wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PENGAJIAN AM S3/2016

Total questions: 15

Worksheet time: 9mins

Name
Class
Date
1.

Kepentingan nasional merupakan penentu dasar luar Malaysia. Yang manakah faktor yang mempengaruhi penentukan dasar tersebut?

a)

Hubungan serantau

b)

Aspek sosialbudaya

c)

Keselamatan negara

d)

Hubungan perdagangan

2.

Kedudukan geostrategik negara menjadi satu daripada faktor yang mempengaruhi dasar luar Malaysia kerana Malaysia mahu..

a)

mengelakkan pergantungan kepada kuasa luar

b)

menjamin keselamatan daripada ancaman luar

c)

mengelakkan keadaan rantau Asia Tenggara yang bermasalah

d)

memastikan hubungan perdagangan antarabangsa berjalan lancar

3.

Dasar luar yang aktif pada peringkat serantau dan antarabangsa. Dasar luar yang dinamik dan berkembang. Ciri dasar luar Malaysia di atas dipengaruhi oleh perubahan

a)

kepimpinan negara

b)

status ekonomi

c)

lokasi pertadbiran kerajaan pusat

d)

ideologi politik parti yang memerintah

4.

Kaedah : Rundingan, Bertolak ansur, Cara diplomasi & Orang perantaraan. Penyataan ini merujuk kepada kaedah yg digunakan oleh Malaysia untuk

a)

membebaskan rakyat Malaysia yang ditahan di penjara di negara asing

b)

mendapatkan hak melabur eksklusif di negara-negara yang berpotensi

c)

menarik pelabur asing agar melabur secara massa ke Malaysia

d)

menyelesaikan isu yang melibatkan pihak yang bertelagah

5.

Malaysia terlibat dalam..

a)

proses pilihan raya di Myanmar

b)

rundingan keamanan di selatan Thailand

c)

proses pembangunan di negara Timor Leste

d)

perjanjian damai antara kerajaan Filipina dengan Barisan Pembebasan Islam Moro

6.

Yang manakah yang benar tentang tujuan penubuhan Komuniti Ekonomi ASEAN?

a)

Menaik taraf tahap sosioekonomi di rantau ASEAN

b)

Meningkatkan pelaburan negara kuasa besar di rantau ASEAN

c)

Membolehkan sumber tenaga kerja bergerak dalam ASEAN

d)

Mengatasi jenayah rentas sempadan yang menjejaskan ekonomi serantau ASEAN

7.

Yang manakah inisiatif ASEAN untuk mengurangkan risiko keselamatan di rantau Asia Tenggara?

a)

Pengisytiharan kawasan risiko tinggi

b)

Penempatan misi pengaman di kawasan konflik

c)

Dialog secara terbuka tentang isu keselamatan dan politik

d)

Pakatan ketenteraan untuk mengawal keselamatan di sempadan

8.

Malaysia menganggotai Pergerakan Negara-negara Berkecuali atas dasar ingin

a)

merapatkan hubungan sesama negara anggota

b)

membantu negara anggota dalam bidang penahaman

c)

merapatkan jurang perbezaan ekonomi antara negara anggota

d)

meningkatkan dan mengukuhkan proses pelbagai hala untuk kepentingan bersama

9.

Yang manakah komitmen Malaysia dalam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu?

a)

menyokong perdagangan bebas

b)

meningkatkan keamanan sejagat

c)

menjadi anggota tetap Majlis Keselamatan

d)

menghantar tentera ke negara lain untuk memerangi pengganas

10.

Memperjuangkan kedaulatan sesebuah negara. Menentang campur tangan negara maju dlm hal ehwal sesebuah negara. Pernyataan ini merujuk kpd pendirian Malaysia dalam

a)

Kerjasama Selatan-Selatan

b)

Pertubuhan Persidangan Islam

c)

Pergerakan Negara-negara Berkecuali

d)

Penubuhan Negara-negara Asia Tenggara

11.

Penjelasan kepada salah tanggapan terhadap agama Islam dilakukan oleh Malaysia dalam

a)

Mesyuarat Asia-Eropah

b)

Sidang Kemuncak Asia Timur

c)

Dialog Antarabangsa Langkawi

d)

Mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan Komanwel

12.

Permasalahan utama yang dihadapi oleh Malaysia dengan Thailand ialah

a)

penyeledupan beras

b)

pendatang asing tanpa izin

c)

pembinaan tembok sempadan

d)

pencerobohan nelayan asing di perairan Malaysia

13.

Yang manakah kesan Perjanjian Perdagangan Bebas kepada Malaysia

a)

Hasil kutipan duti import dan tarif meningkat

b)

Kawasan perdagangan bebas wujud lebih banyak

c)

Daya saing produk negara di pasaran antarabangsa meningkat

d)

Pasaran untuk produk dan keluaran barangan negara bertambah luas

14.

Yang manakah cabaran yang perlu dihadapi oleh Malaysia dalam usaha untuk memajukan teknologi nuklearnya?

a)

Teknologi yang rendah

b)

Krisis sumber bahan mentah

c)

Tiada modal yang mencukupi

d)

Tiada sokongan daripada pihak kerajaan

15.

Apakah halangan yang dihadapi oleh pengusaha tempatan untuk membangunkan inovasi ke tahap antarabangsa

a)

Tiada bahan mentah

b)

Tiada bantuan kredit

c)

Tahap teknologi yang masih rendah

d)

Tiada sokongan daripada pihak kerajaan