Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

ULANG KAJI SAINS TAHUN 4

Total questions: 20

Worksheet time: 11mins

Name
Class
Date
1.

Rajah menunjukkan seekor belalang di dalam bekas kedap udara. Belalang itu diberi makanan dan air yang cukup. Ramalkan keadaan belalang itu selepas dua hari.

a)

Bilangan belalang bertambah.

b)

Belalang mati.

c)

Belalang sihat dan aktif.

d)

Belalang semakin gemuk.

2.

Berdasarkan carta palang, nyatakan kesimpulan eksperimen ini.

a)

Semakin bertambah ketinggian anak pokok semakin bertambah hari

b)

Semakin berkurang ketinggian anak pokok semakin berkurang hari

c)

Semakin bertambah hari semakin bertambah ketinggian anak pokok

d)

Semakin berkurang hari semakin bertambah ketinggian anak pokok

3.

Pilih pernyataan yang benar.

a)

Udara yang disedut masuk mengandungi lebih oksigen berbanding karbon dioksida.

b)

Udara yang disedut masuk mengandungi lebih karbon dioksida berbanding oksigen.

c)

Udara yang dihembus keluar mengandungi lebih oksigen berbanding karbon dioksida.

d)

Semasa menghembus nafas, kandungan oksigen dan karbon dioksida adalah sama.

4.

Pilih pasangan organ dan hasil perkumuhan yang salah.

a)

Kulit - Peluh

b)

Peparu - Karbon dioksida dan wap air

c)

Ginjal - Air kencing

d)

Dubur - Najis

5.

Pilih dua tabiat yang dapat mengganggu proses gerak balas manusia terhadap ransangan.

a)

Bersenam.

b)

Menghidu gam.

c)

Tidur yang mencukupi.

d)

Menyalahgunakan dadah.

6.

Berdasarkan gambar, apakah contoh haiwan yang mempunyai organ pernafasan yang sama seperti haiwan di atas?

a)
b)
c)
d)
7.

Saya bernafas menggunakan peparu, bertelur, bersisik dan berkulit keras. Kebanyakan masa saya adalah di darat. Siapakah saya?

a)
b)
c)
d)
8.

Kenal pasti jenis ransangan yang menyebabkan gerak balas di atas.

a)

Cahaya

b)

Air

c)

Graviti

d)

Sentuhan

9.

Pilih penyataan yang betul.

a)

Fotosintesis membekalkan makanan kepada hidupan.

b)

Oksigen dan glukosa ialah hasil proses fotosintesis.

c)

Kanji disimpan di dalam biji benih sahaja.

d)

Klorofil adalah salah satu hasil proses fotosintesis.

10.

Pilih objek yang bersifat legap.

a)
b)
c)
d)
11.

Tentera laut boleh melihat objek yang berada di permukaan laut dari dalam kapal selam dengan menggunakan periskop. Apakah sifat cahaya yang terlibat?

a)

Pantulan cahaya.

b)

Cahaya bergerak lurus.

c)

Pergerakan cahaya.

d)

Pembiasan cahaya.

12.

Bunyi dapat dihasilkan melalui situasi di bawah kecuali

a)

tiupan

b)

ketukan

c)

tepukan

d)

geseran

13.

__________________ ialah teknologi pantulan bunyi ultrasonik yang digunakan untuk mengesan objek di dalam air.

a)

Gema

b)

Ultrasonik

c)

Sonar

d)

Gempa

14.

Apakah perubahan bentuk tenaga yang berlaku apabila kita menghidupkan objek di atas?

a)

Tenaga elektrik → Tenaga cahaya + tenaga kinetik

b)

Tenaga elektrik → Tenaga keupayaan + tenaga bunyi

c)

Tenaga elektrik → Tenaga cahaya + tenaga haba

d)

Tenaga elektrik → Tenaga cahaya + tenaga bunyi

15.

Pilih dua sumber tenaga yang boleh dibaharui.

a)

Biojisim

b)

Arang batu

c)

Matahari

d)

Petroleum

16.

Antara berikut, objek yang manakah akan menyalakan mentol apabila disambungkan pada A dan B?

a)

Penyedut minuman

b)

Paku

c)

Belon

d)

Benang

17.

Objek yang manakah sesuai digunakan untuk mengelakkan kita daripada terkena air hujan?

a)

Payung

b)

Selimut

c)

Surat khabar

d)

Tuala

18.

Bahagian bumi yang dilindungi oleh cahaya matahari mengalami waktu ____________.

a)

Malam

b)

Sejuk

c)

Siang

d)

Panas

19.

Sewaktu bangun dari tidur, Raju mendapati bahawa matahari terbit dari arah timur. Apakah yang menyebabkan kejadian ini berlaku?

a)

Bumi berputar dari barat ke timur.

b)

Bumi beredar mengelilingi matahari.

c)

Matahari beredar mengelilingi bumi.

d)

Bumi berputar dari timur ke barat.

20.

Pilih dua mesin ringkas yang terlibat sewaktu kita menggunakan objek di atas.

a)

Takal

b)

Baji

c)

Roda dan gandar

d)

Satah condong