wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PERIBAHASA BAHASA MELAYU KSSM SPM

Total questions: 30

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

Arju memang panas baran. Sikapnya itu tidak ubah seperti sikap bapanya.Pepatah yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah ...

a)

kalah jadi abu menang jadi arang

b)

bagaimana acuan begitulah kuihnya

c)

baik membawa resmi padi daripada membawa resmi lalang

2.

Alia telah menolak tawaran bekerja di Kuala Terangganu kerana menunggu tawaran daripada sebuah syarikat di Pahang.Pepatah yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah ....

a)

gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah

b)

harapkan guruh di langit, air tempayan dicurahkan

c)

kais pagi makan pagi kais petang makan petang

3.

Walapun wanita Korea itu baru sahaja tinggal di Kelantan, dia sudah pandai makan budu. Pepatah yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah....

a)

di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung

b)

ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni

c)

hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih

4.

Kami bersusah payah menyiapkan tugasan yang diberikan itu, tetapi Ismail yang tidak menyumbang apa-apa pula yang mendapat nama. Pepatah yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah...

a)

orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa

b)

lembu punya susu, sapi dapat nama

c)

rambut sama hitam, hati lain-lain

5.

Banyak onar dan duri yang terpaksa kita tempuh sebelum mencapai kejayaan. Pepatah yang sesuai untuk pernyataan ini ialah.....

a)

kecil api menjadi kawan, besar menjadi lawan

b)

laut mana yang tidak bergelora, bumi mana yang tidak ditimpa hujan

c)

naik seperti semut, turun seperti ribut

6.

Aina menulis novel pada waktu malam kerana dia sibuk bekerja di siang hari sehinga akhirnya novel itu berjaya diterbitkan.

a)

sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain

b)

yang dikejar tidak dapat, yang dikendong bercicira

c)

tegak sama tinggi, duduk sama rendah

7.

Shah Rukh Khan tiba-tiba berasa resah dan berpeluh-peluh apabila kami memperkatakan tentang kehilangan jam tangan Hidayah.

a)

terapung sama hanyut, terendam sama basah

b)

berdiri sama tinggi, duduk sama rendah

c)

siapa yang makan cili, dialah yang terasa pedasnya

8.

Puan Ramlah Ram menjemput kami makan di rumahnya sebagai mengahargai pertolongan kami.Pepatah yang sesuai untuk pernyataan ini ialah..

a)

lembu punya susu sapi dapat nama

b)

pahit dahulu manis kemudian

c)

orang berbudi kita bahasa, orang memberi kita merasa

9.

Saya tidak melakukan perbuatan itu. Siasat dahulu siapa yang lakukan. Jangan menuduh orang sembarangan . Pepatah yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah .....

a)

naik seperti semut, turun seperti ribut

b)

orang lain yang makan nangka, orang lain yang kena getah

c)

kecil jangan disangka anak, besar jangan disangka bapa

10.

Banyakkan bersabar dan berdoa kerana suatu hari dia pasti akan mendapat balasan daripada perbuatannya itu.

a)

ada hujan ada panas, ada hari boleh balas

b)

air dicincang tidak akan putus

c)

ada udang di sebalik batu

11.

Tidak perlu terburu-buru semasa memandu di jalan raya, _______Jangan biarkan orang yang kita sayang menyambut kepulangan kita dengan tangisan

a)

buang yang keruh ambil yang jernih

b)

biar putih tulang jangan putih mata

c)

biar lambat asal selamat

12.

Lupakan sahaja perkara yang sudah berlaku, kita mulakan hidup baharu. Marilah kita bermaaf-maafan, bak kata bidalan__________________________.

a)

buang yang keruh ambil yang jernih

b)

diberi betis hendak paha

c)

biar lambat asal selamat

13.

Ronaldo hanya kerani di pejabat itu tetapi lagaknya seperti pegawai. Tingkah lakunya itu ibarat____________________

a)

ular sudah menjadi naga

b)

cacing hendak menjadi naga

c)

diberi betis hendak paha

14.

