wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Ulangkaji Kesalahan bahasa dalam ayat PT3

Total questions: 70

Worksheet time: 35mins

Name
Class
Date
1.

Bidang teknologi maklumat yang dijelajahi oleh anak-anak kini akan melahirkan generasi yang celik IT.

a)

dipelopori

b)

diterokai

c)

diwarisi

d)

dijelajahi

2.

Suasana di kawasan pergunungan sangat menenangkan jiwa terutamanya di waktu pagi.

a)

pada

b)

semasa

c)

ketika

d)

di

3.

Murid lelaki yang sedang berdiri itu adalah kapten pasukan bola sepak sekolah Iqbal.

a)

ialah

b)

oleh

c)

merupakan

d)

adalah

4.

Pilih peribahasa yang sesuai dengan situasi ini


Biar bodoh sekalipun, kalau belajar nescaya akan pandai juga.

a)

Belakang parang kalau diasah nescaya tajam

b)

seperti pahat dengan penukul

c)

Air dicencang tidak akan putus

d)

Tak lapuk dihujan tak lekang dek panas

5.

Pilih peribahasa yang sesuai dengan situasi ini



Melakukan sesuatu kerja hanya apabila disuruh oleh orang lain.

a)

Bertangguh itu pencuri masa

b)

Seperti pahat dengan penukul

c)

Buah tangan

d)

Gulung tikar

6.

Pilih peribahasa yang sesuai dengan situasi ini

Perbalahan orang yang sekaum atau bersaudara tidak akan bercerai-berai.

a)

Bagai dakwat dengan kertas

b)

Rumah sudah siap, pahat masih berbunyi

c)

Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga

d)

Hati hendak semua jadi

7.

Pilih ejaan yang betul bagi perkataan yang berwarna dalam ayat di bawah ini.

Pihak pengurusan stadium telah menyediakan pasukan keselamatan untuk mempastikan keadaan terkawal.

a)

memastikan

b)

mempastikkan

c)

mepastikan

d)

mempastikan

8.

Pilih ejaan yang betul bagi perkataan yang berwarna dalam ayat di bawah ini.


Kemudahan pengangkutan awam di negara kita sedang dinaiktaraf oleh pihak yang berkenaan demi keselesaan rakyat.

a)

naiktaraf

b)

dinaik taraf

c)

menaik taraf

d)

dinaiktaraf

9.
"Saya menitahkan Hang Jebat balik ke Melaka," titah Sultan Mansur Syah kepada Tun Perak.
a)
Hamba
b)
Patik
c)
Beta
d)
Saya
10.
Sebahagian besar dari kumpulan remaja Malaysia kurang gemar membaca buku ilmiah.
a)
daripada
b)
dari
c)
oleh
d)
yang
11.
  1. Tahukah anda kertas itu diperbuat dari kulit kayu?
a)

bawah

b)

daripada

c)

oleh

d)

di

12.

Para penduduk-penduduk kampung bergotong-royong membaiki balai raya yang runtuh akibat angin kencang.

a)

para penduduk

b)

para-para penduduk

c)

penduduk para

d)

penduduk

13.

Betulkan kesalahan ejaan berikut:


Filem-filem dokumenteri semakin berkembang sejak akhir-akhir ini.

a)

documentari

b)

dokumentari

c)

dokkumentari

d)

dokumentary

14.

Pendidikan pra-sekolah diperkenal kepada kanak-kanak dalam lingkungan usia 4 hingga 6 tahun bagi tujuan mendedahkan mereka pada persekitaran sosial.


SOALAN:Nyatakan jawapan yang betul bagi perkataan yang bergaris.

a)

pra sekolah

b)

prasekolah

c)

pra-sakolah

d)

prasekolahan

15.

