wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz Ulangkaji Sejarah Tingkatan 4

Total questions: 55

Worksheet time: 28mins

Name
Class
Date
1.

kerajaan Funan telah menghantar utusan ke China pada abad ketiga. apakah tujuan utusan tersebut?

a)

menjalani hubungan perdagangan

b)

kerjasama dalam bidang sosial

c)

meminta bantuan

d)

menghantar ufti

2.

kerajaan srivijaya yang diasaskan oleh Dapunta Hyang Sri Jayanasa telah berkembang menjadi sebuah empayar tetapi telah mengalami kemerosotan. apakah punca kejatuhan kerajaan tersebut.

a)

serangan Raja Chola dari Selatan India

b)

serangan oleh Kerajaan Chenla

c)

srivijaya diserang portugis

d)

ditawan oleh Dai Vet

3.

apakah kriteria untuk menjadi rakyat kerajaan Alam Melayu

a)

setia kepada Raja

b)

membayar cukai tanah

c)

melakukan kerja kerahan

d)

mempertahankan negara

4.

kerajaan Kesultanan Melayu Melaka mempunyai wilayah naungan yang luas. apa yang dimaksudkan sebagai wilayah naungan

a)

wilayah yang diperolehi melalui peperangan

b)

wilayah yang diperolehi melalui perkahwinan

c)

wilayah tersebut dikurniakan kepada pembesar berempat

d)

wilayah yang menerima ketuanan Kesultanan Melayu Melaka

5.

apakah kedudukan Bendahara?

a)

ketua pelabuhan

b)

ketua pentadbir

c)

ketua agama

d)

ketua hakim

6.

laksamana merupakan salah seorang pembesar daripada pembesar berempat. apakah peranan laksamana?

a)

ketua angkatan tentera

b)

panglima angkatan laut

c)

menguruskan kewangan

d)

mengutip cukai pelabuhan

7.

mengapakah kesultanan melayu melaka berkembang menjadi sebuah kerajaan yang unggul?

a)

mempunyai angkatan tentera yang kuat

b)

hubungan baik dengan negara China

c)

sistem pentadbiran yang teratur

d)

rakyat yang setia

8.

hukum kanun melaka digubal berasaskan syariah dan hukum adat. apakah perkara yang dilarang semasa berurus niaga?

a)

amalan riba

b)

menggunakan hamba abdi

c)

mengutip cukai perdagangan

d)

berniaga dengan pedagang bukan islam

9.

mengapakah Kesultanan Melayu melaka memperkenalkan Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undang Laut Melaka

a)

menjamin kemakmuran dan kesejahteraan

b)

mewujudkan pentadbiran yang sistematik

c)

melahirkan masyarakat yang bersatupadu

d)

mengukuhkan kedudukan pemerintah

10.

undang-undang Laut Melaka dilaksanakan oleh Nakhoda. apakah keistimewaan yang diperolehi oleh Nakhoda?

a)

menjadi raja atas kapal

b)

diberi keutamaan perniagaan

c)

diberi kuasa menjatuhkan hukuman bunuh

d)

menyimpan cukai yang dikutip

11.

Mengapakah rakyat tidak menderhaka kepada pemerintah walaupun pemerintah tersebut tidak adil.

a)

akan dibuang negeri

b)

takut dihukum bunuh

c)

dijadikan hamba abdi

d)

takut ditimpa tulah

12.

nyatakan peranan pemerintah pada zaman kesultanan Melayu Melaka

a)

menjaga urusan perlabuhan

b)

menghadiri majlis umum

c)

memperkenalkan undang-undang

d)

mewujudkan pelabuhan

13.

nyatakan peranan rakyat pada zaman Kesultanan Melayu Melaka?

a)

membina istana dan jalan

b)

menjaga pentadbiran

c)

menjatuhi hukuman

d)

mentadbir kawasan pegangan

14.

Apakah propaganda digunakan oleh Jepon dalam usaha menawan Tanah Melayu?

a)

Asia untuk Jepon.

b)

Asia untuk keselamatan.

c)

Asia untuk kemakmuran.

d)

Asia untuk orang Asia.

15.

Siapakah yang mengetuai rundingan kemerdekaan Tanah Melayu?

