wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

TASSAWUR ISLAM PAHANG 1 KERTAS 3 (BA)

Total questions: 20

Worksheet time: 38mins

Name
Class
Date
1.

Antara tanggungjawab memulihara alam ialah

a)

mengawal penebangan hutan.

b)

mengawal penggunaan bahan galian.

c)

merancang kawasan pembangunan dan perindustrian.

d)

menimbus semula kawasan lombong yang telah ditinggalkan.

2.

Manakah antara berikut bentuk pemikiran yang selari dengan kehendak syariat Islam?

a)

Berfikir untuk memaju dan memakmurkan alam.

b)

Berfikir untuk memajukan diri, keluarga, agama dan bangsa lain.

c)

Berfikir untuk mencipta sesuatu peralatan untuk manfaat pihak tertentu sahaja.

d)

Pemikiran menjurus kepada mencari kebenaran seperti berfikir tentang kejadian Allah

SWT.

3.

Kepercayaan dan keyakinan terhadap Allah SWT, Tuhan yang Maha Esa dan tiada sekutu bagi

Nya.

Pernyataan di atas bersesuaian dengan thabat dalam ______________ .

a)

akhlak.

b)

ibadat.

c)

akidah.

d)

hukum syariah.

4.

Pilih padanan yang salah mengenai perkara-perkara luar biasa dan contohnya.

a)

Istidraj

Qarun yang beroleh kekayaan yang luar biasa beransur menjadi sombong.

b)

Karamah

Terlibat dalam kemalangan yang dahsyat namun dia terselamat.

c)

Sihir

Seorang yang kebal atau tidak lut senjata.

d)

Irhas

Awan melindungi Rasulullah SAW.

5.

▪ Golongan miskin akan tersisih.

▪ Terhapus semangat tolong-menolong.

▪ Timbul hasad dengki dan permusuhan.


Pernyataan di atas adalah keburukan mengabaikan tanggungjawab terhadap harta kepada

_______.

a)

masyarakat

b)

keluarga

c)

individu

d)

negara

6.

Antara yang berikut yang manakah kelebihan sifat Murunah?

I

Memastikan kesinambungan Islan dan ajarannya.

II

Menunjukkan sifat toleransi dan berhikmahnya Islam.

III

Memastikan manusia melaksanakan segala perintah Allah SWT.

IV

Menarik minat orang bukan Islam untuk memahami ajaran Islam.

a)

I, II dan III

b)

I, II dan IV

c)

I, III dan IV

d)

II, III dan IV

7.

Antara kepentingan sistem muamalah Islam dalam kehidupan manusia ialah

a)

ekonomi negara akan berkembang.

b)

kehidupan masyarakat aman dan damai.

c)

dapat saling berhubung dan mengenali antara manusia.

d)

seseorang akan hidup tenang kerana hartanya selamat.

8.

Antara berikut yang manakah kesan pengabaian muamalah Islam terhadap masyarakat?

a)

Kehidupan golongan miskin tidak terbela.

b)

Timbulnya sifat mementingkan diri sendiri.

c)

Amalan riba berleluasa dalanm sistem ekonomi.

d)

Semangat bekerjasama dan saling membantu akan luput.

9.

Jadual di atas menerangkan contoh

a)

Murunah.

b)

Alamiyyah.

c)

Waqi’iyyah.

d)

Syumuliyyah.

10.

▪ Memastikan manusia melakukan perkara yang boleh membawa kebaikan dalam

kehidupan mereka.

▪ Memastikan kepentingan, keselamatan dan keharmonian hidup manusia terpelihara.

▪ Menguji manusia sama ada mematuhi atau mengingkari perintah Allah SWT


Pernyataan di atas berkaitan dengan hikmah penetapan hukum ____________ .

a)

harus

b)

haram

c)

sunat

d)

wajib

11.

Bagi memelihara kesucian agama, Islam telah menetapkan beberapa peraturan supaya diikuti

dan diamalkan.