Oleh kerana tempahan makanan telah dibuat, sambutan Hari Keluarga SMK Pontian Jaya akan dilaksanakan juga pada Sabtu ini.

a)

Oleh kerana

b)

dibuat

c)

Hari Keluarga

d)

Tiada kesalahan

16.
Semua rakyat harus memiliki semangat cinta dengan tanah air.
a)
akan
b)
kepada
c)
untuk
d)
dengan
17.
Setiap anggota masyarakat harus sedar yang membaca dapat meningkatkan pengetahuan.
a)
dengan
b)
bahawa
c)
jika
d)
sekiranya
18.
"Kita akan menerangkan penyakit strok dengan lebih jelas lagi," kata Doktor Suhaila kepada Encik Ah Kim.
a)
Kita
b)
Kami
c)
Saya
d)
Awak
19.
Sebahagian besar dari kumpulan remaja Malaysia kurang gemar membaca buku ilmiah.
a)
daripada
b)
dari
c)
oleh
d)
yang
20.

Pilih peribahasa yang sesuai dengan gambar:

a)

Sebesar bakul tapak tangan ditadah

b)

Kecil tapak tangan nyiru kami tadahkan

c)

Tangan memberi, bakul menerima

d)

Nyiru ditadah di atas tangan

21.
Kempen ______________ akan dijalankan di seluruh negara secara berterusan.
a)
anti denggi
b)
antidenggi
22.
Para _______________ itu sedang berbincang tentang masalah inflasi.
a)
cendikiawan
b)
cendekiawan
23.
Jamil _________________ basikalnya yang pancit itu sehingga ke rumahnya.
a)
menonton
b)
menuntun
24.
Sofia bergiat aktif dalam aktiviti _______________ di sekolahnya.
a)
ko-kurikulum
b)
kokurikulum
25.

Dompet itu diperbuat dari kulit buaya.

a)

bawah

b)

daripada

c)

dalam

d)

di

26.

Kertas kerja-kertas kerja itu akan dibentangkan dalam mesyuarat tahunan yang akan diadakan pada bulan depan.

a)

kerja-kerja kertas

b)

kertas-kertas kerja

c)

kerja kertas

d)

kertas kerja

27.

Oleh kerana ayah tidak sihat, kami terpaksa membatalkan rancangan untuk ke Gua Niah.

a)

oleh sebab

b)

kerana

c)

lantaran

d)

oleh lantaran

28.

Lima dari sepuluh orang murid didapati membawa telefon bimbit ke sekolah menyebabkan disiplin murid akhir-akhir ini semakin parah.

a)

dari

b)

daripada

c)

pada

d)

di

29.

Setiap warga persekolahan hendaklah menjaga kebersihan dan keceriaan dalam kelas.

a)

di dalam

b)

di

c)

ke

d)

pada

30.

Adik saya yang berusia dua setengah tahun sudah petah berkata-kata.

a)

dua sesetengah tahun

b)

dua tahun setengah

c)

setengah dua tahun

d)

setengah tahun dua

31.

“Maklumkan kepada Hang Tuah bahawa beta akan berangkat ke Melaka selepas solat Asar,” kata Sultan Mahmud kepada Hang Nadim.

a)

titah

b)

mengatakan

c)

berkata

d)

bercakap

32.

Berbagai jenis pakaian telah dipamerkan di Pameran Busana Tradisional Melayu tempoh hari.

a)

Bagai-bagai

b)

Kepelbagaian

c)

Berbagai-bagai

d)

Berbagai

33.

Beberapa orang guru-guru sekolah kami sedang mengikuti kursus yang dianjurkan oleh pihak kementerian pendidikan.

a)

Beberapa guru-guru

b)

Beberapa orang guru

c)

Berapa orang guru-guru

d)

Beberapa orang guru-guru

34.

Semangat muhibah di dalam kalangan masyarakat dapat memupuk perpaduan dan keharmonian di negara ini.

a)

di kalangan masyarakat

b)

dalam kalangan masyarakat

c)

di antara kalangan masyarakat

d)

di dalam kalangan masyarakat

35.

