel kayu itu?

a)

RM15.30

b)

RM12.37

c)

RM15.00

d)

RM12.25

42.

berdasarkan gambarajah, kenalpasti kaedah pembuatan yang digunakan untuk menghasilkan sesuatu produk

a)

Acuan

b)

pemesinan

c)

sambungan

d)

pembentukan

43.

Rajah berikut menunjukkan sebuah gambar rajah blok produk mekatronik.

X dalam gambar rajah blok bagi produk mekatronik itu adalah

a)

pengawal

b)

mikropengawal

c)

motor AT

d)

panel kawalan

44.

Nyatakan apakah yang diwakili oleh X, Y, dan Z

a)

x- motor AU

y - takal dan talisawat

z- pemacu motor

b)

x- motor AT

y - takal dan talisawat

z- pemacu motor

c)

x- motor AU

y - talisawat

z- pemacu motor

45.

Gambarajah di atas menunjukkan satu produk mekatronik yang telah dibuat penambahbaikan dengan memasang LDR dan lampu LED. Apakah prinsip eventif yang digunakan.

a)

Kaedah pemisah ruang

b)

Kaedah pemisah hadapan

c)

Kaedah pemisah masa

d)

Kaedah pemisah belakang

46.

Tandakan / pada pernyataan yang menerangkan reka bentuk mekatronik

a)

Produk mekatronik berfungsi secara automatik dan secara separa automatik

b)

Mesin pencuci pakaian bukan sejenis produk mekatronik kerana tidak menggabungkan disiplin ilmu mekanikal

c)

Dalam produk mekatronik, pengguna akan menekan suis kawalan untuk memulakan tugasan yang hendak ditetapkan

47.

Reka bentuk pengiklanan ialah .....

a)

reka bentuk persembahan sesuatu produk yang dapat menarik minat pengguna untuk membeli barang atau perkhidmatan.

b)

karya berbentuk audio dan visual yang dicipta serta disusun untuk digunakan dalam iklan dengan tujuan untuk memasarkan produk.

c)

bentuk animasi yang memaparkan ciri dan kelebihan produk bertujuan untuk menyampaikan maklumat yang menarik kepada pengguna.

48.

Di antara yang berikut, pilih 4 faktor pemilihan media pengiklanan.

a)

jenis dan sifat produk

b)

saiz perniagaan

c)

lokasi pengguna

d)

kos pengiklanan

e)

sasaran pengguna

49.

Gambar di atas menunjukkan satu contoh media pengiklanan iaitu

a)

media elektronik

b)

media sosial

c)

media cetak

50.

Pengiklanan melalui media elektronik merupakan cara yang paling menarik dan berkesan bagi mempromosikan barang atau perkhidmatan. Apakah alat komunikasi yang digunakan pada iklan di atas?

a)

Televisyen

b)

Facebook

c)

Brosur

d)

Papan digital