wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SEJARAH AKHIR TAHUN 4 ADNI

Total questions: 30

Worksheet time: 59mins

Name
Class
Date
1.

Apakah maksud wilayah pengaruh?

a)

Tanah jajahan dan taklukan Raja

b)

Kawasan naugan Raja dan kerabatnya.

c)

Kawasan yang rakyatnya menerima dan akui pemerintahan seorang Raja.

d)

Kawasan yang rakyatnya menganggap Raja sebagai tuhan.

2.

Apakah kesan kedaulatan terhadap sesebuah kerajaan?

a)

Kerajaan bebas daripada campur tangan kuasa asing.

b)

Kerajaan bebas daripada pemberontakan rakyat.

c)

Kerajaan dipandang rendah oleh negara luar.

d)

Kerajaan yang digeruni oleh negara luar.

3.

Mengapakah kebangkitan Dahagi India 1857 berlaku di negara India?

a)

Ancaman pengaruh British terhadap adat,budaya dan agama masyarakat setempat.

b)

Ancaman pengaruh Barat terhadap sistem politik negara India.

c)

Menuntut layanan sama rata terhadap rakyat tempatan.

d)

Menuntut sistem pendidikan yang lebih maju.

4.

Apakah matlamat penubuhan Liga Filipina?

a)

Menuntut hak yang sama seperti bangsa Sepanyol.

b)

Menuntut Filipina menjadi sebahagian wilayah Sepanyol.

c)

Mendesak kerajaan Sepanyol melakukan perubahan politik,ekonomi dan sosial.

d)

Mendesak kerajaan Sepanyol memberi hak kebebasan bersuara.

5.

Maklumat berikut berkaitan dengan faktor kemunculan gerakan nasionalisme.


· Gerakan Islah di Mesir

· Idea perjuangan Mathama Gandhi

Apakah faktor kemunculan gerakan nasionalisme tersebut?

a)

Media cetak

b)

Peranan agama

c)

Pengaruh luar dan serantau

d)

kemunculan golongan intelektual

6.

Mengapakah British memperkenalkan Enakmen Undang-Undang Islam 1904 di Tanah Melayu?

a)

Mengelakkam penularan semangat Nasionalisme dalam kalangan masyarakat.

b)

Mengawal tersebarnya berita-berita palsu dalam kalangan penduduk.

c)

Mengawal kemunculan golongan Agama di Tanah Melayu.

d)

Membendung pengaruh idea gerakan Islam dari Timur Tengah.

7.

Antara berikut,yang manakah faktor berlakunya Perang Dunia Pertama?


I. Persaingan kuasa Imperialisme

II. Pakatan ketenteraan

III. Perselisihan faham

IV. Mendapatkan barang mewah

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

8.

Apakah kesan Perang Dunia Pertama terhadap negara Eropah?

a)

Kemunculan negara baharu.

b)

Kemunculan pemerintahan beraja.

c)

Kemunculan empayar Austria Hungary

d)

Penyatuan empayar Rusia.

9.

Mengapakah tentera Jepun memberikan layanan kejam terhadap kaum Cina di Tanah Melayu?

a)

Kesan pemusuhan dalam Perang China – Jepun.

b)

Kaum Cina menguasai ekonomi.

c)

Kaum Cina menentang Jepun.

d)

Kesan Perang Dunia Pertama.

10.

Antara berikut,yang manakah kedudukan Raja-Raja Melayu semasa pentadbiran Jepun?


I. Ketua Agama Islam

II. Dilucutkan jawatan

III. Bebas mentadbir negeri masing-masing

IV. Di bawah pengawasan Gabenor Jepun

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

11.

Rajah berikut berkaitan dengan Malayan Union


X


Majlis Eksekutif Majlis Eksekutif

a)

Sultan

b)

Gabenor

c)

Residen

d)

Pesuruhjaya Tinggi British

12.

Petikan berikut berkaitan dengan bantahan Malayan Union


Jika apa sekalipun terjadi, kami kaum wanita akan turut menggembleng tenaga bersama-sama kaum lelaki, bagi mendapat kembali hak-hak kami.


Apakah peranan wanita dalam menentang Malayan Union?

a)

Pembakar semangat kaum lelaki.

b)

Pembekal ilmu pengetahuan kepada anak-anak

c)

Suri rumah tangga yang mendidik anak-anak

d)

Benteng barisan hadapan menentang Malayan Union

13.

Mengapakah penduduk tempatan menentang penyerahan Sarawak kepada British?

a)

Tidak ingin dijajah oleh British.

b)

Vyner Brooke mengenepikan surat wasiat Charles Brooke.

c)

Vyner Brooke tidak mempedulikan pendapat rakyat tempatan.

d)

Rakyat tempatan ingin memerintah sendiri.

14.

Maklumat berikut berkaitan dnegan kesan yang dihadapi oleh Sabah.


Tentera Jepun telah memusnahkan Jesselton,Kudat dan Sandakan.


Apakah kesan tindakan tentera Jepun tersebut ke atas Sabah?

a)

Memerlukan kos yang besar untuk membaik pulih.

b)

Bandar Sabah membangun dengan pesat.

c)

Sistem pendidikan menjadi lemah.

d)

Penduduk kehilangan pekerjaan.

15.

Antara berikut, yang manakah syarat kewarganegaraan melalui cara pendaftaran?

I. Rakyat Raja

II. Bermastautin selamam 20 tahun

III. Bermastautin selama 15 tahun

IV. Dilahirkan di Persekutuan Tanah Melayu

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

16.

