Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

TATABAHASA - JENIS-JENIS AYAT

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Ayat penyata ialah ayat untuk..

a)

membuat sesuatu kenyataan, menyatakan atau memberikan keterangan tentang sesuatu perkara.

b)

menanyakan sesuatu perkara

c)

menimbulkan sesuatu tindakan sama ada suruhan, larangan, ajakan atau menyampaikan permintaan

d)

melahirkan sesuatu perasaan seperti terkejut, hairan, geram, sakit dan sebagainya.

2.

Pilih ayat penyata yang betul.

a)

Wah, cantiknya rumah kamu!

b)

Tolong ambilkan saya secawan air.

c)

Kota Kinabalu ialah ibu negeri Sabah yang terletak di tepi laut.

d)

Kenapakah baju kemeja kamu itu basah?

3.

Ayat seruan ialah ayat untuk

a)

menanyakan sesuatu perkara

b)

melahirkan perasaan seperti terkejut, hairan, sakit dan sebagainya

c)

menimbulkan sesuatu tindakan sama ada larangan, ajakan atau menyampaikan permintaan

d)

memberi kenyataan atau keterangan tentang sesuatu perkara

4.

Nyatakan jenis ayat bagi ayat di bawah ini;


"Wah, sunngguh hebat penggunaan papan pintar sebagai ganti kepada papan hitam di dalam kelas!" kata Danny kepada Chong.

a)

Ayat perintah

b)

Ayat tanya

c)

Ayat seruan

d)

Ayat penyata

5.

Nyatakan jenis ayat bagi ayat di bawah ini;


"Wajarkah tindakan sesetengah remaja yang berpeleseran pada waktu malam tanpa pemantauan ibu bapa?" tanya moderator forum sosial itu.

a)

Ayat perintah

b)

Ayat penyata

c)

Ayat seruan

d)

Ayat tanya

6.

Asmah baru sahaja melaporkan diri untuk bertugas di sekolah ini tadi.

a)

ayat perintah

b)

ayat seruan

c)

ayat penyata

d)

ayat tanya

7.

Nyatakan jenis ayat bagi ayat ini;


Elakkan makan terlalu banyak makanan berminyak sebaliknya jadikan kebiasaan untuk makan makanan yang direbus atau dikukus.

a)

Ayat perintah

b)

Ayat penyata

c)

Ayat tanya

d)

Ayat seruan

8.

Kebanyakan orang Asia bertubuh kecil.

a)

Ayat perintah

b)

Ayat penyata

c)

Ayat seruan

d)

Ayat tanya

9.

Pujuk adik kamu supaya tidak lagi ponteng sekolah.

a)

Ayat penyata

b)

Ayat seruan

c)

Ayat perintah

d)

Ayat tanya

10.

"Amboi, rajinnya awak membaca buku di perpustakaan!" kata Siti kepada Noah.

a)

Ayat seruan

b)

Ayat tanya

c)

Ayat perintah

d)

Ayat penyata