WorksheetsPerniagaan Tingkatan 4 - Bab 1
Total questions: 10
Worksheet time: 5mins
Antara berikut, yang manakah benar tentang tujuan perniagaan?
Mewujudkan peluang pekerjaan
Menawarkan barang dan perkhidmatan
Pernyataan manakah berkaitan dengan aktiviti perniagaan yang berasaskan barang?
Syarikat Q & Q menghasilkan pelbagai jenis peralatan landskap
Syarikat Advet Sdn. Bhd. pakar dalam mempromosikan bahan landskap
Apakah kelebihan memiliki syer dalam syarikat awam berhad berbanding dengan syarikat sendirian berhad?
Pemilik syer dapat memindah milik syer dengan mudah
Pemilik syer berhak memilih ahli lembaga pengarah
Sektor manakah mengeluarkan bahan mentah untuk kegunaan sektor kedua?
Sektor mikro
Sektor utama
Pernyataan manakah berkaitan dengan organisasi bermotifkan untung (OBU)?
Menghasilkan barang dan perkhidmatan yang diminta oleh pengguna
Contoh organisasi bermotifkan untung ialah Kelab Belia 4B
Pernyataan manakah yang betul tentang milikan tunggal?
Perniagaan yang didaftarkan di bawah nama seorang individu sahaja
Perniagaan yang ditubuhkan oleh seorang tetapi dikawal oleh beberapa orang
Perniagaan yang ditubuhkan oleh beberapa orang tetapi dikawal oleh seorang sahaja
Perniagaan yang ditubuhkan untuk menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan
Antara yang berikut,manakah ciri sesebuah perniagaan yang mempunyai skala perniagaan Tempatan?
I mempunyai pekerja yang berkemahiran tinggi
II syer pasaran ialah masyarakat tempatan
III jualan tahunan perniagaan adalah rendah
IV memerlukan modal yang banyak
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
Maklumat berikut berkaitan dengan sejenis bentuk pemilikan perniagaan
* Didaftarkan dibawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956
* Terdiri daripada beberapa ahli yang menggabungkan pengetahuan, pengalaman dan kepakaran
* Semua ahli membayar cukai pendapatan persendirian
Apakah bentuk pemilikan tersebut?
A. Koperasi
B. Perkongsian
C. Milikan tunggal
D. Syarikat Awam Berhad
Usaha sama ialah
A. Bentuk perniagaan untuk menjaga kebajikan pemiliknya
B. Hak yang diberi untuk menjalankan perniagaan yang sama jenis
C. Perniagaan yang dijalankan untuk memenuhi permintaan pengguna
D. Dua syarikat bergabung untuk membentuk sesebuh syarikat yang baharu.
Apakah cabaran utama yang dihadapi oleh perniagaan bersaiz kecil?
A Masalah aliran tunai
B Kos upah yang tinggi
C Sukar untuk mengubah strategi perniagaan
D Sukar untuk menyelesaikan masalah rungutan pelanggan
