wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kata Ganti Nama

Total questions: 12

Worksheet time: 4mins

Name
Class
Date
1.

“____________ berpeluang memenangi hadiah wang tunai berjumlah RM500.00 sekiranya dapat meneka soalan kuiz ini,” kata juruhebah radio itu.

a)

Kalian

b)

Anda

c)

Awak

d)

Engkau

2.

“Sampaikan salam ____________ kepada ibu dan bapa kamu setelah tiba di rumah,” pesan datuk dan nenek kepada Azean.

a)

kami

b)

awak

c)

kita

d)

saya

3.

“____________ sangat mengharapkan kerjasama daripada kalian untuk membimbing anak-anak agar memperoleh keputusan yang cemerlang,” pesan Guru Besar kepada ibu bapa.

a)

Aku

b)

Kita

c)

Saya

d)

Mereka

4.

Pencuri itu telah diberkas oleh pihak polis semalam. ___________ didapati telah meragut beg tangan seorang wanita.

a)

Baginda

b)

Beliau

c)

Mereka

d)

Dia

5.

Siti dan Leela berkawan baik sejak di bangku sekolah rendah lagi. Persahabatan ____________ bagai isi dengan kuku.

a)

mereka

b)

dia

c)

kami

d)

awak

6.

“____________ seorang perantau yang datang berlindung di bawah pemerintahan ____________ yang adil,” kata Awang Lela kepada Laksamana Hang Tuah.

a)

Patik ... tuanku

b)

Beta ... kakanda

c)

Hamba ... baginda

d)

Hamba ... tuan hamba

7.

“Sebentar lagi ____________ akan berangkat ke balairung seri untuk majlis bersama rakyat,” titah Sultan Muzaffar Shah kepada bendahara.

a)

baginda

b)

hamba

c)

tuanku

d)

beta

8.

“__________ tunggu saya di stesen bas sehingga saya sampai,” kata Farahin kepada rakan-rakannya.

a)

Kamu

b)

Mereka

c)

Anda

d)

Kalian

9.

“____________ tidak dibenarkan memasuki pusat sumber tanpa kebenaran Cikgu Lim,” kata Ahmad kepada rakan-rakannya.

a)

Saudari

b)

Kami

c)

Kita

d)

Awak

10.

“Terima kasih kerana mengampunkan kesalahan ____________ , tuanku,” kata Panglima Mahmud dengan penuh keinsafan kepada Sultan Ahmad.

a)

tuanku

b)

beta

c)

patik

d)

hamba

11.

"Saya pernah datang ke _______________ dua tahun yang lalu," kata Haris.

a)

sini

b)

sana

c)

situ

d)

itu

12.

"___________ sepupu saya yang pernah saya ceritakan dahulu," kata Aniza kepada Linda.

a)

Sana

b)

Sini

c)

Situ

d)

Ini