wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Latihan Objektif (Penyelesaian Masalah)

Total questions: 11

Worksheet time: 19mins

Name
Class
Date
1.

Pernyataan berikut menerangkan hubungkait antara produk dengan objek dari segi fungsinya.


Tugas yang dilakukan oleh produk untuk mengubah objek sasaran


Berdasarkan pernyataan di atas, apakah konsep analisis fungsi yang dimaksudkan?

a)

Objek

b)

Fungsi

c)

Produk

d)

Komponen

2.

Langkah pertama dalam proses penyelesaian masalah bukan inventif ialah

a)

membuat pilihan.

b)

melaksanakan pilihan.

c)

menyenaraikan pilihan.

d)

mengenalpasti masalah.

3.

Berdasarkan pernyataan di bawah, yang manakah ialah masalah inventif?

a)

Aisyah menambah buah strawberi sebagai hiasan pada kek yang dihasilkannya

b)

Diana mengasah mata penselnya yang tumpul dan dia dapat menulis dengan kemas

c)

Zahid mengasah pisaunya yang tumpul dan dia dapat memotong sayur dengan cepat

d)

Halimah menambah getah pada penutup balang kuih tetapi ini menyebabkan balang kuih terlalu ketat dan susah dibuka

4.

Berdasarkan pernyataan di bawah, yang manakah masalah bukan inventif?

a)

Setelah mengasah pisau yang tumpul, Halimah dapat memotong sayur dengan cepat

b)

Johan memasang bakul pada motosikalnya supaya dapat membawa barang dengan lebih mudah

c)

Kasim telah memasang pendingin hawa di biliknya tetapi ini menyebabkan bil elektrik rumahnya meningkat

d)

Amir memandu kereta dengan laju supaya cepat sampai ke destinasi tetapi ini menyebabkan penggunaan minyak meningkat

5.

Rajah menunjukkan sebuah garisan interaksi.


Apakah maksud garisan interaksi tersebut?

a)

Berguna

b)

Bermasalah (harmful)

c)

Berguna tetapi berlebihan

d)

Berguna tetapi tidak mencukupi

6.

Antara berikut, yang manakah betul mengenai percanggahan fizikal?

(Pilih dua jawapan)

a)

Merupakan salah satu teknik penyelesaian masalah bukan inventif

b)

Percanggahan disebabkan berlakunya pertentangan antara parameter

c)

Kaedah pemisahan digunakan untuk menyelesaikan masalah percanggahan fizikal

d)

Kaedah pemisahan masa sahaja digunakan untuk penentuan kaedah penyelesaian masalah inventif

7.

Apakah maksud masalah bukan inventif?

a)

Masalah yang tiada jalan penyelesaiannya

b)

Masalah yang mempunyai kesan sampingan

c)

Masalah yang boleh diselesaikan tanpa berfikir

d)

Masalah yang tidak mempunyai kesan sampingan

8.

Tandakan (/) bagi tiga jawapan yang betul berkaitan kaedah penyelesaian masalah bukan inventif pada petak yang disediakan.

a)

Situasi kehidupan seharian

b)

Tidak mampu menyelesaikan masalah

c)

Pemikiran menjadi lebih matang

d)

Mempunyai kesan sampingan

e)

Kepelbagaian situasi

9.

Namakan parameter yang betul bagi contoh percanggahan fizikal yang dinyatakan di bawah.


Besar - kecil

(a)  

10.

Namakan parameter yang betul bagi contoh percanggahan fizikal yang dinyatakan di bawah.


Berat - ringan

(a)  

11.

Namakan parameter yang betul bagi contoh percanggahan fizikal yang dinyatakan di bawah.


Tinggi - rendah

(a)