wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

GEOGRAFI SPM

Total questions: 50

Worksheet time: 50mins

Name
Class
Date
1.

Kombinasi manakah yang BENAR tentang lapisan bumi dengan komponennya ?

a)

ATMOSFERA - UDARA

b)

HIDROSFERA - DARATAN

c)

LITOSFERA - HIDUPAN LIAR

d)

BIOSFERA - AIR

2.

Dimanakah kedudukan dalam komponen atmosfera bagi maklumat berikut :

- Lapisan gelombang radio

- Jalur cahaya berwarna warni

a)

Troposfera

b)

Stratosfera

c)

Mesosfera

d)

Termosfera

3.

Antara berikut, negara manakah yang terletak hampir dengan Malaysia yang pernah mengalami gempa bumi ?

a)

Vietnam

b)

Myanmar

c)

Singapura

d)

Indonesia

4.

Apakah faktor yang mempengaruhi letusan gunung berapi ?

a)

Batuan

b)

Jenis tanih

c)

Kecairan lava

d)

Kedudukan gunung berapi

5.

Apakah faktor yang mempengaruhi jenis cerun gunung berapi yang landai ?

a)

Jenis batuan

b)

Kelikatan lava

c)

Cuaca dan iklim

d)

Tekstur tanih

6.

Antara berikut, kawasan manakah yang sesuai bagi luluhawa tindakan ibun ?

a)

Kaki bukit

b)

Kutub Utara

c)

Gurun panas

d)

Puncak gunung

7.

Apakah kesan kepada pinggir pantai jika kawasan dibina dengan penghalang dan tembok ?

a)

Ombak berkurang

b)

Bahan mendapan berkurang

c)

Pinggir pantai menjadi panjang

d)

Kawasan perairan dicemari minyak

8.

Apakah aktiviti manusia yang mempengaruhi gerakan jisim ?

a)

Pembinaan jeti di pantai

b)

Penternakan ikan air tawar

c)

Menambak tanah di pantai

d)

Membina empangan hidroelektrik di cerun

9.

Apakah aktiviti manusia yang menyebabkan kepupusan hidupan akuatik ?

a)

Perlombongan bijih timah

b)

Membina tukun tiruan di pantai

c)

Tanah diratakan untuk pertanian

d)

Pembinaan pelabuhan di pinggir laut

10.

Antara berikut, kawasan manakah yang menjalankan tanaman berteres di tanah tinggi ?

a)

Bukit Fraser

b)

Banjaran Tahan

c)

Gunung Kinabalu

d)

Tanah Tinggi Cameron

11.

Apakah faktor yang mempengaruhi pembentukan jurang lautan ?

a)

Arus lautan

b)

Kedalaman air

c)

Pemisahan plat

d)

Jenis batuan di dasar laut

12.

Apakah kesan teknik pertanian tersebut kepada lautan ?

a)

Air laut berubah warna

b)

Habitat akuatik terancam

c)

Kemasinan air laut meningkat

d)

Hakisan tebing laut bertambah

13.

Antara berikut, yang manakah BENAR tentang sistem suria ?

a)

Bumi ialah planet terbesar

b)

Planet beredar mengelilingi matahari

c)

Marikh ialah planet terkecil

d)

Planet Zuhrah ialah paling dekat dengan Bumi

14.

Satu putaran bumi yang lengkap mengambil masa selama ?

a)

1 hari

b)

1 bulan

c)

1 tahun

d)

1 abad

15.

Apakah faktor yang mempengaruhi kejadian air pasang perbani ?

a)

Bulan menghadap Bumi

b)

Matahari berkedudukan di belakang Bumi

c)

Bulan, Bumi dan Matahari berada dalam garisan lurus

d)

Bulan, Bumi dan Matahari dalam kedudukan sudut tepat

16.

Antara berikut, pernyataan manakah yang benar tentang cuaca ?

a)

Mudah diramal

b)

Berlaku dalam jangka masa yang lama

c)

Tumpuan kepada bentuk muka bumi

d)

Perubahan akibat aktiviti ekonomi manusia

17.

Apakah alatan yang digunakan untuk mengukur suhu setempat ?

a)

Teleskop

b)

Tolok hujan

c)

Termometer

d)

Anemometer

18.

