wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz Bab 2, 3 dan 4 Ting 4 Kimia

Total questions: 18

Worksheet time: 16mins

Name
Class
Date
1.

Kadar resapan bergantung kepada jisim zarah-zarah gas. Gas manakah mempunyai kadar resapan paling tinggi? Jisim molar : CH4=16, NH3 = 17, CO = 28, SO2 = 64

a)

CO

b)

SO2

c)

NH3

d)

CH4

2.

Siapakah yang menjumpai neutron?

a)

Neils Bohr

b)

J.J Thomson

c)

James Chadwick

d)

Ernest Rutherford

3.

Rajah menunjukkan perwakilan piawai bagi atom fluorin. Apakah bilangan elektron valens bagi atom tersebut?

a)

7

b)

8

c)

9

d)

10

4.

Rajah menunjukkan seorang lelaki yang menghidapi sejenis penyakit. Antara yang berikut, yang manakah digunakan untuk merawat penyakit tersebut?

a)

Kobalt-60

b)

Iodine-131

c)

Karbon-12

d)

Uranium-236

5.

Apakah yang dimaksudkan dengan pemalar Avogadro?

a)

Jisim bagi satu mol bahan

b)

Tekanan bagi satu mol bahan

c)

Isipadu yang dipenuhi oleh satu mol gas

d)

Bilangan zarah dalam satu mol bahan

6.

Berapakah bilangan ion nitrat, NO3- dalam 2 mol ferum (II) nitrat, Fe(NO3)3?

a)

1.204 × 10^24

b)

1.806 × 10^24

c)

3.010 × 10^24

d)

3.612 × 10^24

7.

Lapan atom unsur X mempunyai jisim yang sama dengan dua atom Telurium, Te. Berapakah jisim atom relatif X? (Jisim atom relatif : Te = 128)

a)

8

b)

16

c)

32

d)

64

8.

Berapakah peratus komposisi jisim bagi air dalam ferum(II) sulfat terhidrat, FeSO4.7H2O? ( Jisim atom relatif : H = 1, O = 16, S = 32, Fe = 56)

a)

9.00%

b)

14.12%

c)

45.32%

d)

71.20%

9.

Apakah peratus komposisi mengikut jisim bagi atom nitrogen dalam ammonium sulfat, (NH4)2SO4?

(Jisim atom relatif : H = 1, N = 14, O = 16, S = 32)

a)

10.61%

b)

12.28%

c)

21.21%

d)

24.56%

10.

Rajah menunjukkan susunan radas untuk menentukan formula empirik plumbum (II) oksida. Pernyataan manakah yang merangkan mengapa kaedah ini tidak sesuai untuk menentukan formula empirik magnesium oksida?

a)

Magnesium terbakar dengan sangat cergas dalam oksigen.

b)

Magnesium meletup apabila dipanaskan

c)

Magnesium lebih elektropositif daripada plumbum

d)

Magnesium lebih reaktif daripada hidrogen

11.

Maklumat manakah diperlukan untuk menentukan formula empirik bagi suatu sebatian?

- tandakan 2 jawapan

a)

Jisim atom relatif bagi unsur

b)

Jisim unsur dalam suatu sebatian

c)

Nombor proton bagi atom unsur

d)

Bilangan atom bagi unsur dalam sebatian

12.

Tindakbalas di antara aluminium dan ferum(II) oksida menghasilkan ferum dan bahan X. Apakah fomula kimia bagi X?

a)

AlO

b)

AlO2

c)

Al2O3

d)

Al3O2

13.

Antara yang berikut, yanh manakah adalah satu gas monoatom?

a)

Oksigen

b)

Fluorin

c)

Helium

d)

Nitrogen

14.

Apakah yang dimaksudkan dengan keelektronegatifan?

a)

Keupayaan ion untuk membebaskan elektron

b)

Keupayaan ion untuk menerima elektron

c)

Keupayaan atom untuk membebaskan elektron

d)

Keupayaan atom untuk menerima elektron

15.

Antara unsur berikut, yang manakah disimpan dalam minyak parafin?

a)

Kadmium

b)

Kalium

c)

Kromium

d)

Magnesium

16.

Antara yang berikut, yang manakah ciri istimewa bagi logam peralihan?

a)

Pepejal lembut

b)

Larut dalam air

c)

Takat lebur rendah

d)

Membentuk ion berwarna

17.

Antara yang berikut, yang manakah betul tentang unsur tersebut daripada iodin ke fluorin?

a)

Ketumpatan bertambah

b)

Saiz atom bertambah

c)

Takat didih meningkat

d)

Kereaktifan meningkat

18.

Unsur M terletak dalam kumpulan yang sama dengan ferum dalam Jadual Berkala Unsur. Tandakan dua ciri bagi M.

a)

Takat lebur yang rendah

b)

Konduktor haba yang lemah

c)

Bertindak sebagai pemangkin

d)

Mempunyai lebih dari satu nombor pengoksidaan