(Buku teks m/s 217)

a)

H. S. Lee

b)

Dato Abdul Razak Hussein

c)

Tunku Abdul Rahman

d)

Dr. Ismail Abdul Rahman

16.

Perwakilan Tanah Melayu di rundingan kemerdekaan menuntut agar tarikh kemerdekaan Tanah Melayu adalah tidak lewat dari

(Buku teks m/s 218)

a)

18 Januari 1956

b)

6 Februari 1956

c)

31 Ogos 1957

d)

8 Februari 1956

17.

Gambar di atas menunjukkan peristiwa pengumuman tarikh kemerdekaan. Di manakah peristiwa tersebut berlangsung

(Buku teks m/s 219)

a)

Dataran Merdeka, Kuala Lumpur

b)

Padang Banda Hilir, Melaka

c)

Lapangan Terbang Batu Berendam

d)

Kepala Batas, Pulau Pinang

18.

Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu juga dikenali sebagai (Buku teks m/s 220)

a)

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam

b)

Suruhanjaya Reid

c)

Suruhanjaya Cobbold

d)

Suruhanjaya Pilihan Raya

19.

Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu mencadangkan jawatan______________ sebagai ketua negara.

(Buku teks m/s 220)

a)

Perdana Menteri

b)

Presiden

c)

Yang di-Pertuan Besar

d)

Sultan

20.

Antara berikut yang manakah benar mengenai Terma Rujukan Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu? (Buku teks m/s 220)

I. Mewujudkan dua bentuk kewarganegaraan

II. Kerajaan negeri lebih berkuasa daripada kerajaan pusat

III. Melindungi kedudukan Raja-raja Melayu

IV. Menjaga kedudukan istimewa orang Melayu

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

21.

Siapakah yang menganggotai Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu? (Buku teks m/s 221)

I. Tunku Abdul Rahman

II. Lord Reid

III. Hakim B. Malik

IV. V. T. Sambanthan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

22.

Mengikut memorandum yang diterima daripada pihak Raja-raja Melayu, Ketua Negara dikenali sebagai

(Buku teks m/s 222)

a)

Sultan

b)

Perdana Menteri

c)

Gabenor

d)

Yang di-pertuan Agong

23.

Berdasarkan memorandum yang diterima daripada pihak Raja-raja Melayu, Yang di-Pertuan Agong akan memegang jawatan untuk tempoh

(Buku teks m/s 222)

a)

5 tahun

b)

3 tahun

c)

8 tahun

d)

10 tahun

24.

Berdasarkan memorandum yang diterima daripada pihak Raja-raja Melayu, Yang di-Pertuan Agong akan memegang jawatan untuk tempoh

(Buku teks m/s 222)

a)

5 tahun

b)

3 tahun

c)

8 tahun

d)

10 tahun

25.

Draf perlembagaan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu merangkumi (Buku teks m/s 222)

I. Kewarganegaraan jus soli kepada semua yang lahir di Tanah Melayu

II. Kedudukan istimewa orang Melayu diteruskan

III. Kerajaan negeri mempunyai kuasa penuh

IV. Menjaga kepentingan sah kaum lain

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

26.

Parlimen Persekutuan Tanah Melayu terdiri daripada dua Majlis Mesyuarat iaitu Dewan Negara dan _____________

(Buku teks m/s 222)

a)

Dewan Undangan Negeri

b)

Dewan Bahasa dan Pustaka

c)

Dewan Rakyat

d)

Dewan Siswa

27.

Reaksi UMNO dan PAS terhadap draf Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu ialah bahawa bahasa ______________ perlu dijadikan bahasa rasmi.

(Buku teks m/s 223)

a)

Inggeris

b)

Melayu

c)

Inggeris dan Melayu

d)

Melayu dan Mandarin

28.

Sebahagian pertubuhan masyarakat Cina berpendapat bahawa bahasa ____________ dijadikan bahasa kebangsaan.

(Buku teks m/s 223)

a)

Hokkien

b)

Inggeris

c)

Mandarin

d)

Hakka

29.

Inti pati Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957 menyatakan bahawa pemilihan Yang di-Pertuan Agong akan dilakukan setiap

(Buku teks m/s 224)

a)

3 tahun

b)

4 tahun

c)

5 tahun

d)

6 tahun

30.

Antara berikut yang manakah benar mengena Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957?