Pilih jawapan di bawah yang selari dengan pernyataan di atas.

a)

Patuh kepada perintah Allah SWT dan menjauhi segala larangan-Nya.

b)

Melarang umatnya menghina dan menjatuhkan maruah seseorang.

c)

Mempertingkatkan semangat perpaduan di kalangan rakyat.

d)

Mengelakkan berfikir perkara yang boleh merosakkan akal.

12.

Islam menggalakkan umatnya menjaga kesihatan, kebersihan dan keselamatan diri seperti

makan makanan yg bersih dan halal sebagai langkah untuk _________________

a)

memelihara akal

b)

memelihara nyawa.

c)

memelihara harta keluarga.

d)

memelihara kehormatan diri.

13.

X

▪ terdiri daripada pakar dalam pelbagai bidang.

▪ bersifat adil, bijaksana, berhemah dan dihormati.

▪ sering diminta untuk memberikan buah fikiran


x dalam pernyataan di atas adalah ________

a)

Majlis Syura.

b)

Majlis Fatwa.

c)

Majlis Tahkim.

d)

Majlis Ijmak.

14.

Cara pembubaran perkahwinan dalam Islam boleh dilakukan melalui ________________

a)

talak, fasakh dan rujuk

b)

talak, fasakh dan iddah

c)

talak, fasakh dan mahar

d)

talak, fasakh dan khuluk

15.

Keistimewaan institusi kekeluargaan dalam membentuk akhlak manusia ialah _____________ .

a)

menjadikan seseorang berdisiplin dan bertanggungjawab terhadap tugas masing-masing

b)

memberikan ketenangan jiwa melalui hubungan kasih sayang yang harmoni

c)

menjaga kesucian keturunan, maruah dan kehormatan manusia

d)

mengamalkan perintah agama dan menjauhi perkara maksiat

16.

Perlakuan membeli dan menjual sesuatu barang dengan harapan untuk

mendapatkan keuntungan yang besar


Pernyataan di atas adalah merujuk kepada _____________ .

a)

rasuah

b)

spekulasi

c)

monopoli

d)

manipulasi

17.

Berikut adalah langkah penyelesaian isu berkaitan ekonomi dalam Islam kecuali

a)

meyakini bahawa kefakiran membawa seseorang kepada kekufuran.

b)

bekerja dengan tekun dan bersungguh-sungguh.

c)

sentiasa prihatin kepada golongan yang tidak bernasib baik.

d)

menyakini bekerja sebagai suatu ibadah yang diberikan pahala.

18.

X


▪ Ekstrem dalam memberikan kebebasan kepada individu

▪ membenarkan kezaliman dalam mengumpul harta.

▪ Wujud penindasan golongan kaya terhadap golongan miskin.

▪ Individu bebas daripada nilai-nilai agama.


X adalah..

a)

Sosialisme

b)

Kapitalisme.

c)

Liberalisme.

d)

Sekularisme.

19.

▪ Keruntuhan akhlak dan jati diri

▪ Peningkatan gejala sosial serta jenayah dalam masyarakat

▪ Pertahanan negara mudah ditembusi dan dilemahkan oleh musuh


Perkara di atas berlaku kesan daripada

a)

Badan Kehakiman.

b)

Majlis Syura.

c)

khalifah.

d)

rakyat.

20.

Antara berikut yang manakah penyelesaian masalah kejahilan menurut Islam?

I

Mewajibkan umatnya menuntut ilmu yang bermanfaat.

II

Pelaksanaan undang-undang Islam terhadap umat Islam dan bukan Islam.

III

Melakukan penyelidikan dan pengkajian dalam sesuatu isu yang berbangkit.

IV

Memberikan kesedaran kepada umat Islam agar menuntut ilmu yang bermanfaat.

a)

I, II dan III

b)

I, II dan IV

c)

I, III dan IV

d)

II, III dan IV