NEW
Font size
WorksheetsULANGKAJI SEJARAH TINGKATAN 3 (2)
Total questions: 15
Worksheet time: 8mins
Apakah kesan positif hasil daripada pembinaan jaringan jalan raya yang menghubungkan keseluruhan negeri Melayu?
Pembukaan kawasan petempatan baharu
Menggalakkan pelaburan dari pelabur Eropah
Menaikkan taraf hidup penduduk di sekitarnya
Meningkatkan peluang pekerjaan dalam kalangan penduduk Melayu
Mengapakah Tanah Melayu turut menjadi tumpuan buruh dari Indonesia?
Mempunyai budaya yang hampir sama
Mempunyai banyak peluang pekerjaan
Keadaaan yang aman dan damai
Bayaran gaji yang tinggi
Mengapakah wabak penyakit mudah merebak di negeri-negeri Melayu ketika ia sedang mengalami pembangunan yang pesat?
I Sering dilanda banjir
II Kekurangan air bersih
III Pembukaan kawasan hutan
IV Sistem perparitan yang tidak sempurna
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Apakah eksploitasi SHTI terhadap banduan yang ditempatkan di Tanah Melayu?
Dijadikan hamba
Tidak dibenarkan pulang ke negara asal
Dijadikan bekalan tenaga buruh murah
Dijadikan bahan uji kaji dalam bidang perubatan
Apakah tujuan utama penubuhan Kolej Melayu Kuala Kangsar?
Melatih tenaga pengajar
Melahirkan pentadbir Melayu yang berpendidikan Inggeris
Melahirkan individu yang seimbang dalam ilmu sains dan agama
Memberi peluang kepada anak tempatan melanjutkan pelajaran ke luar negara
Berapa kalikah Dinasti Brooke melakukan percubaan untuk mematahkan perjuangan Rentap?
Satu
Dua
Tiga
Empat
Apakah faktor yang menyebabkan Kebangkitan Tani di Terengganu?
I Pencabulan adat resam
II Peraturan tanah baharu
III Pengaruh pemimpin agama
IV Pengambilan hak memungut cukai
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Apakah tuduhan yang dibuat oleh British sehingga Haji Abdul Rahman Limbong menerima hukuman buang negeri?
Mengetuai Kebangkitan Tani 1928
Membunuh wakil British yang dihantar untuk berunding
Mengemukakan bukti palsu ketika menjadi peguam mewakili penduduk Ulu Telemong
Menghasut petani supaya menentang undang-undang tanah yang diperkenalkan British
Bagaimanakah SBUB melemahkan perjuangan Mat Salleh?
Berpakat dengan Belanda
Menggunakan nama sultan
Menggunakan tipu muslihat
Memecah-belahkan pengikut Mat Salleh
Apakah peranan Majlis Mesyuarat Negeri yang ditubuhkan oleh British?
I Badan penasihat sultan
II Merangka undang-undang
III Melaksanakan undang-undang
IV Meluluskan perintah atau peraturan Sultan dalam Majlis Mesyuarat
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Apakah negeri Melayu pertama yang mengamalkan sistem raja berpelembagaan?
Johor
Kedah
Kelantan
Terengganu
Mengapakah pihak British tidak mempunyai ruang untuk campur tangan dalam pemerintahan Johor, Kedah dan Terengganu?
Negeri-negeri tersebut saling bekerjasama untuk memperbaiki mutu pentadbiran
Jabatan yang menguruskan pembangunan negeri beroperasi dengan sangat cekap
Negeri-negeri tersebut mengalami pembangunan yang baik
Negeri-negeri tersebut merupakan naungan Siam
Mengapakah Sultan Abdul Hamid Halim Shah enggan mengiktiraf Perjanjian Bangkok 1909?
Kehilangan wilayah Pujoh
Penduduk tempatan ditindas
Tidak dibawa berunding mengenai perjanjian tersebut
British menggunakan tipu muslihat untuk mendapatkan persetujuan baginda
Bagaimanakah usaha Ngah Ibrahim untuk memajukan sosioekonomi Perak berakhir?
Beliau dijatuhkan hukuman mati
Beliau dituduh sebagai penderhaka
Beliau dimasukkan ke dalam penjara
Beliau dijatuhkan hukuman buang negeri
Apakah bandar yang diasaskan oleh Dato' Muhammad Salleh bin Perang?
I Muar
II Batu Pahat
III Yong Peng
IV Johor Bahru
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