Gambar tersebut menunjukkan ....

a)

Termometer

b)

Anemometer

c)

Mawar Angin

d)

Skala Angin Beaufort

19.

Jenis hutan apakah yang TIDAK terdapat di Malaysia ?

a)

Hutan pantai

b)

Hutan gunung

c)

Hutan hujan tropika

d)

Hutan monsun tropika

20.

Mengapakah hutan menjadi habitat kepada haiwan ini ?

a)

Kesesuaian iklim

b)

Terdapat kepelbagaian biologi

c)

Terdapat satu musim kering yang nyata

d)

Diharamkan kegiatan pemburuan haram

21.

Apakah persamaan ciri antara hutan hujan tropika dan hutan monsun tropika ?

a)

Berakar banir

b)

Pokok tumbuh berkelompok

c)

Mempunyai dahan yang keras

d)

Mempunyai empat lapisan tumbuhan

22.

Apakah peranan hutan hujan tropika dalam proses rantaian makanan ?

a)

Pemusnah

b)

Pengurai

c)

Pengguna

d)

Pengeluar

23.

Bagaimanakah hutan mampu mengurangkan masalah hakisan tanah di cerun ?

a)

Akar yang dalam

b)

Daun yang lebar

c)

Ranting pokok atas tanah

d)

Batang pokok yang besar

24.

Apakah fungsi akar tersebut ?

a)

Ubat demam

b)

Menahan hakisan ombak

c)

Menyederhanakan suhu laut

d)

Mengurangkan pencemaran udara

25.

Apakah kesan kegiatan ini kepada suhu di sesuatu kawasan ?

a)

Suhu semakin sejuk

b)

Suhu semakin nyaman

c)

Suhu semakin meningkat

d)

Tiada perubahan suhu lansung

26.

Apakah contoh usaha pemeliharaan hutan ?

a)

Mewartakan taman negara

b)

Menjalankan penyelidikan

c)

Pokok matang sahaja ditebang

d)

Menanam semula di bekas lombong

27.

Antara berikut yang manakah benar tentang rawatan sivilkultur ?

a)

Penebangan terpilih

b)

Merawat pokok yang rosak

c)

Penghutanan semula dijalankan

d)

Pokok yang berkualiti dibiarkan hidup

28.

Mengapakah Delta Kelantan mempunyai penduduk yang padat ?

a)

Kawasan perlombongan emas

b)

Kawasan pelancongan menarik

c)

Pusat pembuatan kraf tangan

d)

Tanah subur untuk pertanian

29.

Apakah fungsi bandar Port Dickson ?

a)

Bandar pertahanan

b)

Bandar sempadan

c)

Bandar satelit

d)

Bandar diraja

30.

Apakah kesan proses urbanisasi kepada alam sekitar fizikal di Malaysia ?

a)

Migrasi meningkat

b)

Kesesakan lalu lintas

c)

Perubahan landskap bandar

d)

Peningkatan kes jenayah

31.

Bagaimanakah sistem telekomunikasi dapat meningkatkan pembangunan ekonomi di Malaysia ?

a)

Memajukan sistem pendidikan

b)

Meningkatkan taraf kesihatan penduduk

c)

Meningkatkan tahap keselamatan negara

d)

Meluaskan aktiviti perdagangan antarabangsa

32.

Apakah faktor yang mempengaruhi pembinaan terowong di Lebuh Raya Utara Selatan ?

a)

Kawasan berbukit bukau

b)

Dilitupi hutan tebal

c)

Tarikan pelancong

d)

Mengurangkan pencemaran udara

33.

Apakah kepentingan pengangkutan udara kepada pembangunan sosial negara Malaysia ?

a)

Meningkatkan nilai eksport

b)

Menggalakkan pelaburan asing

c)

Meningkatkan integrasi penduduk

d)

Memperkembangkan sektor pembuatan

34.

Apakah faktor yang mempengaruhi kadar kematian rendah di sesebuah negara ?

a)

Amalan perancangan keluarga

b)

Banyak kemudahan kesihatan

c)

Kadar pengangguran tinggi

d)

Kadar kemiskinan yang tinggi

35.

