wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ BAHASA MELAYU (TATABAHASA)

Total questions: 15

Worksheet time: 7mins

Name
Class
Date
1.

"____ ditugaskan oleh Cikgu Harun untuk menjadi ketua dalam pasukan ini," kata Amin kepada rakan-rakannya.

a)

Kami

b)

Awak

c)

Saya

d)

Mereka

2.

Anak kecil itu _____menangis walaupun sudah dipujuk oleh ibunya.

a)

sedang

b)

masih

c)

telah

d)

akan

3.

Usaha-usaha untuk menangani masalah kemiskinan di kawasan bandar dan luar bandar masih belum mencapai ______ yang memuaskan.

a)

tingkat

b)

taraf

c)

takat

d)

tahap

4.

Pilih ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.


I Lipatan kain itu bukan sahaja kemas tetapi menarik.

II Saya membuka lipatan surat itu sebelum membacanya.

III Lipatan kulit wajahnya membuktikan dia sudah tua.

IV Beberapa wartawan sedang membuat lipatan berita.

a)

I dan II sahaja

b)

III dan IV sahaja

c)

I,II dan III sahaja

d)

II,III dan IV sahaja

5.

I. Pasangan itu telah putus hati dalam percintaan.

II. Tali yang mengikat bot di pangkalan telah putus.

III. Banyak keluarga yang telah putus bekalan makanan disebabkan banjir.

IV. Ainin telah memberikan kata putus untuk berhenti kerja.

a)

A. I dan II sahaja

b)

B. III dan IV sahaja

c)

C. I, II, dan III sahaja

d)

D. II, III, dan IV sahaja

6.

Tandakan sama ada A, B, atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan.


Harlina yakin yang beliau akan lulus dalam ujian memandu itu.

a)

yakin bahawa dia akan lulus di dalam

b)

yakin bahawa dia akan lulus dalam

c)

yakin yang dia akan lulus dalam

d)

yakin yang beliau akan lulus dalam

7.

7. Pihak kerajaan telah mengambil inisiatif untuk memperluaskan jalan itu.

a)

A. bagi memperbesarkan jalan

b)

B. untuk memperkasa jalan

c)

C. untuk memperlebar jalan

d)

D. untuk memperluaskan jalan.

8.

Pilih ayat-ayat yang betul.


i. Penuluran penyakit berbahaya ini semakin serius.

ii. Berita panas itu tersebar dengan pantas sekali.

iii. Dokumen penting itu ada dengan ayahnya.

iv. Kumpulan itu akan mempertuntunkan persembahan drama pendek.

a)

i dan ii sahaja

b)

iii dan iv sahaja

c)

i, ii dan iii sahaja

d)

ii, iii dan iv sahaja

9.

Pilih ayat-ayat yang betul.


i. Masalah kesihatan Zaid dirujuk pada pakar jantung.

ii. Perabot yang dipamerkan itu mahal-mahal belaka.

iii. Kami baru sahaja beredar dari perhimpunan tersebut.

iv. Duit simpanannya semakin susut sejak isterinya jatuh sakit.

a)

i dan ii sahaja

b)

iii dan iv sahaja

c)

i, ii, dan iii sahaja

d)

ii, iii, dan iv sahaja

10.

Peribahasa bagai pahat dengan penukul bermaksud

a)

peralatan pertukangan kayu

b)

hanya melakukan kerja apabila disuruh

c)

tidak boleh tinggal bersama-sama

d)

saling bergaduh walaupun perkara kecil.

11.

Masih terdapat dalam kalangan pelabur yang terlibat _____skim pelaburan cepat kaya dewasa ini.

a)

akan

b)

dengan

c)

di

d)

pada

12.

Pihak pemaju perumahan berjanji akan membayar ______atas kelewatan mereka menyiapkan projek seperti yang dijanjikan.

a)

sagu hati

b)

duit kopi

c)

ganti rugi

d)

harga mati

13.

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.


i. Kelab kebudayaan di kolej itu semakin lumpuh kerana berlaku pergolakan dalam kalangan ahlinya.

ii. Untuk mengelakkan ekonomi negara menjadi lumpuh, penasihat kewangan perlu bertindak dengan bijak.

iii. Semenjak pendengarannya lumpuh, dia sukar untuk berkomunikasi dengan ahli keluarganya.

iv. Akibat gempa bumi baru-baru ini, banyak bangunan di Indonesia telah lumpuh.

a)

i dan ii sahaja

b)

iii dan iv sahaja

c)

i, ii, dan iii sahaja

d)

ii, iii dan iv sahaja

14.

Pilih ayat-ayat yang betul.


i. Pemilik restoran itu adalah orang Thailand.

ii. Keledek goreng itu sangat rangup sekali.

iii. Beliau ialah doktor pakar di sebuah hospital swasta.

iv. Taman perumahan itu dirasmikan oleh wakil rakyat.

a)

i dan ii sahaja

b)

iii dan iv sahaja

c)

i, ii, dan iii sahaja

d)

ii, iii, dan iv sahaja

15.

Pilih ayat-ayat yang betul.


i. Dia terjatuh bahkan kakinya patah.

ii. Pembantu rumah itu berasal daripada negara seberang.

iii. Pejalan kaki mestilah berwaspada ketika di jalan raya.

iv. Para penunggang motosikal itu berteduh di bawah jejambat semasa hujan lebat.

a)

i dan ii sahaja

b)

iii dan iv sahaja

c)

i, ii, dan iii sahaja

d)

ii, iii dan iv sahaja