Kamu hendaklah bersyukur dengan pemberian orang, jangan pula ____________.

a)

diberi betis hendak paha

b)

biar lambat asal selamat

c)

bertanam tebu di bibir

15.

Siti Nurhaliza sering ditegur gurunya kerana tulisnya yang seperti _____________________________itu sukar dibaca dan difahami oleh semua orang.

a)

cakar ayam

b)

cakar burung

c)

cakar biawak

16.

Perbalahan antara dua orang besar dalam syarikat itu menyebabkan kebajikan kakitangan terabai. Begitulah jika __________________________

a)

genggam bara api biar sampai jadi arang

b)

gajah dengan gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah

c)

duduk sama rendah berdiri sama tinggi

17.

Penduduk kampung Bukit Rawa saling membantu antara satu sama lain, bagi mereka ___________________

a)

berani kerana benar, takut kerana salah

b)

berat sama dipikul ringan sama dijinjing

c)

nasi sudah menjadi bubur

18.

Pada kami, ________________ daripada melihat negara tercinta jatuh ke tangan penjajah.

a)

biar putih tulang jangan putih mata

b)

biru mata hitamku

c)

biar merah kain kapan

19.

Ruzain membeli alat penapis air itu kerana tertipu dengan pujukan jurujual yang cantik itu.Bidalan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah.....

a)

di mana semut mati jika tidak di dalam gula

b)

ada udang di sebalik batu

c)

carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum jua

20.

Walaupun tidak menerima pendidikan tinggi, namun pengalamannya yang luas dalam pelbagai bidang ilmu tidak dapat disangkal lagi, bak pepatah ________________

a)

hendak seribu daya tak hendak seibu dalih

b)

duduk sama rendah berdiri sama tinggi

c)

jauh berjalan luas pemandangan

21.

Pasangan pengantin itu ________________________kerana mereka sememangnya setaraf dan sama cantik.

a)

bagai pinang dibelah dua

b)

bagai pinang tak dibelah dua

c)

bagai enggang dengan pipit

22.

Biarlah kita susah senang bersama-sama, apa yang ada kita kongsi bersama-sama, seperti kata pepatah _________________________

a)

harimau mati meninggalkan belang , manusia mati meninggalkan nama

b)

hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah

c)

di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung

23.

Sikap Anis dan Izani seperti_______________________________kerana selalu bertengkar apabila berjumpa.

a)

anjing dengan kucing

b)

harimau dengan ular

c)

haruan dengan belukang

24.

Zaihan sudah pun menempah peralatan pejabat, sedangkan perniagaannya belum lagi bermula. Bidalan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah

a)

burung terbang dipipiskan lada

b)

diam penggali berkarat

c)

bertanam tebu di bibir

25.

Pemanjat bangunan profesional itu sering memanjat bangunan tanpa memakai tali keselamatan, tetapi hari ini dia tergelincir lalu jatuh.Bidalan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah.....

a)

gajah mati kerana gadingnya

b)

hari tidak selalunya panas

c)

lembut gigi daripada lidah

26.

Jia Ming _____ kerana kurang membaca.

a)

bagai abu di atas tunggal

b)

bagai pinang dibelah dua

c)

seperti katak di bawah tempurung

27.

Encik Muammar dan Puan Maisarah menjaga anak angkat mereka ______

a)

seperti anjing dengan kucing

b)

bagai menatang minyak yang penuh

c)

seperti bumi dengan langit

28.

Nasihat ibu kepada Mas Merah_____ kerana Mas Merah langsung tidaka mempedulikan nasihatnya.

a)

seperti sampah hanyut

b)

seperti gergaji dua mata

c)

bagai mencurah air di dalam keladi.

29.

Air mukanya _______ apabila telah disahkan oleh pihak doktor bahawa dirinya telah dijangkiti penyakit Covid 19.

a)

seperti isi dengan kuku

b)

seperti ayam berak kapur

c)

bagai tikus membaiki labu

30.

Perasaan Encik Jamal ______ apabila anaknya hanya lulus dua mata pelajaran dalam peperiksaan SPM.

a)

seperti kaca terhempas ke batu

b)

durian runtuh

c)

seperti pungguk rindukan bulan