wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ : UNSUR SENI

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Apakah jenis garisan yang ditunjukkan dalam rajah ini ?

a)

Garisan beralun

b)

Garisan berlingkar

c)

Garisan berpancar

d)

Garisan melengkung

2.

Berdasarkan contoh-contoh berikut, yang manakah garisan pada alam semula jadi ?

a)

Tulang ikan

b)

Kipas tangan

c)

Corak baju batik

d)

Lingkaran ubat nyamuk

3.

Garisan melintang boleh memberi kesan perasaan _____________.

a)

stabil

b)

marah

c)

tenang

d)

gembira

4.

Apakah teknik yang digunakan untuk menghasilkan garisan dalam lukisan ini ?

a)

Teknik capan

b)

Teknik tiupan

c)

Teknik lakaran

d)

Teknik gosokan

5.

Garisan merupakan kesan titik bergerak yang dihasilkan dengan menggunakan suatu alat yang bermula dari __________________________________.

a)

beberapa titik pada sesuatu kawasan

b)

satu titik permulaan merentasi sesuatu kawasan

c)

kesan titik-titik yang merentasi sesuatu kawasan

d)

beberapa lorekan yang merentasi sesuatu kawasan

6.

Mengapakah rupa ini dipanggil rupa organik ?

a)

Rupa ini bersudut.

b)

Rupa ini rupa benda alam.

c)

Rupa ini bebas tanpa sudut.

d)

Rupa ini berasaskan rupa bulat.

7.

Olahan rupa dalam lukisan ini dihasilkan melalui kaedah ______________.

a)

tindanan

b)

pengurangan

c)

penambahan

d)

penambahan dan pengurangan

8.

Antara berikut, yang manakah tidak benar tentang fungsi rupa ?

a)

Menghasilkan corak

b)

Menghasilkan tipografi

c)

Menghasilkan simbol dan logo

d)

Menghasilkan kesan psikologi

9.

Apakah teknik yang digunakan untuk menghasilkan rupa ini ?

a)

Teknik kolaj

b)

Teknik capan

c)

Teknik cetakan

d)

Teknik stensilan

10.

Penghasilan rupa pada rajah ini lebih dikenali sebagai ________________.

a)

rupa positif

b)

rupa negatif

c)

rupa organik

d)

rupa geometri

11.

Antara berikut, yang manakah tidak menunjukkan contoh bentuk ?

a)

botol

b)

catan

c)

kucing

d)

cermin mata

12.

Bentuk ilusi bermaksud _______________________________.

a)

bentuk yang hanya boleh disentuh

b)

bentuk 3D yang boleh dilihat sahaja

c)

bentuk 3D yang boleh dilihat dan disentuh

d)

bentuk 2D yang hanya boleh dilihat tetapi tidak dapat disentuh

13.

Apakah teknik yang boleh digunakan untuk menghasilkan bentuk konkrit ?

a)

Teknik kolaj

b)

Teknik gurisan

c)

Teknik luakan

d)

Teknik lukisan

14.

Antara berikut, yang manakah merupakan contoh bentuk alam semula jadi ?

a)

Batu

b)

Rumah

c)

Tembikar

d)

Ukiran kayu

15.

Antara berikut, yang manakah tidak benar tentang fungsi bentuk ?

a)

Mewujudkan struktur

b)

Memberi kesan realistik pada karya

c)

Menimbulkan tumpuan dan fokus

d)

Membolehkan arca dilihat dari pelbagai arah

16.

Apakah maksud jalinan ?

a)

Karya seni yang ada nilai keindahan

b)

Objek yang boleh dilihat dan disentuh

c)

Kesan yang wujud pada objek alam semula jadi sahaja

d)

Sifat permukaan yang boleh dilihat dan disentuh melalui deria

17.

Manakah antara objek berikut yang menunjukkan jalinan tampak ?

a)

Kulit kayu

b)

Tapak kasut

c)

Buah durian

d)

Buah tembikai

18.

Jalinan sentuh dapat dipindahkan dari suatu permukaan ke permukaan lain dengan menggunakan teknik _____________.

a)

stensil

b)

ukiran

c)

lakaran

d)

gosokan

19.

Mengapakah jalinan sangat penting pada tayar kenderaan ?

a)

Memberi kesan cengkaman

b)

Memberi kesan keindahan

c)

Menambahkan kelajuan

d)

Memudahkan pergerakan

20.

Antara berikut, yang manakah tidak benar tentang teknik penghasilan jalinan ?

a)

Resis

b)

Lipatan

c)

Sulaman

d)

Stensilan