(Buku teks m/s 225)

I. Bahasa Inggeris sebagai bahasa kebangsaan

II. Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan

III. Agama Islam sebagai agama persekutuan

IV. Kewarganegaraan diberi dengan dua cara

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

31.
  1. Kerajaan manakah yang mewariskan ciri-ciri negara bangsa kepada Kesultanan Melayu Melaka
a)

A. Kerajaan Srivijaya

b)

B. Kerajaan Majapahit

c)

C. Kerajaan Kedah-Tua

d)

D. Kerajaan Champa

32.

Kesultanan Melayu Melaka mempunyai pelbagai lambang kebesaran seperti nobat dan isitiadat.


Apakah kepentingan lambang kebesaran tersebut?

a)

Membuktikan keturunan raja

b)

Menunjukkan kedaulatan raja

c)

Menggambarkan kemewahan raja

d)

Menandakan kawasan pemerintahan

33.

Hukum Kanun Melaka mengandungi _____________ fasal yang membincangkan tentang jenayah, bidang kuasa antara sultan dengan pembesar,kekeluargaan dan hal berkaitan dengan ekonomi.


Hukum Kanun Melaka mengandungi berapa fasal?

a)

100 Fasal

b)

40b Fasal

c)

44 Fasal

d)

13 Fasal

34.

Di manakah pilihan raya majlis perbandaran yang pertama diadakan? (Buku teks m/s 197)

a)

Kuala Lumpur

b)

George Town, Pulau Pinang

c)

Johor Bahru

d)

Alor Setar

35.

Antara berikut yang manakah benar mengenai Jawatankuasa Pilihan Raya?

(Buku teks m/s 198)

I. 40 orang ahli

II. 46 orang ahli

III. mengkaji hal ehwal pilhan raya

IV. menetapkan kawasan pilihan raya

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

36.

Mengapakah Tunku Abdul Rahman berangkat ke London bersama Tan Cheng Lock, T. H. Tan dan Dato Abdul Razak Hussein pada 21 April 1954?

(Buku teks m/s199)

a)

Menentukan calon perdana menteri Tanah Melayu yang merdeka

b)

Menetapkan tarikh kemerdekaan

c)

Membincang tarikh pilihan raya

d)

Menentukan tiga perlima bilangan anggota MPP

37.

Siapakah pengerusi Kucing Municipal Council (KMC) yang pertama?

(Buku teks m/s 203)

a)

John Loo Ling Chong

b)

Ong Kee Hui

c)

William Tan

d)

Ting Chew Huat

38.

Siapakah yang dilantik sebagai Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu yang pertama?

(Buku teks m/s 204)

a)

Dato Onn Jaafar

b)

Dato' Abdul Razak Hussein

c)

Tunku Abdul Rahman

d)

Dr. Ismail Abdul Rahman

39.

Siapakah yang menyandang jawatan Menteri Pelajaran dalam Kabinet pertama Persekutuan Tanah Melayu?

(Buku teks m/s 206)

a)

H. S. Lee

b)

V.T Sambanthan

c)

Dato' Abdul Razak Hussein

d)

Dr. Ismail Abdul Rahman

40.

"Perikatan" merupakan gabungan (Buku teks m/s 197)

a)

UMNO dan MIC

b)

MCA dan MIC

c)

UMNO dan MCA

d)

UMNO dan British

41.

Mengapakah Jawatankuasa Kerja diperkenalkan? (Buku teks m/s 126)

a)

Untuk menggantikan Malayan Union

b)

Untuk merangka Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu

c)

Untuk mempercepatkan penubuhan Persekutuan Tanah Melayu

d)

Untuk mengkaji semula Malayan Union

42.

Siapakah yang menganggotai Jawatankuasa Kerja?

(Buku teks m/s 126)

I. Raja-raja Melayu

II. Wakil UMNO dan pegawai British

III. Wakil MCA dan MIC

IV. Ketua tempatan Sabah dan Sarawak

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

43.

Mengapakah golongan Melayu radikal membantah tindakan British? (Buku teks m/s 128)

a)

Tidak bersetuju dengan penubuhan Persekutuan Tanah Melayu

b)

Hak istimewa orang Melayu terjejas

c)

Syarat kewarganegaraa yang masih longgar

d)

Menjalankan perundingan tertutup dengann UMNO

44.