PILIH PERKATAAN YANG MENGANDUNGI KESALAHAN BAHASA


Rendang ayam untuk kenduri ini saya masak daripada pagi tadi.

a)

Rendang

b)

untuk

c)

saya

d)

daripada

36.

PILIH PERKATAAN YANG MENGANDUNGI KESALAHAN BAHASA


Ayah tidak bersetuju dengan kedua orang peguam yang mahukan kanak-kanak itu dihantar ke rumah kebajikan kerana kanak-kanak itu masih mempunyai waris yang boleh menjaga mereka.

a)

tidak

b)

kedua

c)

dihantar

d)

mereka

37.

Jus minuman tongkat ali dalam tin banyak dijual di pasar-pasar raya. Tiada kesalahan.

a)

Jus

b)

tongkat ali

c)

pasar-pasar raya

d)

tiada kesalahan

38.

Kumpulan Teater dari Kedah akan mempersembahkan teater yang berjudul "Gerbang Keruntuhan". Tiada kesalahan

a)

Kumpulan Teater

b)

mempersembahkan

c)

Gerbang Keruntuhan

d)

tiada kesalahan

39.

Para penonton yang berada di stadium itu memberikan bantuan yang tidak berbelah bahagi kepada pasukan hoki negara. Tiada kesalahan

a)

penonton

b)

bantuan

c)

berbelah bahagi

d)

tiada kesalahan

40.

Antara benda yang dijadikan bahan bukti dalam perbicaraan itu termasuklah sebuah dairi dan sebilah pisau. Tiada kesalahan

a)

bahan

b)

perbicaraan

c)

dairi

d)

Tiada kesalahan

41.

Peletakan jawatan Encik Hakimi sebagai pengurus di syarikat itu berkuat kuasa pada Julai depan. Tiada kesalahan

a)

Peletakan

b)

pengurus

c)

berkuat kuasa

d)

Tiada kesalahan

42.

Datuk Adli mengesali sikap Ghani yang mengambil kesempatan daripada kedudukannya sebagai orang yang terpandang. Tiada kesalahan

a)

mengesali

b)

kesempatan

c)

terpandang

d)

Tiada kesalahan

43.

"Berapa banyakkah wang derma yang sudah berjaya engkau kumpulkan, Qayyum? tanya Mursyid kepada rakannya itu. Tiada kesalahan

a)

Berapa

b)

kah

c)

engkau

d)

Tiada kesalahan

44.

Encik Patrick berkata kepada Ruby dan Johnny, "Bawa buku itu ke mari. Kalian akan bapa ajarkan nahu bahasa Melayu yang betul". Tiada kesalahan

a)

itu

b)

mari

c)

Kalian

d)

Tiada kesalahan

45.

Pak Halil dan Mak Laili, yang baru saja sampai di rumah anak mereka ini, bercadang untuk tinggal di situ selama seminggu. Tiada kesalahan

a)

saja

b)

ini

c)

situ

d)

Tiada kesalahan

46.

"Kalau awak datang ke sana, jangan lupa untuk singgah di rumah kami lagi," kata kedua-dua adik-beradik itu kepada Humairah. Tiada kesalahan

a)

sana

b)

kami

c)

itu

d)

Tiada kesalahan

47.

Sambil mengemaskan dapur, Summitha menanyai adiknya, "Sos cili yang baru kakak beli tadi kamu letakkan di manakah, Sonia?" Tiada kesalahan

a)

menanyai

b)

sos cili

c)

di manakah

d)

Tiada kesalahan

48.

"Apakah Datuk yakin bahawa berita yang disiarkan dalam akhbar itu benar belaka?" soal wartawan itu kepada Datuk Wilson. Tiada kesalahan

a)

Apakah

b)

dalam

c)

belaka

d)

Tiada kesalahan

49.

