wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz Bahasa Melayu

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Penunggang-penunggang motosikal terpaksa mencari tempat _______________ kerana hujan turun dengan lebatnya.

a)

berteduh

b)

berlindung

c)

berhenti

d)

berehat

2.

Setelah ibu selesai _____________ nasi, ibu ___________ air pula.

a)

menanak ... menjerang

b)

memasak ... mendidihkan

c)

menanak ... merebus

d)

mengukus ... menjerang

3.

Rakyat Malaysia meletakkan ______________ yang tinggi terhadap Lee Chong Wei agar muncul sebagai juara dalam Kejohanan Badminton All England.

a)

sasaran

b)

wawasan

c)

harapan

d)

impian

4.

Kita perlu banyak membaca dan mengulang kaji pelajaran untuk __________ pemikiran serta mengasah minda kita.

a)

memperkuat

b)

memperjelas

c)

memperlebar

d)

mempertajam

5.

Puan Naemah lebih suka menggunakan kad telefon _________ syarikat tersebut kerana liputan taliannya yang lebih meluas.

a)

prabawa

b)

pracukai

c)

prabayar

d)

prasyarat

6.

"Hamba hanya ____________ titah perintah baginda tuanku," kata Hang Tuah kepada Hang Jebat.

a)

menurut

b)

menjunjung

c)

mematuhi

d)

merafak

7.

Kami dapat melihat perahu-perahu nelayan yang ____________ dipukul ombak ketika mengambil angin di tepi pantai itu.

a)

terliang-liuk

b)

terolang-aling

c)

terkontang-kanting

d)

terpontang-panting

8.

Kasihan Amri. Sudahlah bas sekolah meninggalkannya, tayar basikalnya pula pancit. Peribahasa yang sesuai ialah

a)

sudah jatuh ditimpa tangga

b)

biar lambat asal selamat

c)

sudah terhantuk baru terngadah

d)

nasi sudah menjadi bubur

9.

________________ itu mengenakan pakaian tradisional Melayu daripada fabrik songket dalam suatu pertunjukan fesyen.

a)

Seniwati

b)

Peragawati

c)

Pramugari

d)

Biduanita

10.

Siti Aisyah menanam pokok bunga di halaman rumah.


Berdasarkan binaan ayat di atas, yang manakah elemen predikat?

a)

Siti Aisyah

b)

di halaman rumah

c)

Siti Aisyah menanam

d)

menanam pokok bunga di halaman rumah

11.

Ayat di bawah mengandungi kesalahan tatabahasa


Para-para penduduk perlu bekerjasama.

a)

Betul

b)

Salah

12.

Ayat di bawah mengandungi kesalahan tatabahasa


Azim diberi masa dua jam setengah untuk sampai ke tempat pertandingan itu.

a)

Betul

b)

Salah

13.

kesalahan Ejaan


perkataan yang mana BETUL

a)

Bihun

b)

Mihun

14.

kesalahan Ejaan


perkataan yang mana BETUL

a)

iktizam

b)

iltizam

15.

kesalahan Ejaan


perkataan yang mana BETUL

a)

munsyi

b)

munshi

16.

kesalahan Ejaan


perkataan yang mana BETUL

a)

silaturahim

b)

silaturrahim

17.

Kempen _________________ akan dijalankan di seluruh negara secara berterusan.

a)

antidenggi

b)

anti denggi

18.

Haliza membacakan buku cerita itu kepada adiknya sambil ______________.

a)

berseluruh

b)

berseloroh

19.

Fatin menyambut ulang tahun kelahirannya yang _________ pada hari Sabtu ini.

a)

ke 16

b)

ke-16

20.

Tenaga pengajar Tadika Sahsiah berkomunikasi dalam dwi bahasa untuk mendidik kanak-kanak yang beusia antara empat hingga enam tahun mahir dalam pelbagai bahasa.


Pilih jawapan yang betul bagi kesalahan ejaan dan kesalahan imbuhan yang bergaris.

a)

dwi bahasa - dewibahasa

beusia - ber usia

b)

dwi bahasa - dwibahasa

beusia - berusia

c)

dwi bahasa - diwibahasa

beusia - ber rusia

d)

dwi bahasa - dwi-bahasa

beusia - ber-usia