wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PRINSIP AKAUN : BUKU CATATAN PERTAMA

Total questions: 16

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Penyataan manakah yang benar mengenai Buku Catatan Pertama?

a)

Merupakan buku akaun utama

b)

Terdiri daripada Jurnal Am dan Jurnal Subsidiari

c)

Merekod urus niaga mengikut urutan tarikh

d)

Sumber maklumat adalah dokumen perniagaan

2.

Apakah kegunaan lajur folio dalam Buku Catatan Pertama?

a)

Mencatat nama akaun di lejar

b)

Mencatat nombor rujukan akaun di lejar

c)

Mencatat tarikh urus niaga yang berlaku

d)

Mencatat nombor invois dokumen perniagaan

3.

Urus niaga manakah yang akan dicatat dalam Jurnal Am?

a)

Membayar sewa menggunakan cek

b)

Membeli barang niaga secara kredit

c)

Mengambil wang tunai untuk kegunaan peribadi

d)

Membawa masuk komputer peribadi ke dalam perniagaan

4.

Jurnal yang manakah adalah Jurnal Khas?

a)

Jurnal Am

b)

Buku Tunai

c)

Jurnal Jualan

d)

Jurnal Penerimaan Tunai

5.

Urus niaga manakah yang direkodkan dalam Jurnal Khas?

a)

Membeli barang niaga secara tunai

b)

Menjual barang niaga secara kredit

c)

Memulangkan barang nilai yang rosak

d)

Membeli aset bukan semasa secara kredit

6.

Dokumen manakah yang merupakan sumber maklumat Jurnal Jualan?

a)

Invois asal

b)

Invois salinan

c)

Nota debit salinan

d)

Nota debit asal

7.

Perniagaan Sunny telah menerima bil tunai atas belian barang bernilai RM900.


Apakah Buku Catatan Pertama yang digunakan bagi merekod urus niaga di atas?

a)

Jurnal Am

b)

Jurnal Belian

c)

Jurnal Penerimaan Tunai

d)

Jurnal Pembayaran Tunai

8.

Maklumat berikut diperoleh daripada Kedai Buku Ramli.


"Encik Ramli menghantar nota debit berjumlah RM240 kepada Puan Murni kerana terkurang caj."


Apakah Buku Catatan Pertama yang digunakan untuk merekodkan urus niaga di atas?

a)

Jurnal Belian

b)

Jurnal Jualan

c)

Jurnal Pulangan Belian

d)

Jurnal Pulangan Jualan

9.

Urus niaga manakah yang direkodkan dalam Jurnal Penerimaan Tunai?

a)

Jelaskan hutang kepada pembekal

b)

Pelanggan menjelaskan bayarn hutang

c)

Tunai peribadi dibawa masuk untuk kegunaan perniagaan

d)

Ambilan tunai untuk kegunaan peribadi

10.

Maklumat apakah yang dicatat di lajur butir dalam Jurnal Jualan?

a)

Nama pemilik

b)

Nama pembeli

c)

Nama pembekal

d)

Nama barang niaga

11.

Urus niaga manakah yang direkodkan dalam Buku Tunai?

a)

Membayar gaji dengan cek

b)

Membeli kelengkapan secara tunai

c)

Membeli kenderaan secara kredit

d)

Ambilan barang untuk kegunaan sendiri

12.

Urus niaga manakah yang merupakan catatan kontra dalam Buku Tunai?

a)

Mengeluarkan tunai untuk kegunaan sendiri

b)

Mengeluarkan tunai untuk membayar bil elektrik

c)

Memindahkan tunai peribadi ke dalam perniagaan

d)

Memindahkan tunai perniagaan ke dalam bank

13.

Apakah kegunaan Buku Tunai Runcit?

a)

Merekod belanja kecil

b)

Mengawal wang keluar dan wang masuk

c)

Mencatat sebahagian penerimaan dan pembayaran tunai

d)

Memastikan perniagaan mempunyai wang yang cukup

14.

Urus niaga manakah yang direkodkan dalam Buku Tunai Runcit?

a)

Pembelian perabot secara tunai

b)

Pembayaran insurans secara tunai

c)

Pembelian dakwat pencetak secara tunai

d)

Penerima tunai daripada Akaun Belum Terima

15.

Antara yang berikut, bayaran manakah yang direkod dalam Buku Tunai Runcit?

a)

Setem RM10

b)

Gaji kerani RM900

c)

Mesin fotostat RM3500

d)

Minuman pelanggan RM30

16.

Butiran manakah yang dicatat dalam lajur belanja am di Buku Tunai Runcit?

a)

Perabot

b)

Komisen jurujual

c)

Upah mencuci pejabat

d)

Sabun pencuci pinggan