wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Soalan Akhir Tahun PT3 PAI Bah A - Objektif

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Antara berikut yang manakah kitab yang diturunkan kepada Nabi Daud a.s.?

a)

Injil

b)

Zabur

c)

Taurat

d)

Al-Quran

2.

Maksud air mutlak ialah air yang ______________

a)

dimasuki atau terkena najis

b)

suci dan boleh digunakan untuk bersuci

c)

suci tetapi tidak boleh digunakan untuk bersuci

d)

disimpan di dalam bekas yang terdedah kepada cahaya matahari

3.

Berikut adalah syarat wajib solat Jumaat kecuali

a)

sihat

b)

baligh

c)

musafir

d)

merdeka

4.

Agama yang lengkap dan memenuhi semua keperluan hidup.

" Agama yang lengkap dan memenuhi semua

keperluan hidup"

Pernyataan di atas merujuk kepada perkara yang berkaitan dengan ___________

a)

alamiyyah

b)

rabbaniyyah

c)

waqi’yyah

d)

syumuliyyah

5.

" Solat sunat yang dilakukan sebagai penutup bagi solat

malam "


Pernyataan di atas merujuk kepada solat _________________

a)

witir

b)

terawih

c)

rawatib

d)

tahajud

6.

Antara yang berikut yang manakah bukan perkara yang membatalkan wuduk?

a)

Tidur dengan cara tidak tetap punggung

b)

Keluar sesuatu daripada qubul dan dubur

c)

Hilang akal dengan sebab pitam atau mabuk

d)

Mengelap anggota wuduk selepas berwuduk

7.

Antara yang berikut yang manakah benar tentang tanda besar hari kiamat?


I . Orang jahil dilantik menjadi pemimpin

II . Negara Arab dipenuhi sungai dan taman menghijau

III. Munculnya Imam Mahdi untuk memimpin umat

Islam

IV. Berlaku gempa bumi di timur dan barat

semenanjung Tanah Arab

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

III dan IV

d)

I dan IV

8.

" Bangsa dan jantina seseorang yang telah ditentukan oleh

Allah SWT tidak akan berubah"


Pernyataan di atas merujuk kepada contoh ____________________.

a)

Qadak Mubram

b)

Qadak Muallaq

c)

Qadar Mubram

d)

Qadar Muallaq

9.

“ … dan perkataan yang baik ialah sedekah …” (maksud hadis)


Antara berikut manakah bukan hikmah mengucapkan perkataan yang baik

a)

Menimbulkan rasa bangga dengan diri sendiri

b)

Menenangkan hati orang yang mendengar

c)

Mengelakkan berlaku pergaduhan

d)

Menyuburkan budaya komunikasi

10.

a)

Iqlab

b)

Izhar halqi

c)

Ikhfa hakiki

d)

Idgham bila ghunnah

11.

Ahmad mengeluarkan zakat fitrah selepas solat hari raya Aidilfitri .

Apakah hukum mengeluarkan zakat fitrah pada waktu tersebut?

a)

Wajib

b)

Sunat

c)

Haram

d)

Makruh

12.

Siapakah nama sahabat yang menemani Rasulullah SAW berhijrah ke Madinah ?

a)

Sayidina Abu Bakar al - Siddiq

b)

Sayidina Umar al - Khattab

c)

Sayidina Uthman bin Affan

d)

Sayidina Ali bin Abi Talib

13.

Antara berikut yang manakah bukan adab sebelum bermusafir.

a)

Membaca Basmalah sebelum keluar rumah

b)

Menunaikan solat fardu semasa bermusafir

c)

Menyediakan bekalan dan keperluan secukupnya

d)

Mengucapkan selamat tinggal kepada anggota keluarga

14.

Antara berikut yang manakah golongan yang tidak layak menerima zakat ?

a)

Orang yang terputus perbelanjaan dalam perjalanan

b)

Orang yang berjuang di jalan Allah SWT

c)

Orang yang baharu memeluk Islam

d)

Orang yang kematian ibu bapa

15.

Berikut adalah langkah-langkah Rasulullah SAW setelah berjaya membuka Kota Mekah.

I. Mengarahkan semua musyrikin quraisy

meninggalkan Mekah

II. Menangkap semua pemimpin dan pembesar

quraisy

III. Menunaikan tawaf dan mengucup hajarul aswad

IV. Memaafkan kesalahan penduduk Mekah

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

III dan IV

d)

I dan IV

16.

Antara berikut yang manakah bukan perkara sunat tayammum

a)

Melebihkan sedikit sapuan dari sempadan muka

b)

Mendahulukan sebelah atas muka

c)

Menyapu debu tanah ke tangan

d)

Menipiskan debu

17.

Pilih nama Allah SWT yang menunjukkan Allah SWT mencipta mahkluk mengikut kehendak yang telah ditakdirkan-Nya dengan sempurna.

a)

al-Qadir

b)

al-Qawiy

c)

al-Khaliq

d)

al-Musawwir

18.

" Alam pemisah antara kehidupan dunia dengan akhirat "


Pernyataan di atas merujuk kepada …..

a)

alam ghaib

b)

alam akhirat

c)

alam barzakh

d)

alam musyahadah

19.

· Hidup cara sederhana

· Reda dengan nikmat Allah SWT


Pernyataan di atas merujuk kepada ciri sifat _____________

a)

qanaah

b)

tawakal

c)

istiqamah

d)

mahabbah

20.
a)

A

b)

B

c)

C

d)

D