wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Asid dan bes

Total questions: 10

Worksheet time: 12mins

Name
Class
Date
1.

Bahan manakah adalah suatu asid?

a)

SO2

b)

MgO

c)

KOH

d)

Al(OH)3

2.

Pernyataan yang manakah menerangkan asid kuat dengan betul?

I. Mempunyai nilai pH yang tinggi

II.Mengion dengan lengkap dalam air

III.Mempunyai kepekatan ion hidrogen yang tinggi

Mempunyai kepekatan ion hidrogen yang tinggi

IV.Wujud sebagai molekul dalam air

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

I dan IV

d)

III dan IV

3.

Jadual menunjukkan maklumat mengenai dua larutan. Pernyataan yang manakah betul berdasarkan maklumat tersebut?

a)

Kekuatan kedua-dua asid adalah sama.

b)

Nilai pH bagi asid hidroklorik lebih tinggi daripada asid etanoik.

c)

Kepekatan ion hidrogen dalam asid hidroklorik lebih rendah daripada asid etanoik.

d)

Darjah pengionan asid hidroklorik dalam air lebih tinggi daripada asid etanoik

4.

Rajah menunjukkan nilai pH bagi tanah di dua ladang mempelam yang berbeza. Apakah bahan yang perlu Encik Aidid tambah untuk meneutralkan tanah d ladang B supaya mendapat hasil yang sama seperti ladang A?

a)

Cuka

b)

Kompos

c)

Garam dapur

d)

Kapur tohor

5.

Persamaan berikut mewakili tindak balas antara 100 cm3 asid sulfurik 1.0 mol dm-3 dan 10 g kuprum(II) oksida.

CuO + H2SO4 → CuSO4 + H2O

Berapakah jisim kuprum(II) oksida yang masih tidak bertindak balas?

[Jisim atom relatif : Cu = 64, O = 16]

a)

2g

b)

4g

c)

8g

d)

10g

6.

Antara berikut, yang manakah nilai pH bagi larutan asid kuat ?

a)

pH 14

b)

pH 11

c)

pH 5

d)

pH 1

7.

Rajah menunjukkan dua kelalang volumetrik mengandungi larutan asid RCOOH dan asid HX. Pernyataan manakah tidak benar tentang kedua-dua asid itu?

a)

Darjah pengionan asid HX lebih tinggi.

b)

Kedua-dua asid adalah asid monoprotik.

c)

Nilai pH asid RCOOH lebih tinggi.

d)

Kepekatan ion hidrogen dalam asid RCOOH lebih tinggi.

8.

Seorang pembantu makmal perlu menyediakan 100 cm3 larutan asid hidroklorik 0.1 mol dm-3 daripada larutan asid hidroklorik 1.0 mol dm-3 yang sedia ada melalui kaedah pencairan. Berapakah isipadu asid hidroklorik

1.0 mol dm-3 yang diperlukan untuk ditambahkan ke dalam air?

a)

1.0 cm3

b)

5.0 cm3

c)

10.0 cm3

d)

15.0 cm3

9.

Antara pernyataan berikut, yang manakah betul bagi alkali?

a)

Bes yang larut dalam air

b)

Menunjukkan nilai pH kurang daripada 7

c)

Mengion dalam air menghasilkan ion hidroksonium

d)

Bertindak balas dengan garam karbonat menghasilkan gas karbon dioksida

10.

Jadual menunjukkan nilai pH bagi dua larutan dengan kepekatan yang sama. Pernyataan manakah yang menerangkan perbezaan antara nilai pH itu?

a)

K mengion separa manakala L mengion lengkap di dalam air

b)

Kepekatan ion hidroksida dalam K lebih tinggi berbanding L

c)

Bilangan mol ion hidroksida dalam K kurang berbanding dengan L

d)

Kepekatan ion hidrogen dalam K lebih rendah berbanding L