Sebelum berjalan ke bilik darjah, Kartina dan Bazlinda mengunci dan meletakkan basikalnya di pondok basikal itu elok-elok. Tiada kesalahan

a)

mengunci

b)

basikalnya

c)

elok-elok

d)

Tiada kesalahan

50.

Keadaan yang hingar bingar di dalam dewan itu menyukarkan kami mendengar apa yang diperkatakan oleh penceramah itu. Tiada kesalahan

a)

hingar bingar

b)

apa

c)

diperkatakan

d)

Tiada kesalahan

51.

Kerajaan akan menyenaraihitamkan mana-mana kontraktor yang lewat menyiapkan projek yang diberikan kepada mereka. Tiada kesalahan

a)

menyenaraihitamkan

b)

mana-mana

c)

mereka

d)

Tiada kesalahan

52.

Kedua-dua orang kawan-kawan sepermainannya sudah sedia menunggunya di Stesen Kereta Api Sentral sejak jam sembilan pagi tadi. Tiada kesalahan

a)

Kedua-dua

b)

kawan-kawan

c)

Stesen

d)

Tiada kesalahan

53.

Puan Izzah menaburi ikan yang baru disiangnya dengan beberapa ketul garam halus serta setengah camca kunyit serbuk. Tiada kesalahan

a)

menaburi

b)

ketul

c)

kunyit serbuk

d)

Tiada kesalahan

54.

Berat setandan pisang nangka adalah antara 12-14 kilogram dan tiap-tiap tandan mempunyai 6-8 sisir pisang. Tiada kesalahan

a)

setandan

b)

antara

c)

sisir

d)

Tiada kesalahan

55.

Tulis tangan Nur Ain yang cantik dan kemas memudahkan gurunya menyemak jawaban yang ditulisnya. Tiada kesalahan

a)

Tulis tangan

b)

jawaban

c)

ditulisnya

d)

Tiada kesalahan

56.

Muncul rasa curiga dalam hati Encik Mohan apabila melihat gelagat kedua-dua orang laki-laki itu yang berkali-kali lalu-lalang di hadapan kedainya. Tiada kesalahan

a)

Muncul

b)

laki-laki

c)

lalu-lalang

d)

Tiada kesalahan

57.
Tukarkan ayat aktif berikut kepada ayat pasif yang betul. Ibu mengisar kacang tanah itu sehingga hancur.
a)
Kisaran kacang tanah itu menghancurkan ibu.
b)
Sehingga hancur kacang tanah itu ibu mengisar.
c)
Kacang tanah itu dihancurkan oleh ibu dengan pengisar.
d)
Kacang tanah itu dikisar oleh ibu sehingga hancur.
58.
Tukarkan ayat aktif berikut kepada ayat pasif yang betul. Kedai itu menjual barang-barang runcit.
a)
Barang-barang runcit dijual di kedai itu.
b)
Kedai runcit itu menjual barang-barang runcit.
c)
Kedai itu dijual oleh barang-barang runcit.
d)
barang-barang runcit kena jual oleh kedai itu.
59.
Tukarkan ayat aktif berikut kepada ayat pasif yang betul. Encik Samad sekeluarga mendiami rumah itu sejak tujuh tahun yang lalu.
a)
Rumah yang berusia tujuh tahun itu didiami oleh Encik Samad sekeluarga.
b)
Rumah itu didiami Encik Samad sekeluarga sejak tujuh tahun lalu.
c)
Rumah itu didiami Encik samad sekeluarga sejak dia berumur tujuh tahun.
d)
Rumah yang didiami Encik samad sekeluarga itu sudah berusia tujuh tahun.
60.
Tukarkan ayat aktif berikut kepada ayat pasif yang betul. Kita mesti mendengar nasihat ibu bapa.
a)
Ibu bapa kita mesti mendengar nasihat.
b)
Nasihat ibu bapa mesti kita dengari.
c)
Nasihat ibu bapa mesti didengari oleh kita.
d)
Mesti didengari oleh kita nasihat ibu bapa.
61.
Tukarkan ayat pasif berikut kepada ayat aktif yang betul. Cadangan itu kami sokong.
a)
Cadangan itu menyokong kami.
b)
Cadangan kami mendapat sokongan.
c)
Kami menyokong cadangan itu.
d)
Para penyokong menyokong cadangan kami.
62.
Tukarkan ayat pasif berikut kepada ayat aktif yang betul. Air milo ini dibancuh oleh Puan Faridah pagi tadi.
a)
Puan Faridah bancuh pagi tadi air milo ini.
b)
Puan Faridah pagi tadi bancuh air milo ini .
c)
Air milo ini membancuh Puan Faridah pagi tadi.
d)
Puan Faridah membancuh air milo ini pagi tadi.
63.
Tukarkan ayat pasif berikut kepada ayat aktif yang betul. Mesyuarat tergempar akan diadakan oleh Persatuan Penduduk Medan Maju.
a)
Persatuan Penduduk Medan Maju akan digemparkan oleh mesyuarat.
b)
Penduduk Medan Maju akan mengadakan mesyuarat tergempar persatuan.
c)
Persatuan Penduduk Medan Maju akan mengadakan mesyuarat tergempar.
d)
Penduduk menggemparkan Persatuan Medan Maju semasa mesyuarat.
64.

