NEW
Font size
Worksheets9.3Langkah Penggubalan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu
Total questions: 15
Worksheet time: 8mins
Sebanyak ............ memorandum bertulis telah diterima daripada pihak Raja-Raja Melayu, parti politik, badan awam dan orang perseorangan.
120
131
141
241
Memorandum daripada Raja-Raja Melayu mencadangkan supaya Persekutuan yang bakal merdeka mempunyai ........... sebagai Ketua Negara
Raja Melayu
Ketua Menteri
Yang Di-Pertuan Agong
Perdana Menteri
Seorang Yang Di-Pertuan Agong mestilah dipilih dan dilantik berdasarkan kekananan di dalam ............ dengan persetujuan semua Raja-Raja Melayu.
Majlis Perundangan Persekutuan
Majlis Mesyuarat Persekutuan
Majlis Jemaah Kabinet
Majlis Raja-Raja
Tempoh jawatan bagi seorang Yang Di-Pertuan Agong sepanjang menjawat adalah selama .......... tahun dari tarikh perlantikannya.
8
10
5
6
Kedudukan istimewa orang Melayu merupakan perkara yang terkandung di dalam memorandum Raja-Raja Melayu. Kepentingannya ialah untuk .....
Mengukuhkan penguasaan orang Melayu di Tanah Melayu
Melindungi hak orang Melayu di Tanah Melayu
Mengurangkan penguasaan kaum lain dalam pentadbiran di Tanah Melayu
Mewujudkan kestabilan politik di Tanah Melayu
Sebuah memorandum telah dikemukakan kepada Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu oleh parti Perikatan yang dikenali sebagai ......
Testament Politik Parti Perikatan
Memorandum Persefahaman Politik Parti Perikatan
Testament Amanah Politik Perikatan
Memorandum Persetujuan Bersama Perikatan
Isu kewarganegaraan berkisar mengenai prinsip ............... yang dicadangkan sebagai bentuk kewarganegaraan bagi Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka kelak.
Jus Sanguinis
Lorem Ipsum
Habeas Corpus
Jus Soli
Dalam aspek pendidikan, MCA juga menuntut supaya sistem pendidikan secara .............. diteruskan seperti biasa.
Berpusat
Desentralisasi
Vernakular
Sekular
Tujuan MCA menuntut supaya pendidikan dilaksanakan secara vernakular dikekalkan adalah kerana ingin ......
Rakyat Tanah Melayu memahami semua bangsa dan bahasa
Memelihara jati diri dan identiti bangsa masing-masing
Memudahkan Guru melaksanakan pengajaran dan pembelajaran
Menjamin keselamatan setiap bangsa di Tanah Melayu
Hasil daripada memorandum yang diterima daripada pelbagai pihak (Pemerintah & Masyarakat), Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu telah mengeluarkan sebuah ............ untuk dibincang dan diteliti.
Draf Perlembagaan
Kertas Laporan Perlembagaan
Memorandum Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu
Struktur Kertas Cadangan Perlembagaan 1957
Di dalam draf perlembagaan yang telah dikeluarkan oleh Suruhanjaya, menggariskan beberapa perkara penting. Antaranya ialah .......
Sistem Kerajaan Persekutuan ditukarkan kepada bentuk kesatuan
Kedudukan istimewa Raja-Raja Melayu dipinda
Sebuah Parlimen dengan satu Majlis Mesyuarat dibentuk
Prinsip Jus Soli untuk kewarganegaraan digunapakai
Parti PAS telah mengkritik draf perlembagaan yang dikeluarkan Suruhanjaya kerana ......
Masyarakat tidak dibantu secara sosial dan ekonomi
Dianggap tidak menjaga kepentingan orang Melayu dan Agama Islam
Memudahkan penjajah terus berkuasa selepas kemerdekaan
Menghapuskan kepentingan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi
Parti Negara, PAS dan Parti Rakyat telah mengadakan kongres pada bulan Mei 1957untuk membincangkan aspek .............. hasil daripada draf perlembagaan yang dikeluarkan Suruhanjaya.
Syarat kewarganegaraan yang longgar
Kedudukan bahasa lain selain Bahasa Melayu yang setaraf
Kedudukan Agama lain di Persekutuan Tanah Melayu
Sistem pendidikan bukan Vernakular yang diperkenalkan
Dua aspek ini dibangkitkan oleh ahli UMNO ketika meneliti draf perlembagaan yang dikeluarkan iaitu berkenaan ......
Agama Rasmi & Ekonomi
Pentadbiran Tempatan & Agama Rasmi
Bahasa Rasmi & Agama Rasmi
Bahasa Rasmi & Pentadbiran Tempatan
Kejayaan penggubalan perlembagaan bagi sebuah negara yang bakal merdeka telah membuktikan sikap ini mampu membawa kestabilan kepada negara. Sikap yang dimaksudkan ialah .........
Prihatin
Penyayang
Muafakat
Bertanggungjawab
