NEW
Font size
WorksheetsKUIZ PENJODOH BILANGAN
Total questions: 50
Worksheet time: 25mins
Untuk memagari kebunnya, Pak Cik Rashid telah membeli beratus-ratus __________ kawat berduri.
utas
gulung
gelung
bidang
__________ bunga kenanga terselit pada sanggul Sofia.
Sejambak
Sekuntum
Sejambangan
Sebatang
Sapu tangan itu dijahit dengan se __________ benang.
utas
untai
gulung
lembar
"Masukkan se __________ garam ke dalam lauk itu," kata Mak Cik Salmah kepada Jamilah.
cuit
cubit
colet
genggam
__________ awan mendung berarak ditiup angin ke arah utara.
Segugus
Sekelompok
Sehamparan
Sekumpulan
Beberapa __________ pulau yang indah terdapat di Phuket, Thailand.
kelompok
tompok
buah
biji
Se __________ kata pun tidak tertulis walaupun sudah dua jam dia menghadap meja tulisnya.
patah
potong
jenis
untai
Ayah membeli dua __________ durian di pasar.
biji
ulas
buah
buku
Kakak menggunakan se __________ kain sebagai pembalut luka pada jarinya.
cebis
lembar
bentuk
cucuk
Polis melepaskan lima __________ tembakan ke arah perompak itu.
butir
das
biji
pucuk
Buku itu berharga dua belas ringgit se __________ .
papan
keping
naskhah
rangkap
Beliau memulakan ucapannya dengan se __________ pantun.
baris
rangkap
patah
buah
Ayah membeli beberapa __________ petai di gerai itu.
gelung
papan
mata
biji
Beberapa __________ rokok bertaburan di lantai.
puntung
berkas
kotak
pucuk
Mazirah membeli sebatang tebu dan memotongnya agar setiap adiknya mendapat __________ .
sebiji
seruas
sehiris
seketul
Pak Cik Yusof mempunyai beberapa __________ rumah sewa di Kampung Sungai Kota.
pintu
papan
rangkai
bidang
Pemuda itu telah menjumpai __________ kunci sewaktu dalam perjalanan ke perhentian bas.
serumpun
sejambak
seutas
sebilah
Beberapa __________ mutiara diletakkan pada kalung emas itu untuk mencantikkannya.
ulas
butir
potong
keping
Ayah memasukkan __________ filem ke dalam kameranya.
segulung
segelung
sekajang
sebuah
Pemuda itu membeli __________ surat khabar mingguan di kedai Ali.
sekeping
sehelai
senaskhah
selembar
"Tolong belikan saya se __________ pisang dan se __________ rambutan di gerai buah-buahan itu," pesan ibu kepada ayah.
biji ; buah
sisir ; ikat
tandan ; gugus
sikat ; longgok
"Letakkan lima __________ mangkuk dan beberapa __________ camca di atas meja itu," kata Chef Wan kepada pembantunya.
biji ; batang
buah ; batang
bekas ; bilah
butir ; bilah
Maimun menggubah dua __________ bunga mawar. Kemudian, dia meletakkannya di atas se __________ almari.
kuntum ; biji
bakul ; buah
jambak ; deret
jambangan ; buah
Pak Cik Aziz ke hutan dengan membawa __________ parang dan __________ tali untuk mencari rotan.
sebentuk ; selembar
sebatang ; segelung
selaras ; segulung
sebilah ; seutas
Naemah mengambil __________ isi ikan terubuk bakar yang masih panas itu.
seekor
secubit
segenggam
seketul
Ayah membelikan adik __________ langsat dan __________ rambutan.
segugus ; setangkai
segugus ; seikat
sebiji ; selonggok
setangkai ; segugus
Atikah menghadiahi gurunya __________ bunga dan __________ pen.