Tokoh di atas adalah antara golongan nasionalis Melayu radikal. Apakah peranan beliau? (Buku teks m/s 128)

a)

Mengetuai Barisan Tani Malaya (BATAS)

b)

Mengetuai Hisbul Muslimin

c)

Pengerusi Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM)

d)

Presiden Angkatan Pemuda Insaf (API)

45.

Apakah sebab All Malaya Council of Joint Action (AMCJA) menolak perjanjian persekutuan? (Buku teks m/s 128)

a)

Jawatankuasa Kerja menolak pandangan AMCJA

b)

Jawatankuasa Kerja tidak menjanjikan kemerdekaan

c)

Jawatankuasa Kerja mengetatkan syarat kerakyatan

d)

Jawatankuasa Kerja tidak mempunyai wakil bukan Melayu

46.

Diterbitkan oleh Ahmad Boestamam untuk membuka minda rakyat ke arah idea ingin bebas dan merdeka.


Apakah nama akhbar yang dimaksudkan di atas? ( Buku teks m/s 129)

a)

Warta Malaya

b)

Majlis

c)

Suara Rakyat

d)

Utusan Melayu

47.

PUTERA-AMCJA menentang rangka Perjanjian Persekutuan 1948 oleh Jawatankuasa Kerja. Apakah alternatif yang dicadangkan oleh PUTERA-AMCJA? (Buku teks m/s 130)

a)

Suara Rakyat

b)

Testament Politik API

c)

Perlembagaan Rakyat

d)

Hartal

48.

PUTERA-AMCJA menganjurkan hartal iaitu (Buku teks m/s 131)

a)

semua peniaga harus menyewakan kedai

b)

semua peniaga harus menutup kedai

c)

semua peniaga harus pindah milik kedai

d)

semua peniaga harus membuka kedai untuk 24 jam

49.

Rakyat British merujuk kepada mereka yang lahir di (Buku teks m/s 135)


I. Melaka dan Pulau Pinang

II. Negeri-negeri Melayu

III. Singapura

IV. tanah jajahan British yang lain

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

50.

Nasionalisme sesebuah negara amat penting untuk diperjuangkan kerana melahirkan semangat cinta akan negara. Bagaimanakah semangat nasionalisme sesebuah negara diperjuangkan?

a)

Menuntut kemerdekaan

b)

Mewujudkan negara bangsa

c)

Menekankan kekerasan senjata

d)

Menggunakan persamaan kebudayaan

51.

Perkembangan nasionalisme di Asia berbeza daripada perkembangan Nasionalisme di Barat. Bagaimanakah perkembangan nasionalisme di Barat?

a)

Penentangan terhadap pemerintahan beraja.

b)

Penghapuskan golongan hamba.

c)

Pembentukan golongan hamba.

d)

Pembentukan parlimen.

52.

Berikut ialah revolusi yang berlaku di Barat.


Revolusi Keagungan

Revolusi Amerika

Revolusi Perancis

a)

Kemunculan negara bangsa.

b)

Menghapuskan pemerintahan beraja.

c)

Kewujudan golongan monarki baharu.

d)

Mencetuskan kesedaran kedaulatan negara.

53.

Nasionalisme di Burma (Myanmar) bermula apabila golongan Thakin menubuhkan Persatuan Belia Buddha pada tahun 106. Apakah matlamat penubuhan persatuan tersebut?

a)

Melancarkan revolusi.

b)

Mengekalkan tradisi Buddha.

c)

Memperjuangkan kemerdekaan.

d)

Membela nasib golongan pemuda.

54.

Tokoh pendidikan agama telah berjaya membangkitkan kesedaran nasionalisme di Tanah Melayu. Bagaimanakah kesedaran tersebut dibangkitkan?

a)

Melalui penulisan buku agama.

b)

Menggunakan semangat jihad

c)

Penentangan secara gelira

d)

Penubuhan madrasah

55.

PASPAM telah ditubuhkan pada tahun 1934 di Pulau Pinang.

Apakah matlamat penubuhan persatuan tersebut?

a)

Menghasilakn penulisan kesedaran nasionalisme.

b)

Menggalakkan ahlinya bersatu padu.

c)

Mengumpulkan golongan pemuda.

d)

Menuntut kemerdekaan.