Bagaimanakah proses pembandaran memberi kesan kepada kualiti alam sekitar ?

a)

Pembinaan rumah bertingkat kerana kos tinggi

b)

Migrasi penduduk menyebabkan berlaku setinggan

c)

Pembinaan jalan raya bertingkat untuk kurangkan kesesakan lalu lintas

d)

Pembinaan bangunan tinggi dan bercermin meningkatkan suhu

36.

Bagaimanakah faktor fizikal menggalakkan kegiatan pertanian di Malaysia ?

a)

Pinjaman modal oleh bank

b)

Jaringan pengangkutan yang baik

c)

Pembinaan sistem pengairan yang cekap

d)

Kawasan tanah beralun yang bersaliran baik

37.

Kegiatan manusia yang menyumbang kepada pertambahan gas karbon dioksida di udara ialah ....

a)

PEMASANGAN KERETA

b)

PENGGUNAAN BAJA ORGANIK

c)

PERLOMBONGAN BIJIH TIMAH

d)

PEMBAKARAN BAHAN API FOSIL

38.

Mengapakah berlaku peningkatan peratus pertumbuhan penduduk di sesebuah negara ?

a)

Emigrasi tinggi

b)

Kos hidup yang tinggi

c)

Wanita bekerjaya

d)

Taraf pendidikan yang rendah

39.

Apakah ciri kependudukan di negara yang kurang penduduk ?

a)

Jangka hayat tinggi

b)

Taraf hidup rendah

c)

Tahap teknologi rendah

d)

Peluang pekerjaan kurang

40.

- Kadar kelahiran tinggi

- Kadar tanggungan tinggi

Apakah jenis piramid penduduk yang sesuai bagi ciri tersebut ?

a)

Piramid stabil

b)

Piramid progresif

c)

Piramid peralihan

d)

Piramid terganggu

41.

- Mengandungi lapisan yang menapis sinar UV

- Laluan kapal terbang supersonik

Apakah lapisan atmosfera tersebut ?

a)

Eksosfera

b)

Mesosfera

c)

Stratosfera

d)

Troposfera

42.

Apakah jenis komponen abiotik dalam ekosistem ?

a)

Kulat

b)

Hujan

c)

Cacing

d)

Tumbuhan

43.

Apakah langkah untuk mengurangkan masalah setinggan di bandar-bandar besar ?

a)

Pembinaan rumah kos rendah

b)

Guna tanah secara maksimum

c)

Menambah peluang pekerjaan

d)

Meningkatkan kemudahan kesihatan

44.

Bagaimanakah aktiviti penyahutanan memberi kesan kepada komponen biotik ?

a)

Kejadian hakisan tanah

b)

Peningkatan suhu setempat

c)

Peningkatan kelembapan udara

d)

Kepupusan spesies hidupan liar

45.

Apakah jenis tenaga yang dihasilkan oleh sumber biojisim ?

a)

Elektrik

b)

Hidroelektrik

c)

Gelombang cahaya

46.

- Min suhu 27oC

- Tanih aluvium

Apakah jenis tanaman yang dipengaruhi oleh faktor tersebut ?

a)

Padi

b)

Nanas

c)

Getah

d)

Kelapa

47.

Pernyataan manakah yang BENAR tentang lapisan litosfera ?

a)

Terdapat pelbagai mineral

b)

Tempat terbakarnya meteorit

c)

Kawasan pembalikan gelombang radio

d)

Laluan penerbangan kapal terbang supersonik

48.

Mengapakah kawasan pedalaman mempunyai julat suhu harian yang tinggi berbanding kawasan pantai ?

a)

Pengaruh kelautan

b)

Litupan awan yang tebal

c)

Kurang menerima hujan

d)

Ketinggian bentuk muka bumi

49.

Antara berikut, yang manakah menerangkan konsep penduduk optimum ?

a)

Jumlah penduduk melebihi sumber

b)

Jumlah penduduk kurang daripada sumber

c)

Jumlah penduduk seimbang dengan sumber alam

d)

Jumlah kelahiran penduduk melebihi sumber alam

50.

Apakah tanaman kontan yang ditanam di Lahad Datu ?

a)

Kelapa sawit

b)

Nanas

c)

Getah

d)

Rumpai laut