Font size
WorksheetsLatih Tubi Tatabahasa 4 (UPSR)
Total questions: 25
Worksheet time: 17mins
"Ayahanda, telah _____ sediakan peralatan untuk kita pergi berburu," titah Raja Yusuf kepada ayahandanya.
anakanda
hamba
patik
adinda
Beberapa orang murid beratur di meja _______ sebelum pertandingan catur bermula.
permulaan
pendaftaran
penyemakan
pengumuman
Puteri Aishah sedang ______ di dalam kamarnya ketika diberitahu oleh dayang istana untuk menghadap ayahandanya.
beradu
bersiram
gering
murka
Ayah mengecat pagar di sekeliling rumah menjelang hari raya kerana warna catnya telah ______.
luntur
cair
pudar
malap
Pada setiap pagi, Encik Kamal terpaksa ______ kesesakan jalan raya sebelum sampai ke pejabatnya.
mengharungi
diharungi
terharung
harungan
Umaira akan mewakili sekolahnya dalam pertandingan kuiz. ______, dia sering membuat latihan yang telah disediakan oleh gurunya.
Kemudian
Selain itu
Akhirnya
Oleh yang demikian
Nasi hujan panas adalah _______ antara menu yang disediakan untuk tetamu semasa majlis perkahwinan anak perempuan Dato' Hisham.
hingga
sejak
bagi
antara
Pemain yang melanggar disiplin akan ______ tindakan disiplin iaitu digugurkan daripada mewakili pasukan sekolah.
terkena
dikenakan
mengena
mengenakan
Beberapa orang perompak _____ tembakan dengan pihak polis berhampiran sebuah bangunan usang.
berbalas-balas
berkejar-kejar
memintas-mintas
mengintai-intai
Lantai kayu di rumah itu semakin reput akibat dimakan oleh ______
labah-labah
rama-rama
anai-anai
kelip-kelip
Kempen "Sayangilah Keluarga Anda" itu dijalankan untuk _______ tempat pembiakan nyamuk aedes.
dibasmi
pembasmi
membasmi
basmikan
Hanif tersesat semasa mahu menghadiri majlis kesyukuran di rumah kawannya kerana jalan di kawasan itu _______.
bersimpang-siur
berselang-seli
berlekuk-lekak
tunggang-langgang
Kawasan lombong yang terbiar itu telah _______ untuk dijadikan kawasan rekreasi bagi penduduk yang berhampiran.
ditebus janji
ditebus kata
ditebus biar
ditebus guna
Ayat berikut betul atau salah?
Enjin kereta ayah masih subur dan dibiarkan begitu sahaja.
BETUL
SALAH
Ayat berikut betul atau salah?
Pokok bunga kaktus yang saya tanam ini subur sekali.
BETUL
SALAH
Ayat berikut betul atau salah?
Lukisan ini menggunakan warna-warna yang subur supaya kelihatan hidup.
BETUL
SALAH
Ayat berikut betul atau salah?
Ramai murid-murid yang datang lambat kerana hujan lebat.
BETUL
SALAH
Ayat berikut betul atau salah?
Berpuluh-puluh tayar kenderaan dikunci kerana kesalahan meletakkan kenderaan di bahu jalan.
BETUL
SALAH
Ayat berikut betul atau salah?
Oleh kerana terlalu penat, abang tertidur di atas sofa.
BETUL
SALAH
Kenal pasti kesalahan ejaan dalam ayat berikut:
Aiza suka akan bunga orkid yang berwarna unggu.
(a)
Kenal pasti kesalahan ejaan dalam ayat berikut:
Angin kencang telah menumbangkan kemah itu.
(a)
Kenal pasti kesalahan ejaan dalam ayat berikut:
Kebanyakkan pelanggan sangat berpuas hati akan kelazatan masakan di Restoran Selera Timur.
(a)
Kenal pasti kesalahan ejaan dalam ayat berikut:
Anak jutawan yang dicolek itu telah dipertemukan oleh polis dengan keluarganya pada petang semalam.
(a)
Kenal pasti kesalahan ejaan dalam ayat berikut:
Penunggang motorsikal yang lalai dikenal pasti sebagai antara punca terjadinya kemalangan maut.
(a)
Kenal pasti kesalahan ejaan dalam ayat berikut:
Beberapa spesis binatang liar yang mendiami hutan belantara negara ini kini kian pupus akibat pembangunan.
(a)
