Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PENGAJIAN AM S3/2018

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Yang manakah yang mempenagruhi dasar luar Malaysia?

a)

Pencapaian ekonomi sesebuah negara

b)

Hubungan erat dengan kuasa besar

c)

Fahaman politik sesebuah negara

d)

Wawasan kepimpinan negara

2.

Organisasi antarabangsa yang manakah dianggotai oleh Malaysia berdasarkan faktor geo-strategik?

a)

Komanwel

b)

Pertubuhan Persidangan Islam

c)

Pertubuhan Negara-negara Berkecuali

d)

Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggar

3.

Tindakan yang manakah yang dapat memastikan kedaulatan negara Malaysia dilindungi?

a)

Mengutamakan kepentingan antarabangsa daripada kepentingan negara

b)

Mengambil pendirian berkecuali dalah hal ehwal negara lain

c)

Melibatkan diri dalam penyelesaikan masalah negara jiran

d)

Menjalin hubungan diplomatik dengan semua negara

4.

Malaysia menyokong gagasan Komuniti Ekonomi ASEAN kerana dapat

a)

membentuk satu blok perdagangan di rantau Asia Tenggara

b)

mewujudkan integrasi ekonomi dalam kalangan negara anggota

c)

melaksanakan projek perindustrian dalam kalangan negara anggota

d)

menyatakan pendirian tentang kebanyakan isu ekonomi antarabangsa

5.

Mengurangkan risiko keselamatan. Mengadakan dialog secara terbuka tentang isu-isu politik dan keselamatan. Pernyataan ini adalah berkaitan dengan

a)

Piagam ASEAN

b)

Forum Serantau ASEAN

c)

Komuniti Poltik-Keselamatan ASEAN

d)

Perisytiharan Zon Aman, Bebas dan Berkecuali

6.

Apakah sumbangan Malaysia dalam Rancangan Pembangunan Segi Tiga Pertumbuhan ASEAN?

a)

Membangunkan sektor keselamatan

b)

Membangunkan sektor telekomunikasi

c)

Mengadakan kerjasama infrastruktur fizikal

d)

Mengadakan kerjasama dalam sektor kesihatan

7.

Malaysia sering memperjuangkan isu-isu sosioekonomi pada peringkat antarabangsa yang berkaitan dengan

a)

mengurangkan rintangan perdagagan

b)

menyemak semula beban hutang negara membangun

c)

mewujudkan kerjasama ekonomi dalam kalangan negara Eropah Timur

d)

menjadikan perundingan Ekonomi Asia Timur sebagai blok perdagangan

8.

Yang manakah melibatkan tentera Malaysia dalam pasukan pengamanan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu?

a)

Pengunduran tentera Soviet Union dari Afghanistan

b)

Perlindungan mangsa perang di Lubnan

c)

Perjanjian damai Palestin dengan Isreal

d)

Perang saudara di Timor Leste

9.

Tujuan Malaysia menyertai misi pengaman Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu adalah untuk

a)

meningkatkan komitmen Malaysia terhadap keamanan dunia

b)

meningkatkan keupayaan dan pendedahan kepada pasukan keselamatan Malaysia

c)

mencari sokongan bagi pencalonan Malaysia sebagai ahli dalam Majlis Keselamatan

d)

menjalin hubungan pertahanan dan ketenteraan dengan negara-negara yang terlibat

10.

Yang manakah antara usaha Malaysia untuk menangani keganasan serantau dan juga gerakan militan Islamic State (IS) pada peringkat global?

a)

Memperkukuhkan Majlis Keselamatan Negara

b)

Menyekat kemasukan pendatang asing secara meluas

c)

Membentuk Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah

d)

Menubuhkan Pusat Serantau Asia Tenggara bagi Mencegah Keganasan (SEARCCT)

11.

Malaysia + Indonesia = Tarian Pendet, Lagu 'Rasa Sayang' dan Batik. Kenyataan ini merujuk kpd tuntutan hak warisan kebudayaan negara masing-masing. Bagaimanakah isu ini dapat diselesaiakan?

a)

membawa isu tersebut ke UNESCO

b)

Mengadakan perdebatan terbuka di media massa

c)

Membincangkan isu tersebut antara kedua-dua negara

d)

Membawa isu ini ke Mahkamah Timbang Tara Antarabangsa

12.

Isu yang manakah yang pernah disuarakan oleh Malaysia dalam Majlis Perhimpunan Agung PBB?

a)

Campur tangan China dalam pertikaian di Laut China Selatan

b)

Pengaruh kuasa-kuasa besar dunia ke atas PBB

c)

Tindakan Amerika Syarikat untuk menyelesaikan krisis politik di rantau Pasifik

d)

Ketidakpuasan hati Malaysia terhadap keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa berkaitan dengan tuntutan Pulau Batu Puteh

13.

Masalah kestabilan politik dan keselamatan rantau Asia Tenggara dalam kalangan negara anggota ASEAn dibincangkan dalam

a)

Mesyuarat ASEAN + 3

b)

Forum Serantau ASEAN

c)

Sidang Kemuncak ASEAN

d)

Mesyuarat Menteri-menteri ASEAN

14.

Kelembapan ekonomi dunia memberikan kesan kepada Malaysia dalam

a)

pemasaran barangan tempatan

b)

kualiti barangan yang diimport

c)

syarat perdagangan antara negara

d)

peningkatan harga barangan tempatan

15.

Yang manakah tindakan Malaysia dalam usaha mengaplikasikan teknologi hijau?

a)

Mengurangkan pergantungan kepada sumber tenaga asli

b)

Mengawal operasi kilang dan penggunaan kenderaan bermotor

c)

Menggunakan alat teknologi yang membebaskan gas karbon yang rendah

d)

Membangunkan produk yang memberikan kesan minimum terhadap kemerosotan alam sekitar