Pegawai itu mengirimkan surat dari ibu pejabat atau pegawai itu mengatakan yang surat itu dikirim oleh syarikat beliau?

a)

Kesalahan : dari

Pembetulan : daripada

b)

Kesalahan : atau

Pembetulan : dan

c)

Kesalahan : yang

Pembetulan : bahawa

65.

Ibu itu memeluk anak gadisnya yang baru diumumkan sebagai juara pendeklamasi sajak sementara tersenyum.

a)

Kesalahan : sebagai

Pembetulan : oleh

b)

Kesalahan : sementara

Pembetulan : sambil

c)

Kesalahan : pendeklamasi

Pembetulan : pemuisi

66.

P. Ramlee seniman agung yang sentiasa dikenang oleh kerana jasanya.

a)

Kesalahan : oleh kerana

Pembetulan : kerana

b)

Kesalahan : agung

Pembetulan : agong

c)

Kesalahan : sentiasa

Pembetulan : perlu

67.

Bila terkena sinaran matahari yang terik selama dua jam setengah, mukanya seperti udang dibakar.

a)

Kesalahan : dua jam setengah

Pembetulan : dua setengah jam

b)

Kesalahan : seperti

Pembetulan : bagai

c)

Kesalahan : Bila

Pembetulan : Apabila

68.

Tetamu kehormat itu bukan pengerusi dan anggota jawatankuasa induk persatuan kebajikan kami.

a)

Kesalahan : kehormat

Pembetulan : berhormat

b)

Kesalahan : bukan

Pembetulan : tidak

c)

Kesalahan : dan

Pembetulan : atau

69.

Pilih pembetulan yang paling tepat bagi ayat di bawah.


Murid lepasan sekolah boleh membuat pilihan untuk melanjutkan persekolahan sama ada di institusi pengajian tinggi awam dan institusi pengajian tinggi swasta.

a)

Murid - Graduan

boleh - dapat

b)

untuk - dengan

persekolahan - pelajaran

c)

persekolahan - pelajaran

dan - atau

d)

lepasan - tamat

dan - atau

70.

Pilih pembetulan yang paling tepat bagi ayat di bawah.


Tindakan mahkamah yang mengisytiharkan muflis untuk pemaju perumahan itu telah menyebabkan proses perumahan itu tergendala.

a)

mengisytiharkan - mengumumukan

untuk - bagi

b)

untuk - kepada

proses - projek

c)

Tindakan - Keputusan

untuk - kepada

d)

muflis - bankrap

tergendala - terbengkalai