Nyatakan kesan penubuhan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum.

a)

Kemajuan ekonomi dan sosial.

b)

Kerjasama kaum yang erat.

c)

Hubungan dengan negara luar.

d)

Perkembangan sistem pendidikan.

17.

Antara berikut,yang manakah bidang kuasa Majlis Perundangan Persekutuan?

I. Ketenteraman awam.

II. Kehakiman

III. Kewangan

IV. Hal ehwal dalam negeri

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

18.

Mengapakah Parti Komunis Indonesia berusaha membuka cawangan di Tanah Melayu?

a)

Mengasakan PKM.

b)

Menyusup kesatuan pekerja.

c)

Kegagalan menguasai Pulau Jawa.

d)

Mendapatkan sokongan orang Melayu.

19.

Maklumat berikut berkaitan dengan MPAJA.


Semasa pendudukan Jepun,British telah membekalkan senjata api,bantuan latihan, kewangan, perubatan serta bekalan logistik kepada MPAJA.


Mengapakah British membuat sedemikian?

a)

Menentang tentera Jepun.

b)

Mendapat sokongan rakyat.

c)

Melemahkan kedudukan Jepun.

d)

Mewujudkan kerjasama dengan komunis.

20.

Maklumat berikut berkaitan dengan tindakan PKM di negara kita.


· Menyerang lombong bijh timah.

· Merosakkan ladang getah.

· Merosakkan kilang estet,rumah asap,rumah kongsi,kedai dan sekolah.


Mengapakah PKM bertindak sedemikian?

a)

Membalas dendam

b)

Menguasai ekonomi negara.

c)

Memilik kekayaan negara.

d)

Menghalang kepercayaan masyarakat terhadap British.

21.

Antara berikut, yang manakah faktor komunis menyasarkan pasukan keselamatan dan menyerang balai polis?

I. Menguasai senjata api.

II. Mencetuskan huru-hara

III. Menunjukkan ketidakupayaan kerajaan

IV. Mendedahkan kelemahan pasukan keselamatan.

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

22.

Maklumat berikut berkaitan dengan Perang Saraf.


· Mengadakan pilihan raya

· Menawarkan hadiah wang tunai

· Melonggarkan syarat kewarganegaraan


Apakah matlamat yang hendak dicapai melalui Perang Saraf?

a)

Memberi kesedaran.

b)

Mengukuhkan pentadbiran British.

c)

Menawan hati rakyat menetang komunis.

d)

Menyediakan masyarakat ke arah berkerajaan sendiri.

23.

Antara berikut, yang manakah kesan akibat darurat di negara kita?

I. Kesengsaraan rakyat

II. Perkembangan ekonomi

III. Kemunculan semangat nasionalisme.

IV. Kerenggangan dalam hubungan kaum.

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

24.

Maklumat berikut berkaitan dengan situasi yang dialami oleh Soon Seng.


Tempat tinggal Soon Seng telah dikuatkuasakan Undang-Undang Darurat.


Antara berikut, perkara yang manakah perlu dihadapi oleh Soon Seng


I. Perintah berkurung

II. Penutupan sekolah

III. Program khidmat negara

IV. Penggeledahan rumah oleh pihak berkuasa

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

25.

Bagaimanakah cara Sir Henry Gurney untuk melemahkan perjuangan komunis?

a)

Wujudkan masyarakat yang bersatu padu

b)

Mengukuhkan ekonomi Persekutuan Tanah Melayu

c)

Meneydiakan penduduk ke arah berkerajaan sendiri.

d)

Memberi pengampunan kepada komunis supaya menyerah diri.

26.

PEMIMPIN PARTI POLITIK


Tan Cheng Lock Malaysian Chinese Association (MCA)


Apakah bentuk kemerdekaan yang disasarkan?

a)

Negara maju

b)

Negara Republik

c)

Negara berdemokrasi penuh

d)

Negara komunis

27.

Maklumat berikut berkaitan dengan keanggotaan Sistem Ahli


· Dato’ Onn Jaafar

· E.E.C Thuraisingham

· Lee Tiang Keng

· Tunku Yaacob ibni Sultan Abdul Hamid


Nyatakan peranan mereka dalam perlaksanaan Sistem Ahli.

a)

Mengasaskan parti politik.

b)

Menggubal undang-undang

c)

Mengetuai jabatan kerajaan

d)

Memenangi pilihanraya umum

28.

Mengapakah Ordinan Pelajaran 1952 tidak dapat dilaksanakan?

a)

Tidak sesuai

b)

Pelbagai kelemahan

c)

Negara belum merdeka

d)

Mendapat tentangan daripada semua kaum

29.

Antara berikut, yang manakah menjadi teras dalam pembentukan sistem pendidikan kebangsaan seperti yang dicadangkan oleh Jawatankuasa Pendidikan 1956?


I. Kandungan kurikulum yang seragam.

II. Mewajibkan pendidikan sekolah rendah.

III. Keutamaan penggunaan bahasa kebangsaan

IV. Sistem persekolahan yang sama bagi semua kanak-kanak

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

30.

Tunku Abdul Rahman telah menagdakan perjumpaan dengan ketua PKM di Baling,Kedah. Mengapakah rundingan tersebut menemui kegagalan?

a)

Parti Komunis Malaya telah memungkiri janji

b)

Kerajaan tidak bertolak ansur.

c)

Pemimpin kedua-dua pihak tidak berjumpa.

d)

Tunku Abdul Rahman tidak menerima syarat Parti Komunis Malaya.