sekuntum ; sebilah
sejambangan ; seberkas
setangkai ; sepucuk
sejambak ; sebatang
Polis telah melepaskan beberapa __________ tembakan dengan menggunakan lima _________ rifel M16
butir ; pucuk
das ; laras
biji ; batang
laras ; das
Kakak membeli __________ kain songket dan __________ tikar di Kedai Payang.
sehelai ; segulung
secarik ; segelung
secebis ; sehamparan
sehelai ; sebidang
Dia mengutip beberapa __________ batu lalu membaling ke arah __________ burung ciak itu.
genggam ;segerombolan
batang ; sekumpulan
ketul ; sekawan
kepal ; seekor
__________ senapang dan beberapa __________ peluru telah dijumpai di tepi bangunan itu.
Sebatang ; biji
Sedas ; buah
Selaras ; butir
Sekaki ; butir
Berapa harga __________ ikan dan __________ sayur sawi ini?
sebakul ; seberkas
selonggok ; seikat
seberkas ; seikat
sekawan ; segulung
Untuk memasak gulai itu, kita perlu memasukkan __________ asam gelugur dan beberapa __________ bawang merah.
sepotong ; biji
sehiris ; ulas
seketul ; biji
sekeping ; biji
Setiap kali ayah pulang dari kampung, dia akan memuatkan keretanya dengan beberapa __________ rambutan serta beberapa __________ kelapa.
ulas ; sikat
biji ; tandan
ikat ; tandan
ikat ; sisir
Beberapa __________ jalan raya dan dua __________ kedai ditenggelami air akibat hujan lebat.
jalur ; pintu
kaki ; baris
batang ; deret
baris ; buah
Sebelum beredar dari rumah nenek, emak sempat menjamah __________ pulut dan memakan __________ sirih.
seketul ; sekeping
segenggam ; sehelai
sepotong ; selembar
sekepal ; sekapur
Tiap-tiap orang yang menyertai aktiviti gotong-royong itu membawa __________ cangkul dan beberapa __________ dawai.
sebatang ; gelung
sebuah ; gelung
sekerat ; lembar
sebilah ; utas
Emak menanam beberapa __________ sayur dan tiga __________ serai di belakang rumah untuk menjimatkan perbelanjaannya.
baris ; pucuk
deret ; kelompok
batas ; rumpun
ikat ; jambak
Dia menggunakan __________ tanah liat untuk dijadikan pinggan.
segugus
sekepul
setompok
segumpal
__________ burung berterbangan di udara pada waktu pagi untuk mencari
makan.
Sepasukan
Sekawan
Serumpun
Segerombolan
Shahri membubuh se_______ kayu api dan beberapa ______ daun kering untuk menghidupkan unggun api.
batang ; pokok
keping ; gugus
puntung ; helai
rumpun ; longgok
Puan Ros membeli lima ______ apam balik dari gerai itu.
buah
keping
biji
ulas
______ renjer PERHILITAN sedang menjalankan gerakan pemindahan gajah liar di Taman Negara.
Sepasukan
Segerombolan
Sekawan
Sekolompok
Mak Leha memetik se_______ pucuk ubi dan beberapa ______ cili padi di kebunnya.
ikat ; ulas
cekak ; biji
jemput ; butir
rumpun ; genggam
Pengakap muda itu mencari beberapa _______ kayu untuk mendirikan khemah.
buah
ketul
batang
kaki
Ayah menjual beberapa ______ kelapa muda kepada pemuda itu.
buah
tangkai
sikat
tandan
Pak Karim menebang pokok itu dengan _______ kapak yang tajam.
sebilah
sebatang
sebutir
sebuah
Encik Samad mempunyai ________ tanah yang luasnya dua puluh hektar di kampung itu.
sebaris
sebuah
sebidang
secarik
Hana membeli ________ enam telur dari kedai runcit Pak Amat.
biji
baris
buah
bentuk
Karim sedang memanggang tiga puluh _________ sate untuk pelanggannya.
gugus
biji
cucuk
batang
