wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz-Ulangkaji Sejarah KSSM T1

Total questions: 20

Worksheet time: 11mins

Name
Class
Date
1.

Syajaratun berasal daripada istilah Arab. Apakah maksud Syajaratun?

a)

Dahan

b)

Daun

c)

Peristiwa

d)

Pokok

2.

Mengapakah mata pelajaran Sejarah memberi manfaat kepada anda?

a)

Diri lebih berdisiplin

b)

Memupuk semangat patriotisme

c)

Lulus Sijil Pelajaran Malaysia

d)

Menjadi diri lebih bijaksana

3.

Antara berikut yang manakah benar tentang tahap Zaman Air Batu dunia.

a)

A. Pliosen - Holosen - Miosen - Pleistosen

b)

B Miosen - Pleistosen - Pliosen - Holosen

c)

C. Miosen - Pliosen - Pleistosen - Holosen

d)

D. Pliosen - Pleistosen - Holosen - Miosen

4.

Apakah perubahan yang berlaku pada Zaman Air Batu Akhir?

a)

Air Laut semakin membeku

b)

Laut dilitupi salji yang tebal

c)

Paras air laut meningkat

d)

Suhu semakin sejuk dan rendah

5.

Masyarakat zaman ini hidu secara nomad dan bergantung peralatan daripada batu dalam aktiviti harian mereka.

a)

Zaman Paleolitik

b)

Zaman Mesolitik

c)

Zaman Neolitik

d)

Zaman Logam

6.

Peralatan di atas telah dicipta dan digunakan oleh masyarakat Zaman ...

a)

Poleolitik

b)

Mesolitik

c)

Neolitik

d)

Logam

7.

Gambar di atas telah ditemui di dinding gua di Altamira, Sepanyol yang berusia 16500-12,000SM. Ini membuktikan telah wujud masyarakat zaman...

a)

Paleolitik

b)

Mesolitik

c)

Neolitik

d)

Logam

8.

Mengapakah kita perlu mencontohi kehidupan masyarakat zaman prasejarah dunia?

a)

Kreatif

b)

Tolak ansur

c)

Patriotik

d)

Berhemah

9.

Civitas bermaksud bandar atau kota. Civitas berasal daripada bahasa ...

a)

Rom

b)

Arab

c)

Yunani

d)

Inggeris

10.

Apakah ciri-ciri tamadun awal dunia?

a)

Petempatan tidak kekal

b)

Bahasa dan penulisan

c)

Sistem pertahanan

d)

Agama dan kepercayaan

11.

Mengapakah petempatan tamadun awal dunia tertumpu di kawasan lembah sungai?

a)

pertahanan

b)

Tanah subur

c)

bina pelabuhan

d)

penduduk ramai

12.

Antara yang berikut bukan lokasi petempatan tamadun awal dunia?

a)

Sungai Tigris dan Sungai Eupharates

b)

Sungai Nil

c)

Sungai Indus

d)

Sungai Ganges

13.

Merujuk kepada gambar di atas, tamadun X telah membawa sumbangan dalam senibina. Apakah tamadun X?

a)

Tamadun Mesopotamia

b)

Tamadun Mesir Purba

c)

Tamadun Indus

d)

Tamadun Hwang He

14.

Apakah sumbangan tamadun Hwang He dalam bidang teknologi?

a)

Mencipta kertas daripada pokok papyrus

b)

Membina bandar terancang

c)

Menkatalog ramuan herba

d)

Mencipta kompas magnetik

15.

Yunani telah membawa peningkatan dalam pemerintahan dengan memperkenalkan sistem demokrasi. Siapakah yang mengasaskan sistem ini pada 594 SM?

a)

Periciles

b)

Aristotle

c)

Solon

d)

Socrates

16.

Mengapakah Sparta mengamalkan sistem pemerintahan dan pentadbiran bersifat monarki terhad?

a)

lebih sistematik

b)

kuasa raja lemah

c)

berlaku pemberontakan

d)

raja tidak berkuasa mutlak

17.

Merujuk kepada gambar, apakah fungsi Collesseum?

a)

tempat menyembah dewa

b)

kubu pertahanan daripada musuh

c)

tempat pertandingan acara gladiator

d)

Melindungi Rom daripada banjir besar

18.

Dalam masyarakat tamadun Rom, siapakah yang dikategorikan sebagai plebian?

a)

pembesar

b)

tentera

c)

artisan

d)

pendeta

19.

Dalam tamadun India, Maharaja Asoka telah mendirikan "Tiang Asoka" untuk menunjukkan kerajaan ini mengembangkan agama ....

a)

Islam

b)

Hindu

c)

Buddha

d)

Hindu-Buddha

20.

Bagaimanakah masyarakat tamadun China ingin mengubah taraf sosial ke arah kehidupan yang lebih baik?

a)

patuh kepada undang-undang

b)

taat setia terhadap maharaja

c)

sanggup menjadi tentera

d)

Menduduki peperiksaan