Font size
WorksheetsLATIHAN ULANGKAJI RBT TINGKATAN 1
Total questions: 20
Worksheet time: 44mins
1. Apakah maksud reka bentuk?
Pengetahuan tentang penyusunan bahan secara terancang untuk menghasilkan sesuatu produk yang memberi impak kepada kehidupan.
Proses mencari jalan untuk menghasilkan produk atau perkhidmatan baharu serta belum pernah wujud sebelumnya.
Pengaplikasian ilmu sains dan matematik dengan menggunakan sumber semulajadi untuk dijadikan alat, tenaga atau sistem.
Pengubahsuaian terhadap produk sedia ada supaya menjadi lebih baik, menjimatkan, bertenaga dan bermakna.
2. Pernyataan yang manakah menerangkan perbezaan prinsip dan elemen reka bentuk?
Prinsip ialah konsep atau aturan yang digunakan pada elemen reka bentuk bagi memudahkan pembinaan sesuatu objek.
Elemen ialah perkara yang dapat membantu menzahirkan idea seseorang dalam bentuk lakaran.
Prinsip ialah peraturan, panduan dan falsafah yang menggunakan elemen untuk pembentukan produk.
Elemen merupakan unsur yang membantu membina sesuatu produk.
3. Antara berikut yang manakah kepentingan reka bentuk dan teknologi?
Menyumbang kepada perkembangan teknologi moden.
Melahirkan masyarakat yang kreatif dalam penggunaan sumber.
Menjadi penanda aras sebagai negara maju.
4. Susun mengikut urutan yang betul langkah pengurusan pelaksanaan projek reka bentuk.
I- PERANCANGAN
II- PENJADUALAN
III- PENGAWALAN
II, III, I
II, I, III
I, II, III
III, II, I
5. Manakah yang terlibat dalam proses menganalisis perancangan projek yang perlu dilakukan semasa menyediakan jadual kerja?
Mengawal sumber tenaga pekerja.
Mengelakkan pembaziran.
Menyusun aktiviti mengikut keperluan.
6. Antara berikut pengujian yang manakah yang TIDAK boleh dilakukan pada mock-up?
Cantuman
Fungsi
Bentuk
Kestabilan
7. Pilih lakaran perspektif tiga titik yang betul.
A
B
C
D
8. Lakaran yang manakah menunjukkan lakaran persembahan?
A
B
C
D
9. Susun langkah-langkah melakar elips mengikut urutan yang betul.
II, IV, III, I
III, I, II, IV
IV, I, III, II
IV, III, I, II
10. Antara berikut yang manakah digunakan sebagai bahan penyambungan siku 90 darjah?
A
B
C
D
11. Rajah 1 menunjukkan satu model reka bentuk. Apakah reka bentuk tersebut?
Akuaponik
Fertigasi
Mekatronik
12. Yang manakah aksesori reka bentuk fesyen?
Skaf
Blaus
Tudung
Manik
13. Rajah berikut menunjukkan satu reka bentuk pakaian. Pilih bentuk badan yang sesuai bagi pakaian itu.
Tubular
Triangle
Hour Glass
Inverted Triangle
14. Antara berikut manakah jenis bahan yang diletakkan diantara fabrik sebagai pengeras bahagian tertentu pada reka bentuk fesyen?
Lapik dalam
Fabrik felt
Bahan trimin
Pita perekat
15. Ada LIMA kriteria reka bentuk yang baik. Tulis salah satu kriteria reka bentuk.
(a)
16. Ada DUA kaedah yang digunakan dalam menyediakan anggaran awal kos pada pengurusan projek reka bentuk. Tulis salah satu kaedah tersebut.
(a)
17. Dalam Bab 4 Lakaran, murid ada belajar ENAM jenis lakaran. Tulis SATU jenis lakaran yang anda tahu.
(a)
18. Dalam pembelajaran Reka Bentuk Fesyen, murid ada belajar mengenai sulaman. Tulis satu kaedah sulaman yang anda tahu.
(a)
19. Garisan, Bentuk, Rupa, Nilai, Saiz, Ruang, Warna dan Tekstur.
Senarai di atas adalah merujuk kepada (a) .
20. Pengulangan, Kepelbagaian, Keseimbangan, Kontras, Kesatuan, Keringkasan dan Harmoni.
Senarai di atas adalah merujuk kepada (a) .
