wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

TATABAHASA 1

Total questions: 20

Worksheet time: 11mins

Name
Class
Date
1.

“ ___________ berdua ditugaskan untuk menyapu lantai bilik darjah pada hari Isnin,” kata Aneesa dan Nabihah.

a)

Mereka

b)

Kamu

c)

Kami

d)

Saya

2.

Emak Afan sedang menghiris bawang. __________ hendak menggoreng sayur.

a)

Engkau

b)

Awak

c)

Saya

d)

Dia

3.

Air di dalam cerek itu masih ________ kerana dijerang sebentar tadi.

a)

sejuk

b)

beku

c)

panas

d)

keras

4.

Ayah mempunyai ______ membaiki motosikal yang rosak.

a)

kepakaran

b)

kepintaran

c)

kebolehan

d)

kecekapan

5.

Seri Azan memasuki pertandingan _________ peringkat daerah Jasin.

a)

ninja

b)

silat

c)

judo

d)

kungfu

6.

“ ___________, sakitnya perutku. Sudah beberapa hari aku tidak makan!” keluh pengemis itu.

a)

Aduhai

b)

Amboi

c)

Aduh

d)

Cis

7.

_____________, nama saya Ammar. Selamat berkenalan!

a)

Hai

b)

Oh

c)

Amboi

d)

Cis

8.

Kami membeli beberapa __________ mata kail untuk memancing di sungai belakang rumah datuk.

a)

butir

b)

biji

c)

ketul

d)

bentuk

9.

“____________, sudah lama kita tidak berjumpa!” kata Anas kepada Najmuddin.

a)

Eh

b)

Oh

c)

Nah

d)

Wah

10.

Salehuddin sedang mencuci kereta _________ abangnya menyiram pokok bunga.

a)

atau

b)

manakala

c)

tetapi

d)

walaupun

11.

Amirul leka memerhati lembu datuknya ___________ rumput.

a)

meragut

b)

mencapai

c)

menarik

d)

memotong

12.

Ahmad Khan ____________ bola ke dalam gol pasukan lawan.

a)

memukul

b)

menolak

c)

membaling

d)

menendang

13.

Pilih kata lawan bagi perkataan yang bergaris.


Datuk Qairina sedang mencabut pokok ubi kayu.

a)

menanam

b)

menarik

c)

mengeluarkan

d)

memotong

14.

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.


I Harga baju ini rendah mutu.

II Mata Ali rendah bila waktu malam.

III Orang yang suka mencuri dipandang rendah oleh masyarakat.

IV Zaid diejek kerana rendah.

a)

I dan II

b)

I,II dan III

c)

III dan IV

d)

IV Sahaja

15.

Pilih ayat majmuk yang betul.

a)

Abang membasuh kasut sambil menyanyi.

b)

Abang membasuh kasut

c)

Abang sedang menyanyi

d)

Abang telah membasuh kasut.

16.

Permaidani itu berbau ________ kerana telah lama tidak dibersihkan.

a)

nyaman

b)

harum

c)

hapak

d)

wangi

17.

Dua orang pekerja makmal itu dihantar ke hospital kerana terhidu gas ___________ .

a)

peracun

b)

meracun

c)

diracun

d)

beracun

18.

Ustaz Mohd Abd Latif _____________ supaya kami tidak meninggalkan solat.

a)

memesan

b)

berpesan

c)

dipesan

d)

pesanan

19.

Nasuha memakai sepasang ____________ yang diperbuat daripada emas.

a)

anai-anai

b)

layang-layang

c)

anting-anting

d)

kunang-kunang

20.

_____________ tarikh Hari Kemerdekaan negara kita?

a)

Mengapakah

b)

Di manakah

c)

Berapakah

d)

Bilakah