wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SAINS TAHUN 3 (SISTEM SURIA)

Total questions: 25

Worksheet time: 13mins

Name
Class
Date
1.

Matahari, planet, satelit semula jadi, asteroid, komet dan meteoroid merupakan ahli dalam Sistem Suria.

a)

Benar

b)

Salah

2.

_______________ ialah pusat bagi Sistem Suria.

a)

Asteroid

b)

Komet

c)

Matahari

3.

Berapakah bilangan planet dalam Sistem Suria?

a)

6

b)

7

c)

8

d)

9

4.

Planet-planet bergerak mengelilingi Mahatari mengikut laluan bayangan berbentuk ___________ yang dipanggil ___________.

a)

bulat, orbit

b)

elips, orbit

c)

bulat, jalur

d)

elips, jalur

5.

Yang manakah merupakan urutan planet dalam Sistem Suria yang betul bermula dari Matahari?

a)

Utarid, Zuhrah, Bumi, Marikh, Musytari, Zuhal, Uranus, Neptun

b)

Utarid, Zuhrah, Bumi, Zuhal, Uranus, Neptun, Marikh, Musytari

c)

Neptun, Uranus, Zuhal, Musytari, Marikh, Bumi Zuhrah, Utarid

d)

Neptun, Uranus, Zuhal, Zuhrah, Utarid, Musytari, Marikh, Bumi

6.

Planet manakah yang mengambil masa paling cepat untuk membuat satu peredaran lengkap mengelilingi Matahari?

a)

Bumi

b)

Utarid

c)

Musytari

d)

Neptun

7.

Satelit semula jadi juga dikenali sebagai...

a)

bulan

b)

asteroid

c)

komet

8.

Jalur asteroid boleh dijumpai di antara planet ___________ dan planet ___________ .

a)

Bumi, Marikh

b)

Marikh, Musytari

c)

Musytari, Zuhal

d)

Zuhrah, Bumi

9.

Saya terdiri daripada gas-gas beku, batuan dan debu yang beredar mengelilingi Matahari. Apabila saya menghampiri Matahari, sebahagian daripada badan saya bertukar menjadi gas dan membentuk ekor yang panjang dan bersinar. Siapakah saya?

a)

Asteoroid

b)

Meteor

c)

Meteoroid

d)

Komet

10.

Sekiranya Bumi berada di kedudukan planet Neptun, adakah Bumi sesuai untuk kehidupan? Mengapa?

a)

Ya, kerana Bumi mempunyai atmosfera.

b)

Ya, kerana Bumi mengandungi air.

c)

Tidak, kerana suhu terlalu panas.

d)

Tidak, kerana suhu terlalu sejuk.

11.

Entiti manakah yang merupakan pusat Sistem Suria?

a)

Satelit semula jadi

b)

Matahari

c)

Bumi

d)

Asteroid

12.

Suhu planet yang dekat dengan Matahari lebih panas berbanding dengan suhu planet yang jauh dari Matahari. Betul atau Salah?

a)

Betul

b)

Salah

13.

Planet __________ merupakan planet yang paling sejuk dalam Sistem Suria.

a)

Bumi

b)

Utarid

c)

Neptun

d)

Uranus

14.

Planet-planet dalam Sistem Suria hanya akan beredar mengelilingi Matahari mengikut orbit masing-masing. Betul atau Salah?

a)

Betul

b)

Salah

15.

Antara planet Marikh dengan Musytari, planet manakah mengambil masa lebih lama untuk membuat satu peredaran lengkap mengeliilngi Matahari? Mengapa?

a)

Marikh kerana planet Marikh lebih kecil daripada planet Musytari.

b)

Marikh kerana kedudukan planet Marikh lebih dekat dengan Matahari berbanding dengan jarak planet Musytari dengan Matahari.

c)

Musytari kerana planet Musytari lebih besar daripada planet Marikh.

d)

Musytari kerana kedudukan planet Musytari dengan Matahari lebih jauh berbanding dengan jarak planet Marikh dengan Matahari.

16.

Antara berikut, yang manakah ialah planet dalam Sistem Suria?

a)

Bulan

b)

Komet

c)

Zuhrah

17.

Rajah menunjukkan satu objek semula jadi.


Pelanggaran antara asteroid menghasilkan serpihan batu yang lebih kecil di ruang angkasa dan dikenali sebagai …………………….

a)

meteor

b)

meteorit

c)

meteoroid

18.

Planet apakah yang paling dekat dengan matahari?

a)

Marikh

b)

Bumi

c)

Utarid

19.

Planet ____________ merupakan planet yang paling sejuk dalam sistem Suria.

a)

Uranus

b)

Neptun

c)

Utarid

20.

Planet _______mempunyai gegelang di sekelilingnya.

a)

Marikh

b)

Neptun

c)

Zuhal

21.

Planet manakah yang mempunyai suhu yang paling tinggi?

a)

Bumi

b)

Zuhrah

c)

Neptun

22.

Planet manakah mengambil masa paling cepat untuk membuat satu peredaran lengkap mengelilingi Matahari?

a)

Bumi

b)

Zuhal

c)

Utarid

23.

Rajah menunjukkan Sistem Suria.


Planet bergerak mengelilingi Matahari mengikut laluannya yang dikenali sebagai …………………….

a)

trek

b)

orbit

c)

paksi

24.

Suhu planet yang dekat dengan Matahari lebih _________ berbanding dengan suhu planet yang jauh dari Matahari.

a)

sejuk

b)

panas

c)

beku

25.

Berikut adalah ahli sistem suria kecuali .........

a)

asteroid

b)

planet

c)

satelit buatan