NEW
Font size
Worksheetsbab 11 Daya dan gerakan kssm sains tingkatan 4
Total questions: 15
Worksheet time: 10mins
Faktor manakah yang mempengaruhi inersia suatu objek?
Halaju
Jarak
Saiz
Jisim
Sebuah kereta yang bergerak dengan halaju 30 ms-1 dinyahpecutkan secara seragam sehingga berhenti selepas 5 s. Berapakah nyahpecutan yang dialami oleh kereta itu?
-6 m s-2
-150 m s-2
6 m s-2
150 m s-2
Rajah 3 menunjukkan trek 400 m di sebuah sekolah. Seorang atlet berlari dua pusingan bermula dan tamat pada garisan yang sama mengikut trek ini. Berapakah jarak dan sesaran yang dilalui oleh atlet itu?
Jarak: 800 m/ Sesaran: 0 m
Jarak: 400 m/ Sesaran: 0 m
Jarak: 800 m/ Sesaran: 400 m
Jarak: 400 m/ Sesaran: 800 m
Rajah 4 menunjukkan sebuah lori yang mengangkut banyak perabot. Mengapakah pemandu lori tidak boleh menekan brek secara mendadak?
Sistem brek lori akan rosak.
Inersia lori akan menyebabkan pemandu terhumban ke hadapan.
Geseran antara tayar dan permukaan jalan akan merosakkan tayar.
Inersia perabot akan menyebabkan perabot terhumban ke arah pemandu.
Sebuah kapal minyak besar seperti di rajah 5 mesti menyongsangkan putaran enginnya untuk melambatkan pergerakannya pada jarak beberapa kilometer sebelum kapal minyak tersebut dapat dihentikan. Mengapakah kapal minyak sukar dihentikan?
Inersia kapal minyak adalah besar.
Daya tujahan enjin kapal minyak adalah kuat.
Kapten kapal minyak ternampak kapal lain di hadapannya.
Rintangan air yang menentang pergerakan kapal minyak tidak mencukupi.
Rajah 1 menunjukkan pita detik yang diperoleh dari gerakan suatu objek. Jangka masa detik dihidupkan dengan bekalan kuasa arus ulang-alik yang berfrekuensi 50 Hz. Berapakah laju purata objek tersebut?
100 cm s-1
120 cm s-1
150 cm s-1
180 cm s-1
Rajah 2 menunjukkan pita detik yang diperoleh dari gerakan suatu objek. Jangka masa detik dihidupkan dengan bekalan kuasa arus ulang-alik yang berfrekuensi 50 Hz. Berapakah pecutan objek tersebut?
1000 cm s-2
1200 cm s-2
1500 cm s-2
3600 cm s-2
Seorang lelaki mengambil masa 50 saat untuk berlari sejauh 200m. Berapakah kelajuannya?
Laju = Jarak/ Masa
2.5 ms-1
4.0 ms-1
10.0 ms-1
40 ms-1
Sebuah kereta mula bergerak dari keadaan pegun dan mencapai 80ms-1 dalam masa 5 saat. Berapakah pecutan kereta itu?
Pecutan = halaju akhir - halaju awal
_______________________
masa
16 ms-1
40 ms-1
62ms-1
85 ms-1
Kipas siling elektrik akan terus bergerak dengan perlahan untuk seketika walaupun suis telah dimatikan. Hal ini disebabkan oleh
tujah ke atas
momentum
tekanan udara
inersia
Apakah faktor yang mempengaruhi inersia sesuatu objek?
suhu
halaju
pecutan
jisim
Apakah yang dialami oleh troli itu?
melakukan pecutan
melakukan nyahpecutan
bergerak dengan halaju seragam
bergerak dengan halaju yang semakin perlahan
Rajah menunjukkan carta pita detik bagi gerakan sebuah troli yang menuruni landasan. Apakah jenis gerakan yang dilakukan oleh troli itu?
halaju tidak seragam
pecutan seragam
nyahpecutan seragam
halaju berkurang secara seragam
Apakah alat pengukuran yang boleh digunakan untuk mengukur panjang dan jarak
I distance measuring wheels ( roda pengukuran jarak )
II laser distance meter ( laser pengukuran jarak)
III tolok skru mikrometer
IV angkup vernier
I dan II
I dan III
II dan III
I, II dan IV
Apakah jenis daya yang mempengaruhi jatuh bebas suatu objek?
I daya rintangan udara
II daya graviti
III daya elastik
IV daya normal
I dan II
I dan III
II dan IV
I , II dan III
